أصحاب

Saturday, December 31, 2011

Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi. 


KEEMPAT: HAK KEPADA MUNGKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 


KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan. 


KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah. 


KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) 
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah S.W.T, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak. 


KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat. 


KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah. 


KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH S.W.T
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. "

Wednesday, December 28, 2011

Kewajipan Beriman dengan Arasy, Kursi, Qalam, dan Lauh Mahfuz serta Malaikat – malaikat Pencatat Amalan.


١٠٧ - والعَرْشُ والكُرْسِيُّ ثُمَّ القَلَمُ     والكاتِبُونَ، اللَوْحُ، كُلٌّ حِكَمُ
١٠۸ - لا لاحْتِيَاجٍ، وبِها                   يَجِبْ عَلَيْكَ أيُّها اﻹنْسانُ

          مِنَ الأُمُورِ الغَيْبِيَّةِ الَـّتِي أَخْبَرْنَا عَنْهَا القُرْآنُ وَالسُّنَّةُ وَلِذَا يَجِبُ اﻹيمانُ بِها : العَرْشُ، والكُرْسِيُّ، والقَلَمُ، واللَوْحُ المَحْفُوظُ، والمَلاَئِكَةُ الكَاتِبُونَ لأَعْمَالِ العِبَادِ، قَالَ اللهُ تَعَالَى : ﴿ bÎ*sù (#öq©9uqs? ö@à)sù š_É<ó¡ym ª!$# Iw tm»s9Î) žwÎ) uqèd ( Ïmøn=tã àMù=ž2uqs? ( uqèdur >u ĸöyèø9$# ÉOŠÏàyèø9$# ، وَوَرَدَ ذِكْرُ العَرْشِ فِي القُرْآنِ الكَرِيمِ مَرَّاتٍ عَدِيدَة، وقالَ تَعَالَى : ﴿ yìÅur çmÅöä. ÏNºuq»yJ¡¡9$# uÚöF{$#ur ( Ÿwur ¼çnߊqä«tƒ $uKßgÝàøÿÏm 4 uqèdur Í?yèø9$# ÞOŠÏàyèø9$# .
        
          وقالَ عزَّ وجل : ﴿ ö@t/ uqèd ×b#uäöè% ÓÅg¤C ۞ Îû 8yöqs9 ¤âqàÿøt¤C ، وقالَ تعالى : ﴿úc 4 ÉOn=s)ø9$#ur $tBur tbrãäÜó¡o، ووَرَدَ أَنَّ المُرادَ بِالقَلَمِ القَلَمُ الَّذِي كُتِبَ بِهِ فِي اللَوُحِ المُحْفُوظِ. وَقَدْ قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : " ﺇنَّ أَوَّلَ مَا خَلَقَ اللهُ القَلَمَ، فَقَالَ لَهُ : اكْتُبْ، قَالَ رَبِّ وَمَاذَا أَكْتُبُ ؟ قَالَ : اكْتُبْ مَقَادِيرَ كُلُّ شَيءٍ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ "، وقالَ تعالى : ﴿¨bÎ)ur öNä3øn=tæ tûüÏàÏÿ»ptm: ۞ $YB#tÏ. tûüÎ6ÏF»x.، فالعَرْشُ والكُرْسِيُّ واللَوْحُ المَحْفُوظُ والقَلَمُ والمَلائِكَةُ الكاتِبُونَ أُمُورٌ غَيْبِيَّةٌ يَجِبُ اﻹِيمانُ بِها مَعَ تَفْوِيضِ حَقِيقَتِهَا ﺇِلَى اللهِ تعالى، لأَنَّهُ عزَّوجَلَّ لَم يُخْبِرْنَا ﺇلا بِأسمائِها وبَعْضِ مَا يَتَعَلَّقُ بها، وَلَمْ يَرِدْنَا عن النبي صلى الله عليه وسلم تَفْصِيلُ أَحْوَالهِا، وكَذا كُلُّ مَا وَرَدَ ذِكْرُهُ فِي الكِتَابِ أو السُّنَّةِ الصَّحيحَةِ كَسِدْرَةِ المُنْتَهَى، والحُجُبِ والأَنوارِ، نَعْتَقِدُ بِوُجُودِهِ ونُفَوِّضُ عِلْمَهُ ﺇلى اللهِ تَعَالَى، ولا نَتَجاوَزُ حُدُودَ الكِتابِ والسُّنَّةِ، فَمَا فَصَّلَهُ الكِتابُ أو السُّنَّةُ نَعْتَقِدُ بِهِ مُفَصَّلاً، وَمَا لم يُفَصِّلْ نَعْتَقِدُ بِهِ مُجْمَلاً، فقد أكْثَرَ بَعْضُ المُؤَلِّفِينَ مِنَ النَّقْلِ عن كُتُبٍ بَنِي ﺇِسْرَائِيلَ فِي هذِهِ المَواضِيعِ ممَّا يُخالِفُ المَعْقُولَ، وقد نَبَّهَنا اللهُ تعالى ﺇلَى أَنَّ بَنِي ﺇسرائِيلَ يَفْتَرُونَ على اللهِ الكَذِبَ، ومَوضُوعٌ العَقِيدَةِ مَوضُوعٌ خَطِيرٌ لا يُذْكَرُ فِيهِ ﺇلاَّ ما صَحَّتْ نِسْبَتُهُ ﺇلَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم.

