أصحاب

Saturday, April 30, 2011

Hikmah Untuk Kita Semua

Assalamualaikum... 


Hikmah Untuk Kita Semua I 

1. Tiga perkara yang mesti dijauhi:
Telah bersabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
"Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaanya maka telah hilang dua pertiga agamanya." 

2. Empat perkara yang berharga dalam diri manusia:
Telah bersabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
"Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain." 

Hikmah Untuk Kita Semua II 

1. Lima macam yang dicintai dan lima perkara yang dilupakan:
Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud : "Akan datang satu masa umatku, ketika itu mereka mencintai lima macam dan melupakan lima perkara iaitu : Mereka mencintai kepada dunia dan lupa kepada akhirat. Mereka mencintai kepada kehidupan dan lupa kepada kematian. Mereka cinta kepada istana dan lupa kepada kuburan. Mereka cinta kepada harta dan lupa kepada perhitungan di akhirat. Dan mereka cinta kepada makhluk dan lupa kepada Allah SWT." 

2. Cantiknya iman dan amal soleh:
Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud:
"Ada dua macam yang tidak ada sesuatu yang lebih baik dari keduanya: Beriman kepada Allah. Memberi manfaat kepada muslimin. Dan ada dua macam yang tidak ada sesuatu yang lebih buruk dari keduanya : Mensyirikkan Allah. Menyakiti kaum muslimin." 

Hikmah Untuk Kita Semua III 

1. Jalan untuk dicintai orang yang dicintai:
Dari Usman r.a yang bermaksud : "Siapa yang meninggalkan dunia, dia akan dicintai oleh Allah SWT. Siapa yang meninggalkan perbuatan dosa, dia akan dicintai oleh para malaikat. Dan siapa yang membuang sifat tamaknya terhadap kaum muslimin maka dia akan dicintai oleh mereka." 

2. Tiga yang menyelamatkan, tiga yang membinasakan, tiga yang boleh mengangkat darjat dan tiga pula yang boleh menghapuskan dosa:
Dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud "Ada tiga hal yang boleh menyelamatkan, ada tiga hal yang boleh membinasakan, serta ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat dan ada tiga perkara pula yang menghapuskan dosa. 

Ada pun yang boleh menyelamatkan itu ialah : Takut kepada Allah SWT pada masa bersembunyi dan berterang-terangan. Berjimat dalam keadaan miskin dan kaya. Tetap adil ketika senang dan marah. 

Ada pun hal-hal yang boleh membinasakan ialah : Amat bakhil. Memperturutkan nafsu. Merasa hairan melihat kehebatan dirinya. 

Dan ada pun perkara-perkara yang meninggikan darjat : Menyebarkan ucapan salam. Suka memberi makan. Melaksanakan solat di waktu malam ketika orang-orang sedang nyenyak tidur. 

Sedangkan hal-hal yang mampu menghapuskan dosa ialah : Tetap menyempurnakan solat di tengah-tengah malam yang amat sejuk. Melangkah kaki ke tempat di adakan solat jemaah. Suka menunggu kedatangan solat." 

Hikmah Untuk Kita Semua IV 

1. Enam perkara yang asing bila berada di enam tempat:
Telah bersabda Rasulullah SAW, yang bermaksud: "Enam perkara yang
dipandang asing di enam tempat, iaitu : Masjid adalah asing di kalangan orang-orang yang tidak sembahyang di dalamnya. Al-Quran adalah asing di rumah orang-orang yang tidak mahu membacanya. Al-Quran juga adalah asing di dalam hati orang-orang yang fasik (iaitu orang-orang yang tidak mahu mengamalkan isinya). Seorang muslimah yang soleh dipandang asing di sisi lelaki yang zalim, yang buruk perangainya. Lelaki muslim yang soleh adalah asing di samping perempuan yang hina, yang buruk akhlaknya. Dan orang alim adalah asing dikalangan kaum yang tidak mahu mendengar nasihatnya." Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda: " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memandang mereka di hari kiamat dengan pandangan kasihan." 

