أصحاب

Thursday, February 24, 2011

Malu Itu Sebahagian daripada Iman

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Malu itu sebahagian dari iman"

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Iman mempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah satu cabang dari cabang iman."
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari) 


MALU ITU SEPARUH DARIPADA IMAN. Begitulah sabda Rasulullah S.A.W pada 1418 tahun yang lalu. Malu yang dimaksudkan ialah malu kepada Allah. Malu untuk melakukan maksiat dan malu meninggalkan taat.

Jika malu itu 50% daripada IMAN, mana 50% lagi rasa malu yang lain? Yang selebihnya ialah TAKWA. MALU DAN TAKWA adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan. Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu 'buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang'.

Jika sekadar takut saja tak jadi apa-apa. Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak bererti jika tidak diikuti dengan rajin membaca buku dan mengulangkaji pelajaran. Takut kepada Allah mestilah diikuti dengan melakukan ketaatan dan menjauhi larangan-laranganNYA.

Ukurlah diri kita berapa peratuskah sifat MALU dan TAKWA yang ada pada diri kita... Itulah darjah keimanan kita. Bak kata orang 'periksalah diri kita sebelum kita diperiksa'. 

Ulama pernah menyebutkan 'bertafakkurlah dalam satu saat (memikir kebesaran Allah) adalah lebih baik daripada beribadat 1000 tahun'. Hal ini jangan disalahtafsirkan sebagai tidak perlu untuk beribadat hanya memadai dengan bertafakkur. Ianya cuma memberi gambaran kepada kita bahawa tafakkur menjadi faktor utama dalam mencari kekuatan beribadat. 

Proses musyahadah perlu dilakukan secara konsisten sehingga ia menjadi darah daging. Atau sehingga terasa benar di dalam diri kita tentang kebesaran Allah dan merasakan bahawa 'tidak ada sesuatu yang Allah jadikan secara sia-sia'. Kesemuanya ada hikmah yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya. 


Musyahadah adalah merupakan salah satu daripada beberapa jalan untuk mendapatkan 'iman'. Dengan iman ini kita akan berasa lazat berzikir, mencari ilmu agama, melakukan ibadat fardhu, menambah dengan ibadat sunat serta berusaha mencari keredhaan Allah S.W.T. Sebaliknya kita benci melakukan kejahatan sebagaimana takutnya kita menghampiri kepada api neraka. Barulah ketika itu kita merasakan kelazatan iman dan terasa hubungan yang rapat dengan Allah disebabkan oleh keredhaan Allah S.W.T terhadap diri kita. 

Di samping melakukan proses musyahadah, kita perlu melakuakn muraqabah yakni menghampirkan diri terhadap Allah dengan melakukan segala amal fardhu dan sunat. Amalan yang berkaitan dengan 'hablum minaAllah' (hubungan dengan Allah) dan 'hablum minannas' (hubungan dengan manusia). Kita perlu menjaga dua hubungan ini iaitu hubungan dengan Allah dan juga sesama manusia. 

Dalam hubungan kita dengan Allah itu, Allah sering mengingatkan kita supaya mengambil pengajaran dengan berjalan atau melawati tempat-tempat di atas muka bumi Allah ini dengan niat melihat kebesaran dan kekuasaan daripada Allah S.W.T sambil memerhatikan balasan yang telah Allah timpakan kepada mereka yang menganiayai diri mereka sendiri. 

Semoga dengan coretan di atas dapat menjadikan diri kita khususnya diri saya sendiri orang yang sentiasa bermuhasabah diri dan bermusyahadah serta bermuraqabah kepada Allah S.W.T. Mudah-mudahan kita semua akan diterima menjadi orang soleh dan solehah yang bakal menghuni syurga di akhirat kelak. Amin Ya Allah...


Rujukan:

Malu Itu Indah, Malu Itu Fitrah...
http://abubasyer.blogspot.com/search/label/Malu

Thursday, February 3, 2011

al-fatihah utk tok.. (13 Januari 1926 - 03 Februari 2010)


arini genap setahun tok tinggalkan km...
tiada sehari yg berlalu tanpa km mengingati tok...
semoga tok aman disana..
km merinduimu tok..
ya allah..rahmati tok...
alfatihah...


Anak :: Salmah, Abdul Rahman, Abdul Rahim, Mohd Naim, Mohd Nazri, Mohd Zakaria

Cucu :: Abg DzulKifli, Kak Syakirah, Abg Hafiz, Syukri, Syafiq, Fikri, Firdaus, Nor Yusra, Yas Sara, Nor Yasirah Naim, Nor Madihah, Nor Amirah , Norain Fasihah, Abdul Muhaimin Aiman, Luthfi, Nor Aqilah, Nadhiratul Nadiah, Mohd Faiz, Huda, Ammar Faris, Hanis Afiqah, Nurul Jannah....

Cicit :: Afiq Farhan, Adibah Farihah, Alya Farah ...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share