أصحاب

Saturday, November 26, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433H...

Assalamualaikum

Sempena Maal Hijrah dan masuknya bulan Muharam ini, maka marilah kita sama - sama mempromosikan Tuhan. Di bawah ini saya titipkan beberapa madah eksklusif (copyright) untuk kita promosikan Tuhan: -

1. Tuhan Ada. Ada di mana - mana. Dia ada di semua keadaan kita meminta - minta apa sahaja.

2. Baiknya Tuhan ciptakan bumi untuk kita.

3. Anda ada masalah kewangan? Bank Tuhan boleh selesai segala - galanya.

4. Mahaguru paling bijak ialah Tuhan. Belajarlah dengan Dia. Anda akan jadi secerdik - cerdik manusia.

5. Tuhan itu doktor Maha Pakar. PadaNya ada segala - gala ubat untuk semua penyakit. Ruginya orang yang tidak merawat denganNya.

6. Manusia selalu kecewa dalam bercinta. Kerana tersalah memberi cinta. Berilah cinta agung pada Tuhan, nescaya tidak akan kecewa selamanya.

7. Kawan paling setia yang mampu menjaga kita setiap masa sebenarnya adalah Tuhan kita!

8. Anda ada masalah rumahtangga? Selesaikanlah dengan jalan takut dan cintakan Tuhan.

9. Manusia tidak akan henti - henti bergaduh, sehinggalah mereka diambil Tuhan jadi pemimpin.

10. Jangan cuba lari dari Tuhan, akan ditimpa padah. Tapi larilah kepada Tuhan, nescaya bahagia.

11. Sama - sama cinta dunia, akan berebut, berbalah. Tapi sama - sama cinta Tuhan, tiada rebutan dan perbalahan.

12. Jika ingin miliki segala-galanya milikilah Tuhan, Tuhan adalah segalanya. Segalanya tanpa Tuhan tiada erti apa-apa.

13. Cinta Tuhan cinta sejati, cinta agung! Cinta makhluk cinta murahan.

14. Siapa cinta Tuhan pasti sayangkan manusia barulah boleh bekerjasama.

15. Hambakanlah diri hanya kepada Tuhan. Tidak layak dihambakan pada selainNya. Buktinya kita marah dituduh hamba syaitan. Tapi tidak marah bila dikatakan hamba Tuhan.

16. Kita amat perlukan pentadbir, pendidik, pengawal, penjaga dan penyelamat. Dia adalah Tuhan pencipta kita.

17. Tuhan adalah tempat rujuk. Tiada tempat rujuk yang lebih dari Tuhan. Dia boleh selesaikan semua masalah dunia.

18. Ramai orang percaya Tuhan, tapi tidak dipedulikan, seolah-olah Tuhan tidak ada.

19. Aneh manusia, tahu Tuhan yang beri rezeki tapi tidak pun takut dan cinta padaNya.

20. Kalau kita yakin dunia Tuhan punya, tentu kita tidak sanggup berbuat sesuka hati, sebab malu padaNya.

21. Kasih sayang sesama manusia akan punah bila Tuhan tidak dicintai.

22. Manusia kalau kenal lah Tuhannya pasti akan mabuk cinta padaNya.

23. Hebatnya Tuhan apa pun Dia buat hanya dengan berkata, “Jadi !” Maka jadilah hal itu. Sebab itu Dia boleh buat apa saja.

24. Tuhan bila murka, akan bertindak tanpa kira raja, orang besar, atau orang kaya.

25. Kita tinggal di bumi Tuhan, sepatutnya minta izinlah kepadaNya bila mahu buat sesuatu.

26. Mengapa Tuhan suruh takut padaNya? Sebab takut itu benteng maksiat.

27. Sombong pakaian Tuhan, siapa pakai pakaianNya binasalah dia.

28.Tuhan itu Maha Lemah Lembut tapi amat keras terhadap orang yang berleluasa.

29.Kalau kita buat dosa, jangan senang - senang hati saja sebab lambat laun Tuhan pasti menghukumnya.

