أصحاب

Sunday, July 31, 2011

30 hari Mencari Cinta @Ramadhan

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan, nescaya umatku menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu bulan Ramadhan."

(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

(iii) Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari siksa api neraka.

(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.

(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al-Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan.

(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan Qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.
Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkahan. Allah telah memfardukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga & dikunci segala pintu neraka & dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan” (H.R. Ahmad)
Rasulullah SAW bersabda: "Betapa banyak orang yang berpuasa, tapi mereka tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga" (H.R. Ahmad)
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa" (H.R. Bukhari & Muslim)
Ketika al-Hasan bin Abul Hasan al-Bashri melalui suatu kaum yang sedang tertawa, lalu dia berkata: “Sesungguhnya Allah menjadikan bulan Ramadhan sebagai arena perlumbaan melakukan ketaatan bagi makhluknya, kemudian ada yang berlumba-lumba hingga menang dan ada pula orang-orang yang tertinggal lalu kecewa. Tetapi sangat menghairankan ialah peserta yang tertawa-tawa di saat orang lain memecut untuk meraih kemenangan.”
~ RAMADHAN KAREEM ~ kullu 'am wa antum bikhair...

Saturday, July 23, 2011

Mohonlah pada Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Doa Mudah Faham/Hafal 

الله أخرجنى من الظلمات الوهم وأكرمنى بنور الفهم والفتح لى أبواب العلم وزينى بالأخلاق الحسنة والحلم

Ya Allah, keluarkanlah aku dari kegelapan ragu-ragu, muliakan daku dengan sinaran kefahaman, bukakan bagiku pintu ilmu, hiasilah daku dengan akhlak yang baik dan kasih sayang

Doa Mohon Diberi Kemudahan Dalam Bekerja & Berfikir 

اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إن شئت سهلا

Ya Allah, tiada sesuatu yang mudah kecuali yang engkau jadikan mudah dan engkaulah yang menjadikan susah itu mudah dengan kehendakmu

Doa Penerang Hati 

اللهم ارزقنى يا رب فهم النبيين وحفظ المرسلين وإلهام الملائكة المقربين فى عافية يا أرحم الرحمين

Ya Allah, kurniakanlah kami fahaman dan hafalan para rasul serta mendapat ilham daripada malaikat yang hampir denganmu, kurniakanlah kepada kami Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Penyayang

Doa Dijauhi Dr Malas, Bakhil & Pengecut 

اللهم إني أعوذبك من الهم والحزن  وأعوذبك العجز والكسل وأعوذبك الجبن والبخل وأعوذبك غلبة الدين وقهر الرجال

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang
آمين


Saturday, July 16, 2011

SOLAT SUNAT MALAM NISFU SYAABAN

Bacaan doa dalam sujud


As-Sheikh Qadir Al-Jailani berkata: Telah diberitahu kepada kami oleh Abu Nasr daripada bapanya dengan isnad-isnad daripada Yahya bin Sa'ad daripada Urwah daripada Aishah r.anha di mana Aishah telah berkata maksudnya: "Apabila tiba malam pertengahan bulan Syaaban (nisfu Syaaban) Rasulullah SAW telah meninggalkan tempat tidur sehingga aku mengagak bahawa baginda SAW telah pergi mendatangi isteri-isterinya yang lain. Maka aku telah bangun mencarinya di dalam rumah. Sedang aku teraba-raba terpegang olehku kedua kaki Rasulullah SAW yang ketika itu sedang sujud dalam solatnya. Maka aku telah menghafal doa yang dibaca oleh baginda SAW semasa sujudnya itu:


سَجَدَلَكَ سَوَادِى وَخِيَالِى٬ وَآمَنَ بِكَ فُؤَادِى٬ أَبُوْءُلَكَ بِالْنِّعَمِ وَأَعْتَرَفُ لَكَ بِالْذَّنْبِ٬ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ فَاغْفِرْلِىْ إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُّوْبَ إِلَّا أَنْتَ٬ أَعُوْذُ بِعَفْوِكَ مِنْ عُقُوبَتِكِ٬ وَأَعُوْذُ بِرَحْمَتِكَ مِنْ نَقَمَتِكِ٬ وَأَعُوْذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكِ٬ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْكَ٬ لاَ أُحْصِى ثَنَاۤءﹰعَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ. 

