أصحاب

Sunday, October 30, 2011

Dialog antara Manusia, Malaikat & Syaitan


Manusia - Eh, dah subuh dah ?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu...       

Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni... awal lagi ni... zzZZz


Manusia - Nak makan, laparlah...
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja.. sedapnya


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye ?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat...
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung !


Wednesday, October 26, 2011

Kewujudan Tuhan, Takdir, & Sifat Syaitan dari Api


Pemuda : Anda siapa? Dan apakah anda boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Ustaz : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Ustaz : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1)      Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujudnya Tuhan kepada saya
2)      Apakah yang dinamakan takdir?
3)      Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tuesday, October 25, 2011

Golongan Yang Mendapat Naungan Allah Di hari Kiamat

*      Pemerintah yang adil (pemerintah yang memerintah berdasarkan kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W).

*      Pemuda yang hidup sentiasa mengerjakan ibadat kepada Allah SWT.

*      Seorang yang hatinya sering terpaut pada Masjid.

*      Dua orang sahabat yang berkasih sayang kerana Allah (bertemu dan berpisah kerana Allah). ~ Sekali kita bersahabat InsyaAllah syurga muaranya..~

Tuesday, October 18, 2011

All My Life

Mom,
When I made a mistake,
You are angry with me,
At that time, I don’t know the reason,
I think you don’t love me,
But now, I understand the reason,
I will love you mom, till the end of time.

Dad,
Thank you for giving me a little attention,
I know you’re busy just like PM (Prime Minister),
But I also know,
Every night you will come to me and look for me
If I need your help,
That’s why I love you,

Friends,
Sometimes I hurt your heart,
Sometimes I cut your lines,
And sometimes I don’t know why I do like that,
So, I hope you forgive me. Thanks for everything.

Life,
You come and go,
When you come with happiness,
And when you go like a nightmare,
But I believe, I must be stong,
To fight with all.

Sunday, October 16, 2011

Maafkan...

Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar - benar bersih, kita belum menjadi seorang yang merendah hati dan pemaaf. Lunakkan hati dengan renungan ini :

Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang merasakan diri sebagai 'tuan' dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita. Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya.

Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap? Kalau kita mahu orang lain memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita.

Wednesday, October 12, 2011

Mutiara Kata


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT....
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah SWT....
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT....
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang/ damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya...  
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta sentiasa sabar sehingga menemuiNya....
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya....
Sentiasa berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . .  ~ IBNU QAYYUM ~

Sunday, October 9, 2011

Jom Relax Minda Jap

Relax Minda dalam Fatrah Exam dengan Fakta Menarik

1. Kebanyakan serangga adalah pekak???


2 Siput bole tido selama 3 tahun??


3. Tupai mudah lupa di mana separuh makanan yang disembunyikannya???


4. Nyamuk tertarik dengan warna biru daripada warna lain??


5. Kucing x dapat rasa manis???




Saturday, October 8, 2011

Terlalu Jauh tapi Dekat...


Malam kian larut
hati ini bertambah tidak keruan
gusar, gelisah
seakan-akan tiada ruang untuk ketenangan
hati di bisik pelbagai andaian
sedangkan belum pasti benar setiap andaian

rindukah ini?
atau mainan nafsu?
Ya Allah, kau tenangkanlah jiwa ini...

Aku rindu padanya Ya Allah...
Aku layangkan doa untuknya..
Semoga dia sentiasa dalam lembayung rahmat & redha-Mu...

ermmm.. 
biasanya jika orang rindu kat seseorang....
insyaAllah diapun rindu
moga setiap rindu di hati ini,
beroleh keredhaan-Nya....
Aminnn...

Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on
...
Love can touch us one time
And last for a lifetime
And never let go till we're gone
Love was when I loved you
One true time I hold to
In my life we'll always go on
"It's not about how much love you have in the beginning but how much love you build till the end."
p/s ---> ~ ♥ ~ miss u... ~ ♥ ~

Tuesday, October 4, 2011

Jaga 7 Sunnah Rasul



"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.


Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.


Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi SAW pada setiap hari.


Saturday, October 1, 2011

Mohon Doa dari Sahabat-Sahabat

cOURSE
dATE
tIME
IBF2043 - NAHU DAN SARAF III
9-10-2011 (Sun)
08:30 AM - 10:30AM
ISF2053 - FIQH III
11-10-2011 (Tue)
08:30 AM - 10:30AM
IUS2043 - FIQH SIRAH
13-10-2011 (Thu)
11:30 AM - 01:30PM
IUS2033 - FALSAFAH
15-10-2011 (Sat)
02:30 PM - 04:30PM
IUS2023 - FIRAQ ISLAMI
16-10-2011 (Sun)
11:30 AM - 01:30PM
IBF2052 - BALAGHAH I
19-10-2011 (Wed)
11:30 AM - 01:30PM
JaDuaL ImTiHaN AkHiR uSuLuddiN sEmEsTer 5

Ya Allah Ya Tuhanku, 
Ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa sahabat-sahabatku, dan dosa seluruh muslimin muslimat samada yang masih hidup atau yang telah mati. 

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku menadah tangan kepadaMu, berkatilah segala ilmu yang telah aku pelajari, keluarkanlah aku daripada lembah kejahilan dan kegelapan, kepada daerah cahayaMu dan ilmu pengetahuan. 

Ya Allah Ya Tuhanku,
Hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hambaMu, maka anugerahkanlah kepadaku taufiq dan hidayahMu, agar aku menjadi pelajar yang amanah menjalankan tanggungjawab untuk belajar, jauhkanlah rasa benci hasad dan iri hati, hiasilah diri aku seperti peribadi Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati. 

Ya Allah Ya Tuhanku,
Ikhlaskan hati aku dalam menuntut ilmu, kekalkan semangat yang tinggi untuk aku terus belajar tanpa ada rasa jemu, janganlah Engkau palingkan hati aku dari mengingatiMu ya Allah, lindungilah aku dari menuntut ilmu hanya kerana segulung sijil, hanya untuk harta, hanya untuk wanita, dan hanya untuk takhta, lindungilah kami dari sifat tamakkan dunia. 

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat kepada diri dan agamaku, jadikanlah aku orang yang beramal dengan ilmu yang telah Engkau pinjamkan kepadaku. 

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berilah kejayaan kepada aku dalam peperiksaan yang bakal aku tempuhi, tenangkan hatiku, lapangkan dadaku, luaskan fikiranku, kuatkan ingatanku, dan janganlah Engkau jadikan aku tergolong dalam golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku hamba yang lemah hina ini, memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah aku dalam golongan yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupanku, maka kepadaMu aku memohon, redhailah aku dalam apa jua yang aku kerjakan.

Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin...


Maan Najah semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share