30. Tuhan modal hidup kita yang paling utama, mari kita promosi Dia ke seluruh dunia !

Info mengenai Bulan Muharam

Merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

p/s: jgn lupa !!! >>>>>membaca doa akhir tahun selepas solat asar & doa awal tahun selepas solat maghrib pada malam ini..

SALAM MA'AL HIJRAH... Marilah kita bersama - sama meningkatkan iman dan amal... Moga tahun baru 1433H ini membawa perubahan yang bermakna buat hati kita semua... Semoga Allah menerima dan memberkati amalan - amalan kita pada tahun 1432H yang lalu... KULLU 'AM ANTUM BIKHAIR...~



Tuesday, November 22, 2011

Fadhilat Silaturrahim



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ – رَوَاهُ البُخَارِيُّ  والمسلم

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang suka agar dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim. (HR Bukari dan Muslim)

Friday, November 18, 2011

Umur Tidak Bertambah dan Tidak Berkurang


Umur Tidak Bertambah Dan Tidak Berkurang

Firman ALLAH Taala : (( Kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan )), dan Dia berfirman : (( Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan )). Sabda Rasulullah S.A.W : “Sesungguhnya Allah Taala menugaskan satu malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya. Apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, Malaikat bertanya: “Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? – Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? – Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, Malaikat bertanya lagi: “Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau seorang (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?” (Setelah Malakikat mendapat jawapannya) maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya”.

Yang demikian menunjukkan bahawa setiap manusia itu ditetapkan ajal, tidak cepat dan tidak juga lewat. Sesungguhnya umur itu tidak bertambah dan tidak pula berkurangan, lalu timbullah di situ dua persoalan:
1-     Jikalau umur itu mempunyai had, maka kenapakah pembunuh dihukum mati?
2-     Jikalau umur itu mempunyai had maka apakah makna apa yang diriwayatkan bahawa ‘sesungguhnya menyambungkan silaturrahim akan memanjangkan umur’?

Jawapan kepada soalan pertama memerlukan kepada kita membahaskan permasalahan pembalasan. Seseorang hamba itu sesungguhnya dihisab ke atas perbuatannya adalah disebabkan pilihannya sendiri bukan berdasarkan qadha dan qadar. Secara hakikatnya Allah Taala mengetahui sesuatu kewujudan itu sebelum ianya tercipta lagi dan tidak dapat tidak ianya terjadi di dalam bentuk yang diketahuiNYA. Dan Dia-lah pencipta seluruh perbuatan hamba-hambaNYA. Lalu disini kita katakan: Sesungguhnya pembunuh tidak mengetahui ajal yang telah Allah Taala tetapkan kepada yang dibunuh, tidak juga dibunuh mangsa tersebut kerana si pembunuh mengetahui pengakhiran ajalnya. Sesungguhnya tidak ada sesiapa pun yang mengetahui bila ajal itu datang kecuali Allah Taala sahaja bahkan si pembunuh mempunyai pilihan pula untuk dirinya sama ada membunuh dengan pembunuhan yang disyariatkan iaitu bunuh qisas atau yang tidak disyariatkan seperti bunuh kerana harta. Sabda Rasulullah S.A.W : “Apabila bertemu dua orang Islam dengan kedua-dua pedang maka orang yang membunuh atau dibunuh masuk ke neraka. Maka aku berkata: Wahai Rasulullah, adakah mangsa menerima hukuman yang sama? Lalu Nabi bersabda: dia pun turut mempunyai niat untuk membunuh sahabatnya”. Oleh yang demikian, umur mempunyai had, dan pembunuh itu sabit keatasnya dosa dan balasan di atas perbuatannya.