2. Hati perlukan sinar ilmu sebagaimana tanah memerlukan siraman air hujan:
Rasulullah SAW telah berpesan, yang bermaksud : " Mestilah kamu selalu duduk dekat orang-orang alim dan mendengar cakap ahli-ahli hikmah kerana sesungguhnya Allah SWT menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah (sinar ilmu) sebagaimana Dia menghidupkan tanah yang mati dengan siraman air hujan."

Hikmah Untuk Kita Semua V 

1. Menuju kesempurnaan akal, ilmu dan sumber rezeki:
Umar r.a. berkata yang bermaksud : "Pandai mengasihi orang setengah daripada akal. Pandai bertanya setengah daripada ilmu dan pandai merancang setengah daripada sumber rezeki."

2. Tiga jenis manusia yang akan mendapat perlindungan Allah SWT di hari Kiamat:
Telah bersabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: " Ada tiga orang yang akan diberi perlindungan oleh Allah SWT di hari kiamat nanti: Orang yang tetap berwuduk pada waktu-waktu yang sulit. Orang yang berjalan ke masjid untuk menunaikan solat pada malam-malam yang gelap iaitu solat Maghrib dan Isyak. Orang yang suka memberi makanan kepada orang yang kelaparan." 

Hikmah Untuk Kita Semua VI 

1. Sunnah Allah, sunnah para rasul-Nya dan sunnah para wali-Nya:
Dari Ali r.a. yang bermaksud: "Siapa yang tidak ada padanya sunnah Allah dan sunnah para rasulnya dan sunnah para walinya, maka dia dipandang tidak ada nilai sedikit pun. Lalu dia ditanya: Apakah sunnah Allah itu? Jawabnya, menyembunyikan rahsia. Lalu dia ditanya lagi: Apakah sunnah rasul? Jawabnya, berlaku lembut di antara sesama manusia. Kemudian dia ditanya lagi: Apakah sunnah para wali. Jawabnya, menjauhkan gangguan dari kaum muslimin". 

2. Orang-orang dahulu yang hidup sebelum kita saling berpesan tentang tiga perkara dan mereka saling kirim mengirim sebagai nasihat: "Siapa yang beramal untuk akhirat, maka Allah mencukupkan baginya akan perkara agamanya dan perkara dunianya. Dan siapa yang membaguskan niatnya yang tersembunyi, maka Allah membaguskan keadaannya yang nyata. Dan siapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah memperbaiki hubungannya dengan semua manusia."

Ikhtibar Untuk Kita Semua. . . Selamat Beramal . . .^_^

Thursday, April 21, 2011

Malu Itu Indah, Malu Itu Fitrah...

Malu mempunyai pengertian yang besar dalam Islam. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman. Mereka yang telah hilang sifat malu adalah orang yang tipis imannya. Ini kerana malu dan iman berjalan beriringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang.

Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."

Malu atau haya' dalam bahasa Arab berasal daripada perkataan hayat yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah S.W.T.

Islam menggariskan sifat malu itu perlu ada pada diri setiap Muslim sebagai perisai kepada orang yang beriman setiap kali hendak melakukan pekerjaan atau perbuatan dosa. Mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya dan Hari Kiamat adalah mereka yang mempunyai sifat malu yang teramat sangat setiap kali ingin membuat dosa, biarpun ia bukanlah sesuatu yang disengajakan.

Rasulullah S.A.W. telah mengajar kita umat Islam mengenai betapa pentingnya seseorang itu harus menghiasi dirinya dengan sifat malu. Tersangat malunya seorang yang bergelar Muslim tetapi tidak mempunyai sifat malu sebagai seorang hamba kepada Allah S.W.T.

Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu: "Engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu". Mendengar kata-kata lelaki itu, Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tinggalkanlah ia, kerana sifat pemalu itu sebahagian daripada iman". 
(Riwayat Bukhari)
 
Kedua-dua hadis di atas membuktikan bahawa sifat pemalu bukan dikhususkan untuk kaum wanita sahaja tetapi mesti ada juga pada kaum lelaki yang beriman kepada Allah, RasulNya dan Hari Akhirat. Sifat pemalu adalah lambang taqwa (takutkan Allah) dan lambang ketinggian iman seseorang Muslim itu.

*JENIS-JENIS SIFAT MALU

Sifat pemalu ada dua jenis. Pertama, malu yang bersifat kebaikan dan kedua, malu yang bersifat kejahatan. Malu yang baik ialah malu hendak melanggar peraturan Allah dan RasulNya manakala sifat malu yang dibenci Allah adalah seorang yang malu hendak mengikut perintah Allah dan RasulNya. Sebaliknya tidak pula malu menjadi seorang yang ingkar akan perinyahNya.

Contoh sifat malu yang baik dan diredhai Allah adalah seorang yang beriman membina peribadi mulia mengikut seperti yang diperintahkan Allah dan Rasulullah. Mereka (lelaki atau wanita Muslim) malu hendak melakukan perkara yang dibenci Allah kerana mereka tahu di akhirat nanti setiap perbuatan dosa-dosanya akan ditayangkan semula dihadapan Allah dan semua umat manusia pada hari pembalasan. Adakah terdapat rasa malu yang lebih hebat dari itu?

Mereka yang ada sifat malu akan sentiasa mengikut segala yang diperintahkan dan menjauhi segala larangan Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan, dan setiap perbuatan biar sekecil kuman sekalipun akan tetap disoal dan diberi pembalasan oleh Allah S.W.T.

Jadi lebih tebal rasa malu seseorang, sebenarnya akan lebih mendekatkan dia dengan kasih sayang Allah. Adakah perkara yang lebih membahagiakan daripada mendapat kasih sayang dan perlindungan daripada segala yang berkuasa iaitu Allah S.W.T?

*MALU DALAM MASYARAKAT 

Dalam masyarakat juga perlu ada sifat malu. Sama ada dalam perhubungan ibu dengan anak, suami dan isteri, adik-beradik, saudara mara dan jiran tetangga. Seorang anak yang beriman dan ada sifat malu tidak akan sekali-kali melakukan perbuatan yang menyakitkan hati ibu dan bapanya, Seorang isteri yang pemalu juga tidak akan membuat perkara yang tidak menggembirakan hati suaminya dan begitu juga sebaliknya.

Seseorang yang telah hilang rasa malu menunjukkan bukti kelemahan imannya. Adalah sangat dilarang seorang Muslim itu apabila ia enggan mematuhi apa yang dianjurkan oleh Islam supaya dia melakukannya kerana malu dilihat oleh orang lain. Malu yang utama ialah malu kepada Allah yang Maha Mengetahui akan semua perkara.

Dalam mengutamakan kehidupan akhirat, seseorang itu tidak patut malu mencari guru untuk dia belajar bagi mengatasi kejahilannya. Ini adalah kerana ilmu yang paling bermanfaat ialah ilmu yang menjadi bekalan untuk akhirat.

Ini bermakna seseorang yang malu atau takut untuk mencari ilmu mengenai Islam akan bimbang terhadap mafhumNya di dalam Al-Quran, kerana seseorang Muslim itu digalakkan mencari ilmu dan menyebarkannya kepada orang lain.

Dari segi pekerjaan dari pandangan Islam, seorang guru itu dipandang tinggi berbanding pekerjaan lain yang bersifat keduniaan. Seorang guru itu lebih dipandang mulia disisi Allah berbanding dengan seorang yang hanya duduk menghabiskan masa beribadat dan berdoa sepanjang hari.