Ertinya
Telah sujud kepadaMu kegelapan malam dan diriku ini, telah beriman kepadaMu sanubariku, aku mengiktiraf akan nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, aku telah menzalimi diriku sendiri (dengan melakukan maksiat) maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau, aku berlindung dengan keampunanMu dari hukumanMu dan aku berlindung dengan rahmatMu dari azabMu dan aku berlindung dengan keredaanMu dari kemurkaanMu dan aku berlindung denganMu dariMu sahaja, tiada upaya aku menghitung pujian untukMu, Engkau adalah sebagaimana Engkau memuji diriMu sendiri


Friday, July 15, 2011

Ujian Allah : Tanamkan Kesabaran

Pejuang hidup kerana berjuang.

Penat berjalan melalui rutin dan hidup hari demi hari. Terasa sakit dan pening kepala memikirkan semua benda yang perlu dilangsaikan. Itu hanya sakit lahiriah, bukan pada batinnya pula! Memikirkan diri sendiri dan ummah lebih membimbangkan. Apakah kesudahan.

Hah. Begitulah hidup kita dalam dunia ini. Allah sering sapa diri kita dengan ujian. Tidak dinamakan seseorang itu hamba Allah jika tidak menerima ujian yang Allah berikan. Dan tidak dapat dikatakan seseorang itu beriman jika tiada sifat sabar. Dan tiadalah dikatakan seseorang itu SABAR jika tiada dugaan yang akan menguji kesabarannya.

Kadang-kadang, kita cepat sangat untuk mengeluh dan merasa lelah atas semua apa yang telah menimpa dan apa yang telah kita lakukan. Lambat laun, keluhan yang keluar dari bibir dan penat yang dituturkan akan membuahkan sifat malas dan rasa putus asa dalam diri seseorang.

Ujian Allah = Kasih Sayang-Nya

Dalam menempuh hidup disertai dengan ujian daripada Allah, perlu kita ingat, ujian dan dugaan itu adalah tarbiah Allah. Cuba ingat kembali apakah hikmah selepas ujian Allah itu, adakah kita merasa lebih tenang dalam kesenangan? Atau merasa lebih susah dalam kesusahan? Saya yakin deh! Kita semua boleh berfikir dan renung sejenak, disetiap ujian yang Allah turunkan, ada kebaikan akhirnya. Cuma, mahu tidak mahu sahaja untuk kita berfikir.

Ujian yang Allah berikan itu datang daripada pelbagai arah. Sama ada kita dipermainkan, dihina, dimaki dan dikhianati oleh hamba Allah yang kita kasihi, cintai, sayangi dan yang kita kenali, juga suatu penyakit yang Allah turunkan. Itu semua adalah kasih sayang Allah.

Allah sebenarnya ingin mengajar kita untuk lebih tabah dan tetap teguh dengan pendirian kita yang kita pegang. Allah ingin memberitahu kita banyak sangat perkara yang boleh membuat kita mendapat tiket untuk ke syurga-Nya.

Apabila ujian datang menimpa, kadangkala, kita terasa ujian yang Allah berikan itu datangnya seperti hujan, tidak henti-henti sudahnya. Dan juga, kadangkala terasa seperti diri kita sahaja yang Allah berikan ujian seperti itu.

Kita sering terlupa, bahawa setiap manusia telah dan akan Allah uji dengan cara yang lain. Kita terlupa, bahawa ada hamba Allah yang lain yang lebih teruk dan hebat ujian diri mereka. Begitulah sifat kita sebagai manusia. Seringkali terlupa. Rasanya ungkapan Tun Mahathir yang berbunyi ‘Melayu Mudah Lupa’ patut digantikan dengan ungkapan ‘Hamba Allah Mudah Lupa’.

Hamba Allah Mudah Lupa

Sabar : Orang-orang Yang Hebat

Seringkali, apabila kita teruji dan mungkin menangis menumpang adu kepada sahabat, ungkapan SABAR seringkali kedengaran dan menunjukkan bahawa kekuatan sabar itu adalah KUAT. Ada orang yang sudah lali dengan perkataan sabar yang diungkapkan oleh orang lain.. Ada orang akan mendapat semangat daripada perkataan sabar yang disebut oleh orang lain.

Dan bagi diri saya sendiri, apabila saya memujuk diri saya untuk bersabar, seakan-akan ada suatu semangat yang sukar untuk saya gambarkan. Begitu juga apabila sahabat-sahabat yang lain memberikan sedikit semangat untuk diri saya.