Adapun persoalan kedua ialah isyarat dari hadis baginda S.A.W : “Sesiapa yang suka dilapangkan pada rezekinya dan dilewatkan ajal dan umurnya, maka hendaklah ia menyambungkan silaturrahim”. Hal yang demikian juga menyamai dengan jawapan kepada manfaat berdoa. Maka boleh kita katakan: sesungguhnya silaturrahim menjadi sebab kepada umur panjang sebagaimana makanan, minuman dan ubat-ubatan menjadi sebab kepada kelangsungan hidup. Allah Taala merupakan pencipta kepada segala sebab musabab, maka apabila Dia mengkehendaki hayat yang panjang bagi seseorang hamba maka Dia mengilhamkan kepadanya untuk makan, minum dan juga berubat jikalau sakit. Adapun apabila Allah Taala mengkehendaki umur seseorang hamba itu lebih panjang daripada saudara-maranya, maka Dia mengilhamkan pula supaya hamba tersebut menghubungkan silaturrahim. Apa yang dimaksudkan dengan hadis tersebut ialah galakan menyambungkan silaturrahim. Ulama’ mentafsirkan hadis tersebut dengan beberapa tafsiran antaranya sebagai satu kinayah dengan keberkatan pada umur dan rezeki dengan sebab taufik Allah Taala kepada sesiapa yang menyambungkan silaturrahim serta melakukan ketaatan kepadaNya, juga keberkatan pada umur dan rezeki dengan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat pada dunia dan akhirat.

Tuesday, November 15, 2011

Syukur pada Rezeki


SESUNGGUHNYA rezeki berupa pemberian atau habuan daripada Allah kepada makhlukNya. Anugerah Allah tidak sekadar berupa kekayaan, sebaliknya meliputi pelbagai aspek kehidupan.

Rezeki Allah meliputi apa saja yang diperlukan dalam kehidupan termasuk makanan, pakaian, kediaman dan sumber yang berkaitan.

Keperluan itu untuk kesejahteraan jasmani insan. Selain itu, rezeki untuk kesuburan rohaniah juga penting. Ini termasuk ilmu pengetahuan, kecerdasan serta taufik dan hidayah.

Pintu rezeki untuk kenikmatan hidup di dunia terbuka kepada semua insan sama ada kafir atau mukmin dan yang jahat atau baik. Rezeki untuk kesejahteraan jasmani turut dikurniakan kepada semua makhluk. Tetapi rezeki untuk kenikmatan hidup di akhirat hanya dikurniakan kepada orang beriman.

Sejarah sejak zaman rasul dan ulama hingga ke hari ini membuktikan salah satu sebab golongan kafir menolak agama Allah kerana mereka terlalu terpesona dengan kehidupan dunia.

Golongan kafir menganggap rezeki datang daripada hasil titik peluh mereka semata-mata, sedangkan orang Islam menganggap rezeki itu daripada sumber kemurahan dan rahmat Allah S.W.T.

Di akhir ayat 212 Surah al-Baqarah, Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa hisab."

Ini memberi pengertian rezeki yang dikurniakan Allah kepada seseorang itu perlu disyukuri. Jangan sekali-kali kita berasa angkuh dan sombong dengan kekayaan harta yang kita miliki.

Kita juga tidak seharusnya menyangka kekayaan dan rezeki melimpah ruah yang diperolehi itu milik mutlak kita yang tidak boleh digugat. Sesungguhnya kunci rezeki di tangan Allah S.W.T. Allah yang menentukan pembahagian rezeki kepada hamba - hambaNya.

Dalam kehidupan seharian, isu rezeki bukan satu persoalan yang selalunya tunduk kepada perkiraan hisab manusia. Cara dan petua untuk mendapatkan rezeki tidak selama - lamanya tepat.

Pada keseluruhannya, rajin dan usaha syarat untuk mencapai kejayaan dan menjamin seseorang itu menjadi kaya. Tetapi syarat ini kadangkala tidak tepat dan berakhir dengan kegagalan dan menemui jalan buntu.

Ada juga golongan membuat andaian ilmu yang tinggi anak kunci rezeki. Semakin banyak sijil dan semakin tinggi ilmu seseorang insan maka semakin luaslah pula rezekinya. Tetapi ada juga orang yang cetek ilmu pengetahuannya atau buta huruf mampu menjadi hartawan. Tidak kurang juga orang tercicir dalam pelajaran menjadi pemilik atau tauke besar.

Selain itu, ada pula golongan mengatakan kekayaan itu terletak kepada peluang dan nasib seseorang dan tidak kurang pula meletakkan kekayaan dan rezeki itu kepada hubungan seseorang. Semakin luas hubungannya dengan orang berkuasa maka semakin cerah peluangnya mendapat rezeki.