Islam tidak pernah memisahkan agama dengan kehidupan dunia. Sebab itulah daripada Rasulullah, Islam telah dilengkapkan kesemua sekali, baik dari segi perundangan, perniagaan, sains, perhubungan sosial, pengurusan harta dan lain- lain. Tetapi, kita tetap masih malu untuk mengikuti apa yang diperintahkan Allah. Malu sebeginilah yang ditegah oleh Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W.

*MALU BAGI KAUM WANITA 

Kemodenan hari ini telah banyak merubah cara kaum wanita Islam kita dalam cara berpakaian. Ramai yang mengenakan seluar ketat, mendedahkan bahagian perut dan pusat, berpakaian menjolok mata dan tidak mahu memakai tudung sebagaimana yang telah disyariatkan oleh Allah. Ramai yang sudah hilang rasa malu, malah berlumba-lumba dalam menonjolkan diri untuk memancing pandangan semua orang. Ini termasuklah bebas berdua-duaan bersama-sama pasangan yang bukan muhrim mereka. Pandangan seperti ini sudah menjadi perkara biasa di negara ini atau di mana-mana jua.

Seorang muslimah yang patuh kepada perintah Allah dan RasulNya tidak akan menggadaikan maruah diri semata-mata mahu nampak moden dan mengikut perkembangan semasa. Wanita wajib berasa malu untuk mendedahkan diri mereka kepada lelaki yang boleh dikahwini dan ditengah-tengah masyarakatnya. Malu seorang wanita itu datang daripada sifat malu kerana takutkan Allah. Begitu juga dengan kes-kes sumbang mahram yang amat memalukan kita khususnya umat Islam. Perbuatan ini amat hina kerana terdapat pihak yang sanggup menodai dan memakan darah daging sendiri yang sepatutnya adalah amanah Allah kepada bapa, abang, datuk dan bapa saudara untuk memelihara kehormatannya.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sifat malu dan iman itu seiringan. Jika salah satu ditinggalkan, maka kedua-duanya akan hilang." 
(Riwayat Baihaqi)

Sifat malu dan memelihara kehormatan seseorang ini amat penting dan sangat dititikberatkan dalam Islam. Malu adalah perhiasan dan perisai kepada lelaki dan wanita yang mempercayai ada pembalasan pada hari akhirat. Perisai inilah yang menghalang mereka daripada terjerumus melakukan dosa dan noda, dari segi zahir dan batin.

Hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasullullah S.A.W. bersabda: "Apabila seseorang menyertakan keghairahan atau tarikan berahi kepada setiap perkara yang dilakukannya, ia akan menjadi keburukan, dan apabila malu disertakan dalam setiap perbuatan ia akan menjadi indah."
(Riwayat Tirmizi)

*MALU PADA ZAMAN RASULULLAH  S.A.W

Orang beriman pada zaman Rasulullah apabila baginda membacakan ayat tentang hijab yang diturunkan kepadanya, semua orang Quraisy dan Ansar berlari pulang ke rumah masing-masing untuk memberitahu isteri, anak perempuan dan saudara perempuan mereka mengenai perintah Allah dan Rasulullah supaya menutup aurat dan kepala mereka. Bagi yang sudah memakai tudung kepala, mereka segera memperbetulkannya dan mereka yang masih belum memakai tudung, mencapai kain atau apa saja kain buat menutup kepala mereka.

Ini diterangkan dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a: "Semoga Allah memberi rahmat kepada wanita Muhajirin. Apabila ayat 'dan mereka hendaklah melabuhkan tudung hingga menutupi bahagian dada mereka' dibacakan, mereka mencarik kain daripada pakaian yang mereka ada dan menutupi kepala mereka." (Abu Daud)

Seorang Muslim patut faham, tiada sifat malu itu samalah kita mengikuti jalan syaitan sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Malik bin Uhamir yang mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: 
"Allah tidak akan menerima sebarang amalan atau ketaatan seseorang yang tiada sifat malu dan angkuh". Kami bertanya: "Siapakah orangnya yang angkuh dan tidak mempunyai malu ini ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Seorang lelaki yang membiarkan isterinya melayani lelaki bukan muhrimnya."