Perlu kita renung sejenak dan tanam dalam hati. Sifat SABAR itu adalah salah satu sifat yang paling tertinggi di sisi Allah. Bukan semua orang boleh bersabar dengan dugaan yang dihadapi, boleh bertenang sambil tersenyum dalam menjalani kehidupan hari demi hari. Tiada sifat seorang muslim yang paling tinggi di sisi Allah melainkan sifat sabar. Sabar adalah kekuatan. Ia tidak mengira keturunan atau darjat yang ada pada diri seseorang itu.

Pesanan buat diri saya sendiri. Saya seringkali memujuk diri. Saya yakin dengan janji Allah.

Allah tetap akan memandang hamba-hamba yang sabar itu lebih dari segalanya. Allah akan tetap memandang dengan pandangan yang penuh kasih sayang melalui pandangan rahmat-Nya. Malah, para malaikat juga akan turut mendoakan hamba yang sabar, Insyaallah.

Percaya dan yakinlah dengan Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan menimpakan sesuatu cubaan kepada kita melainkan kita mampu untuk menanggungnya. Allah tidak zalim untuk menyeksa kita dengan ujian yang Allah memang tahu kita tidak mampu untuk memikul ujian itu. Cuba renungkan kembali, atas dasar apa kita dilahirkan ke dunia dan apa niat kita di atas muka bumi ini.

Dengan sifat yang sabar, kita boleh menjadi seperti seteguhnya karang yang ada di laut. Tidak akan goyah walau dihempas badai yang melanda. Kita tetap akan menjadi lemah-lembut sepertimana rumput akur dengan belaian angin, tetapi kita tidak akan luruh dan tumbang akibat ditampar dengan ribut taufan yang sengaja datang untuk menyapa kekuatan SABAR yang kita ada.

Apabila sebarang musibah datang melanda, cepat-cepat bersuci dan menghadap Tuan Punya Dunia. Mengadulah, menangislah. Memang sifat kita lemah apabila berada di hadapan-Nya. Pujuk jugalah hatimu untuk melunturkan ego agar dirimu lembut untuk menitiskan airmata dihadapan-Nya. Ingatlah wahai diriku, secubit ujian yang Allah berikan, bergumpal-gumpal pahala sebagai ganjaran Allah kepada hamba-Nya. Syaratnya adalah dengan BERSABAR.

Kita Semua Adalah Pejuang

Kita semua adalah askar! Kita semua adalah pejuang! Dan seorang pejuang itu ada perjuangan yang wajib untuk dia selesaikan hingga ke akhir hayat. Hamba Allah, perjuangan kita sebagai hamba Allah adalah untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi sepertimana perjuangan Rasulullah s.a.w dahulu. Dan dengan perjuangan inilah kita akan mendapat keredhaan Allah.

Ingatlah, dalam barisan perjuangan kita ini memerlukan semangat yang tinggi, pengorbanan yang banyak. Semua itu tidak akan dapat kita selesaikan seandainya kita tiada sifat sabar dalam diri. Maka dengan itu, suburkanlah sifat sabar dalam jiwa.

Buangkan sejauh-jauhnya sifat amarah, jauhilah dendam jika dikhianat orang, dan maafkanlah kesalahan orang walaupun perbuatan itu sesuatu yang tidak dapat kita lupakan. Sesungguhnya, Allah juga sangat kasih kepada hamba yang pemurah dengan memaafkan kesalahan orang lain.

Pejuang Hidup Kerana Berjuang!

Seorang pejuang tetap wajib tegar di jalan perjuangan. Seorang pejuang tidak boleh berputus asa dengan perjalanan hidup yang masih panjang walaupun umur kita hanya Tuan Punya Dunia. Apabila seorang pejuang itu rebah kerana berputus asa, bermakna kita memberi peluang kepada iblis dan syaitan untuk bersorak kegembiraan kerana ada anak Adam yang lemah padahal syurga telah Allah janjikan bagi mereka yang penyabar.

Rebah seorang pejuang itu, memang keinginan syaitan laknatullah. Ketahuilah wahai diriku, seisi alam ini, haiwan-haiwan, tumbuh-tumbuhan dan para malaikat turut mendoakan kesejahteraan manusia yang baik-baik, yang tetap teguh seperti seteguh karang di jalan perjuangan ini.

