أصحاب

Sunday, March 20, 2011

Himpunan Pesanan Luqmanul Hakim



01 - Hai anakku; Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. 

02 - Hai anakku; Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga. 

03 - Hai anakku; Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH. 

04 - Hai anakku; Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman. 

05 - Hai anakku; Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. 

06 - Hai anakku; Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH. 

07 - Hai anakku; Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak memikirkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah apabila engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat. 

09 - Hai anakku; Janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka apabila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan. 

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 - Hai anakku; Apabila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri kenduri perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - Hai anakku; Janganlah engkau makan sehingga kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baik apabila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja. 

13 – Hai anakku; Janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan. 

14 - Hai anakku; Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka. 

15 - Hai anakku; Bukanlah satu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya. 

16 - Hai anakku; Apabila engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Apabila dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah. 

17 - Hai anakku; Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan sedemikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga. 

18 - Hai anakku; Apabila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu. 

19 - Hai anakku; Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riyak yang akan mendatangkan cela pada dirimu. 

20 - Hai anakku; Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya. 

21 - Hai anakku; Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain. 

22 - Hai anakku; Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu pun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

23 - Hai anakku; Barangsiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal. 

24 - Hai anakku; Bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan. 

25 - Hai anakku; Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Janganlah engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

26 - Wahai anakku; Apabila perutmu penuh makanan ( kenyang ) maka matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu, semua anggota badan malas buat beribadah, dan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana dengan hati yang bersih dan halus akan tercapai kenikmatan bermunajat ( menghadap Allah ) dan manfaat berzikir ( ingat kepada Allah ).

27 - Wahai anakku; Jika waktu engkau kecil rajin belajar dan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, tentu kelak pada waktu dewasa (hari tua) akan memetik buahnya yang engkau nikmati.

28 - Wahai anakku! Sepanjang hidupku, aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusara para Nabi yang terdahulu, iaitu sabda mereka :-

  • Apabila engkau sedang solat beribadah kepada Allah S.W.T. maka jagalah baik-baik fikiranmu.
  • Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah matamu (pandanganmu).
  • Apabila engkau berada di majlis, maka jagalah lidahmu (percakapanmu).
  • Apabila engkau berada di jamuan, maka jagalah perangaimu.
  • Ingatlah kepada Allah swt .
  • Ingatlah akan mati.
  • Lupakan budi baikmu terhadap orang lain.
  • Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap dirimu.
:: Semoga bermanfaat kepada kita semua...Selamat beramal! ::
 

Saturday, March 19, 2011

Sabar dan Ikhlas, itu Islam.


Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi daripada Anas bin Malik r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperolehi melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang redha menerima ujian Allah, maka baginya keredhaanNya. Dan sesiapa yang kecewa menerimanya nescaya ia akan menerima kemurkaanNya."


video
Nikmatilah....mungkin setelahnya kau akan mengetahui~


✐   Sabar dan Ikhlas, itu Islam 

Sunday, March 6, 2011

Insan yang bergelar Sahabat

SAHABAT YANG BAIK 
LAKSANA PENJUAL KASTURI
SEDIKIT KESANNYA KEHARUMAN MELATA.


SAHABAT YANG BAIK 
KEBAIKANNYA JADI TUMPUAN 
KEIMANANNYA TERUS DIGILAPKAN 
KETAQWAANNYA DAPAT DITINGKATKAN 
MENGALAHKAN SYAITAN YANG SIANG MALAM BERJUANG MELAWAN KEROSAKAN.


TETAPI, 
SAHABAT YANG BAIK 
RUPA PARAS BUKAN JADI BANDINGAN 
DARJAT & PANGKAT BUKAN SOAL PILIHAN 
YANG MULIA DI HATI BUDI ASASNYA IMAN, NERACANYA TAQWA.

SAHABAT YANG BAIK 
IALAH YANG MENEGUR KESILAPANMU 
AGAR IA TIDAK BERULANG 
MELARANGMU DARI MELAKUKAN KEMUNGKARAN 
YANG MENGINGATKANMU DARI KEALPAAN 
TIDAK SETAKAT MENGANGGUKAN KEPALA 
MENGIYAKAN APA YANG KAU KATA.

SAHABAT YANG BAIK 
IALAH DISISIMU PADA SETIAP KEADAAN 
YANG MERAIKANMU PADA SAAT KEGEMBIRAAN 
YANG MENDAMPINGIMU PADA SAAT KESEDIHAN 
YANG SANGGUP BERKONGSI KEPENTINGAN 
MEREALISASIKAN SEBUAH PENGORBANAN.

SAHABAT YANG BAIK 
MALUNYA MENGATASI PERAWAN 
BERANINYA MENGATASI PAHLAWAN 
CINTANYA BUKAN PADA GAMBARAN 
RINDUNYA BUKAN PADA PERTEMUAN 
TETAPI,HATINYA SARAT DENGAN IMAN 
RANTINGNYA IKHLAS 
DAN PUNCAK REDHANYA YANG JADI TUMPUAN.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share