Inilah di antara syarat yang selalu dikaitkan untuk mendapat rezeki lumayan, tetapi semua syarat itu ada kalanya tidak membawa kejayaan.

Sesungguhnya urusan rezeki bukan ditentukan manusia, tetapi ia dalam tangan Allah S.W.T semata-mata. Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dialah (Allah) yang memegang kunci rezeki seluruh alam ini dan Dialah yang berkuasa memberi dan menarik serta meluas dan menyempitkan pemberian rezeki itu.

Dari itu janganlah kita bersifat angkuh dan sombong dengan rezeki yang melimpah ruah dan usahlah kita bermegah - megah dengan kurniaan Allah kepada kita. Sebaliknya kita seharusnya bersyukur dengan rahmat dan nikmat Allah S.W.T itu.

Sesungguhnya balasan bagi orang yang bersyukur jelas dinyatakan Allah dengan firman-Nya yang bermaksud: "Jika kamu bersyukur, Aku tambahkan lagi nikmatKu. Jika kamu kufur, sesungguhnya azab Aku amat pedih."
(Surah Ibrahim: ayat 7)

Sedar akan hakikat ini, maka bersyukurlah dengan nikmat dan rahmat kurniaan Allah S.W.T. Semoga dengan berbuat demikian, rahmat kurniaan rezeki itu akan terus berkekalan dan hidup kita akan diberkati Allah hingga ke akhir zaman. Insya-Allah.

Kesimpulan:

Kita sebagai manusia haruslah berusaha mencari rezeki secara halal kemudian bertawakal kepada ALLAH S.W.T serta berdoa semoga dikurniakan rezeki yang berkat. Insya – Allah, Amin.

Sunday, November 13, 2011

Apa Yang Ada Sebelum ALLAH???

Kisah Debat Imam Abu Hanifah Dengan Seorang Atheis


Pada suatu pagi, Imam Abu Hanifah yang ketika itu masih kanak - kanak telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya.

Guru: Aku bermimpi melihat sebuah kebun yang sangat luas terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan menyondol serta memakan buah - buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah - buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada akar umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya.

Imam Abu Hanifah: Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta’bir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya menta’birkannya.

Guru: Ta’birkanlah..!


Thursday, November 10, 2011

Taraf Keikhlasan Kita


ADAKAH AKU IKHLAS?

Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra - syarat untuk apa - apa amalan kita diterima oleh Allah SWT. Kerana kita inginkan amalan kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada hari pembalasan kelak.

Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu, hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun, ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox' dan sebagainya, ada tanda - tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita ini ikhlas.

Antaranya :-
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.

2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh manusia.

3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.

4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat sikap taajub akan diri sendiri.

5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.


6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.

7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.

8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua tetapi tetap bekerja dan menyumbang.

9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi hal.

10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)

Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan. Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga - jaga bagi memastikan amalan diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya. Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang batil tersebut, maka sia - sialah di sisi Allah SWT. Hatta mereka yang berperang di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang lain ikhlas ataupun tidak.

Dalam satu kata - kata ulama, ada ulama yang mengatakan untuk membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam (yg pekat legam). Betapa besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah SWT.

Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith Nabi telah bersabda: "Tiga golongan yang tidak diterima Allah SWT untuk masuk ke syurga, kemudian ditanya kepada Nabi apakah golongan itu, maka Nabi menjawab:- 1. Orang kaya menginfaqkan (sedekah) sebahagian hartanya di jalan Allah, tetapi tidak ikhlas. 2. Orang yang berjihad di jalan Allah, mahupun perang atau sebagainya. 3. Seseorang alim ulama yang menyampaikan ilmu itu tetapi tidak ikhlas kerana Allah SWT".

Jadi sahabat - sahabat yang dirahamti Allah sekalian, dapatlah kita renungkan bersama bahawa betapa besarnya ikhlas itu perlu wujud di dalam hati masing - masing. Syaitan sentiasa menghasut diri anda supaya mengkianati Allah SWT. Oleh itu sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang membinasakan diri kita di akhirat kelak.

Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah SWT Yang Maha Mengetahui dan hanya Allah SWT sahajalah yang berhak membalas segala amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.