Moga qalam ini dapat membuat diri saya berfikir kerana ku menulisnya untuk peringatan diriku sendiri. Aku perlu untuk tetap berdiri di jalan yang penuh duri yang berbisa. Aku perlu. Aku wajib! Kerana, aku hanya mendambakan redha Allah. Dan untuk mendapatkan redha Allah, aku perlu bersabar seiring melalui rintangan perjuangan yang tidak terduga. 


Semoga Allah merahmati.

Source: iLuvislam.com

Wednesday, July 13, 2011

Mari Imbas Kembali: Peristiwa Penting Bulan Syaaban

Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab padanya Nabi Muhammad SAW melakukan Isra' dan Mikraj manakala bulan Ramadhan pula adalah bulan dimana padanyaseluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan dan Lailatul Qadar. Sesungguhnya orang yang menyucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan menyucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang menyucikan hatinya pada bulan Syaaban akan menyucikan rohnya pada bulan Ramadhan.

Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keanpunandari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

1. PERTUKARAN ARAH KIBLAT
Peristiwa yang paling bersejarah berlaku pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat. Allah SWT telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Makkah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: "Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang yang berkiblatkan BaitulMaqdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan." Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Makkah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di Masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah SAW sedang bersembahyang Asar.

Pertukaran kiblat menjadi  isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah SAW. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah. Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: "Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (BaitulMaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: "Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus." Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah SWT untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah SAW yang dikabulkan oleh Allah SWT. Ini kerana Rasulullah SAW sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit telah diperkenankan oleh Allah SWT pada bulan Syaaban.

2. PERANG ZAT AL-RIQA'
Dalam pertempuran ini seramai 400 tentera Islam terdiri daripada berkuda dan berjalan kaki telah menghadapi kekuatan musuh daripada Banu Muharib dan Banu Tha'labah daripada Ghatfan di satu tempat di Najd bernama Zat al-Riqa'. Perang ini berlaku pada bulan Syaaban tahun ke-4 Hijrah. Perang ini berakhir dengan kemenangan di pihak Islam apabila kedua-dua kabilah musuh telah melarikan diri.

3. PERANG BANU AL-MUSTALAQ DARIPADA KHUZA'AH
Seramai 1,000 tentera Islam telah bertembung dengan Banu al-Mustalaq di satu tempat bernama al-Mari' pada bulan Syaaban tahun ke-5 Hijrah. Pihak musuh telah melarikan diri selepas berlaku peperangan yang pendek.

4. MALAM NISFU SYAABAN
Kelebihan Malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu'az bin Jabal r.a. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah datang menjenguk semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan." (H.R. Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: "Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu; pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidilfitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban."


SELAMAT BERAMAL DAN BERIBADAH KEPADA ALLAH.....

Saturday, July 9, 2011

Istikharah Cinta

video
You're always in my heart and mind
Your name is mentioned every day
... This song 4 u dear..

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbihku ini 
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a


Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

✐ Istikharah Cinta

Album : Istikharah Cinta
Munsyid : Sigma
http://liriknasyid.com

Friday, July 1, 2011

Hati

TAUBAT… Dosa tanpa taubat disebabkan satu titik hitam pada hati HATI adalah organ yang paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan oleh Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang. Niat yang ikhlas itu akan diberi pahala oleh Allah.

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya adalah membabitkan seluruh anggota tubuh badan manusia. Maka, akan lahirlah penyakit masyarakat berpunca dari hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati adalah amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana dosa. Setiap satu dosa yang dilakukan tanpa bertaubat itu akan menyebabkan terjadinya satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Maka bayangkanlah bagaimana pula kalau sepuluh dosa? Seratus dosa? Seribu dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud: “Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.

Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.(Hadis riwayat Ibn Majah).

Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud “Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak akan masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan kita untuk mengamalkannya.

Allah berfirman yang bermaksud “Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya, dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya.

“Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.(Surah al-Baqarah, ayat 74).

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan bahawa batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah.

Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara yang paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlakulah kemusnahan yang amat besar terhadap manusia.

Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah natijahnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati kita. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada akhirat kelak.

Persoalannya sekarang, kenapa hati mati? Hati itu mati disebabkan perkara berikut:

Pertama: Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.(Surah al-Zumar, ayat 22).

Kedua: Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia.(Surah al-Ra'd, ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud “Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik.(Surah al-Syura, ayat 88 - 89)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share