Maksud melayani ini ialah si isteri dibiarkan mempamerkan kecantikkannya pada khalayak ramai (tidak memakai hijab). Hal ini bermakna dia bebas dipandang oleh lelaki yang bukan muhrimnya.

Al-Mughira ada meriwayatkan Sa'd bin Ubada berkata:"Aku tidak akan teragak-agak membunuh isteriku dengan pedangku sekiranya aku melihat dia dengan lelaki lain." Berita ini disampaikan kepada Rasulullah S.A.W. dan Baginda bersabda: "Kamu semua terpegun dengan harga diri dan kemuliaan Sa'd. Demi Allah, aku ini lebih mempunyai harga diri dan kerana Allah itu lebih mempunyai harga diri. Dia mengetahui segala dosa dan perkara yang memalukan dilakukan oleh kamu baik secara terang mahupun tersembunyi. Dan hendaklah kamu kembali kepadanya dan memohon keampunan Allah dan untuk itu Dia membawa berita gembira dan amaran. Dan tiada yang lebih suka dipuji melainkan Allah dan untuk itu Allah menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang membuat kebajikan."

Abdul Malik pernah berkata: "Tiada siapa yang lebih malu berbanding dengan Allah." 
(Riwayat Sahih Bukhari)

Rasulullah S.A.W bersabda: "Setiap cara hidup ada karektornya. Dan malu itu adalah karektor Islam." ATAU "Setiap agama ada karektornya. Dan karektor Islam adalah malu." (Abu Daud)

Sifat malu itu hanya membawa kepada kebaikan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W: "Malu itu tidak akan menyebabkan perkara lain kecuali untuk kebaikan." (Riwayat Bukhari)

Malu itu lambang iman dan malu itu membawa kita ke syurga. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: "Malu itu datangnya daripada keimanan dan iman itu membawa ke syurga. Dan sebaliknya adalah membawa kepada neraka." (Riwayat Bukhari)

Rasulullah S.A.W. bersabda: "Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya".(Riwayat Bukhari)
Wallahu A’lam.


MUTIARA KATA:
Sa'ad bin Hilal pernah berkata: "Sesungguhnya bagi seorang hamba yang membuat dosa, maka Allah S.W.T.akan masih memberikan kepadanya empat perkara:
1. rezeki tidak akan dihilangkan darinya
2. kesihatan tidak akan hilang darinya
3. dosa tidak akan ditunjukkan kepadanya
4. seksaan tidak akan didatangkan kepadanya secara cepat

Tuesday, April 19, 2011

Satu Amanah . . .

video
 



Dengan Bismillah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
 

Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini 

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi
Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai



Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia


“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”
Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya


“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”


“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”

Tajuk Nasyid : Satu Amanah
Artis : Hijjaz
Album : Permata Hijjaz 1431
http://liriknasyid.net/hijjaz-satu-amanah

Thursday, April 14, 2011

Kebesaran Allah dalam Diri

Mari kita memikirkan sejenak hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam diri-diri kamu ada tanda-tanda kebesaran Tuhan". Cuba kita lihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati secara ringkas:-


1. Cara
Rasulullah S.A.W makan.

Kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah S.A.W, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah S.A.W akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (jari hujung sekali), lalu Rasulullah S.A.W akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. 

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (iaitu tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita. Tetapi kenapa garam? Hal ini disebabkan ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Mengikut kajian, di hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah S.A.W mengunyah.

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahmanirahim). 

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah S.W.T, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. 

4. Cara Rasulullah S.A.W minum. 

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas ketika kita sedang minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. 

Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

5. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin yang berzina? 

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.

Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja,  jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Subhanallah... Moga ia akan memberi manfaat pada sahabat-sahabat, dan sedikit informasi mengenai Ka'bah.

~Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube)?

Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama, equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yang berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar; Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafe'i, yang melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share