Tuesday, November 8, 2011

Cemburu

Sifat cemburu adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar nak dibendung. Banyak juga jenis cemburu. Ada yang positif dan ada yang negatif. Bila kita cakap pasal cemburu ni, sudah tentu ramai yang menuding jari dan mengaitkannya dengan kaum hawa. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan ini kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, kita tidak boleh nak menuduh sesiapa pun, samada lelaki mahupun perempuan. Sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu itu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.

Dalam kebanyakan hubungan memang terdapat sifat cemburu. Masalah akan timbul apabila pasangan yang cemburu ini mengugut untuk memutuskan hubungan dan pasangan rasa tergugat. Ada pasangan sedar bahawa sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya. Mereka rasa apa yg mereka lakukan itu betul. Mereka sentiasa ingin tahu apa yg dilakukan oleh pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.

Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bahawa pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian untuk melindungi kita atau dia akan mendatangkan masalah kepada kita?



Sunday, November 6, 2011

Asal Usul Hajar Aswad

Ketika Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. 


Nabi Ibrahim a.s. berkata kepada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia." Kemudian Nabi Ismail a.s. pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s. sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail a.s. dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali.


Kemudian Nabi Ibrahim a.s. bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?" Nabi Ismail a.s. berkata, "Batu ini aku terima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)." Nabi Ibrahim a.s.mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. 



Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha..

Bismillah, esok 9 Zulhijjah hari Wukuf sangat digalakkan untuk berpuasa. Jangan melepaskan peluang berpuasa besok hari yang dijanjikan ganjaran pengampunan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang, insyaAllah..
Jom Berpuasa pada esok hari (hari 'Arafah) !

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada hari-hari yang lebih dicintai oleh Allah untuk dilakukan ibadah kepadaNya daripada 10 di bulan Zulhijjah, dimana satu hari berpuasa daripadanya (sebanding) dengan puasa satu tahun dan mendirikan ibadah satu malam daripadanya (sebanding) dengan mendirikan ibadah pada lailatulqadar." (Riwayat Al-Tirmidzi)

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu". (Hadith Riwayat Muslim)


Sambutlah Kedatangan Hari Raya Aidiladha dengan Kesyukuran dan Ketakwaan kepada Allah SWT...
salam eiduladha buat semua...ampun dan maaf segala kekhilafan... kullu am wa antum bikhoir..~

Thursday, November 3, 2011

Kisah Asal Usul Maqam Nabi Ibrahim


Setelah Nabi Ismail a.s bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim a.s bersama – sama dengan anaknya mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu.

Terdapat dua riwayat yang mengatakan bahawa sebelum Baitullah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah tersebut dengan tidak terkena bala bencana sewaktu taufan besar melanda. Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim a.s dan anaknya.

Tuesday, November 1, 2011

Siti Hajar Seorang Wanita Solehah

Dalam bahang terik mentari, di tengah - tengah padang pasir yang kering kontang, Nabi Ibrahim a.s. terus menunggang unta bersama Siti Hajar. Walaupun perjalanan agak sukar, namun hal itu tidak memberi kesan kepada mereka. Yang lebih diharapkannya ialah ketabahan hati untuk meninggalkan Siti Hajar dan bayinya di bumi gersang itu.


Sepanjang perjalanan, dikuatkan hatinya untuk terus bertawakal. Dia yakin, Allah tidak akan menganiaya hamba - hambaNya. Pasti ada hikmah di sebalik perintah itu. Setelah lebih kurang 6 bulan perjalanan, tibalah mereka di Makkah. Nabi Ibrahim a.s. memilih salah sebuah lembah di tengah-tengah padang pasir. Nabi Ibrahim a.s. turun dari untanya dan mengikat tali unta di sebatang pokok tamar.

Bahang sinaran matahari bukan kepalang. Tekaknya yang dari tadi kehausan, sedikitpun tidak diendahkannya. Yang difikirkannya, bagaimanakah cara untuk memberitahu isterinya tentang perintah Allah SWT itu. Sepanjang perjalanan tadi lidahnya seolah-olah kelu untuk berkata-kata.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share