         ثُمَّ إنَّ العَرْشَ فِي لُغَةِ العَرَبِ : سَرِيرُ المَلِكِ، أيْ : المَقْعَدُ الفَخْمُ الَّذِي يَجْلِسُ عَلَيْهِ، والكُرْسِيُّ : يُطْلَقُ عَلَى ما يَضَعُ المَلِكُ عَلَيْهِ رِجْلَيِهِ وهُوَ جالِسٌ عَلَى العَرْشِ، واللَوْحُ : ما يُكْتَبُ بِهِ لِحْفِظِ الشَّيْءِ مِنَ النِّسْيانِ، والقَلَمُ : ما يُتَوَصَّلُ بِهِ إلَى الكِتَابَةِ، والكاتِبُونَ : هم الَّذِينَ يُساعِدُنَ المَلِكَ وغَيْرَهُ عَلَى حِفْظِ المَعْلُوماتِ وإبْلاغِ الأوامِرِ.


وهنا يَجِبُ الانْتِاهُ إلَى شَيْئَيْن :
         الأوَّلُ : يَجِبُ الاعْتِقَادُ بِأنَّ العَرْشَ والكُرْسِيَّ واللَوْحَ والقَلَمَ والكاتِبِينَ لَيْسُوا كَعُرُوشِ المُلُوكِ وكَراسِيِّهِم وألْواحِهِم وأقْلامِهِم وكُتَّابِهِم، وإنْ كانَ هُناكَ اشْتِراكٌ بَيْنَ الأُولَى والثَّانِيَةِ فِي مَعْنَّى ما لِيَصِحَّ إطْلاقُ نَفْسِ الاسْمِ عَلَيْها.
         الثَّانِي : يَجِبُ الاعْتِقادُ بِأنَّ الله تَبارَكَ وتَعالَى لَيْسَ بِحاجَةٍ إلَى العَرْشِ أو الكُرْسِيِّ أو اللَوْحِ أو القَلَمِ أو الكاتِبِينَ كَحاجَةِ المُلُوكِ وغَيْرِهِم إلَى هَذِهِ الأشْياءِ، فَانَّ الله تَعالَى : ﴿ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ ﴾، وهُوَ عَزَّ وجَلَّ قَدِيمٌ وهذِهِ المَخْلُوقَاتُ حادِثَةٌ، والقَدِيمُ لا يَحْتاجُ إلَى الحادِث.
        
ومَعَ هذا يَجِبُ أنْ نَعْتَقِدَ أنَّها خُلِقَتْ لِحِكْمَةٍ يَعْلَمُها الله تَعالَى، لأنَّ الحَكِيمَ لا يَخْلُقُ شَيْئًا عَبَثًا، والحِكْمَةُ وَضْعُ الشَّيْءِ فِي مَوْضِعِهِ.


Thursday, December 22, 2011

Pentingnya Sabar Dalam Berdakwah

Sabar di dalam berdakwah memiliki peranan amat penting dan sebagai kewajiban bagi seorang da’i. 


Sabar, secara umum merupakan kewajiban bagi setiap muslim, namun bagi seorang da’i, ia lebih dan sangat ditekankan. Oleh kerana itu, Allah memerintahkan kepada pemimpin para da’i dan teladan mereka, Rasulullah SAW untuk bersikap sabar. Dia berfirman, “Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan. Sesungguhnya Allah berserta orang - orang yang bertakwa dan orang - orang yang berbuat kebaikan.” (QS. al - Nahl: 127 - 128).


Di dalam ayat yang lain disebutkan,“Maka bersabarlah kamu seperti orang - orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul - rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka.(QS. al - Ahqaaf: 35)

1. Sabar di dalam berdakwah ibarat kepala bagi badan
2. Sabar merupakan salah satu empat rukun kebahagiaan.
3. Sabar termasuk akhlak paling agung.
4. Sabar termasuk perkara paling penting.
5. Sabar merupakan pendekatan diri kepada Allah yang utama
6. Kesabaran meringankan penderitaan
7. Sabar adalah sifat para Nabi
8. Dengan kesabaran seorang da’i menjadi contoh teladan
9. Sabar menghantarkan kepada pertolongan Allah.
10. Sabar merupakan kumpulan berbagai akhlak luhur
11. Sabar adalah separuh daripada iman
12. Sabar merupakan sebab untuk meraih kesempurnaan
13. Kesabaran merupakan latihan pada diri
14. Sabar mempunyai kedudukan yang tinggi
15. Mendapat kebaikan dunia akhirat bagi orang yang sabar

Friday, December 16, 2011

Bencana Kerana Perbuatan Sendiri

Kita sering mendengar pelbagai berita mengenai tragedi yang berlaku di seluruh dunia. Ini termasuklah pembunuhan yang berpunca daripada perasaan tamak serta dengki khianat sesama manusia itu sendiri.

Selain daripada itu, bencana alam seperti banjir, taufan, gempa bumi, kemarau, letupan gunung berapi, peperangan serta banyak lagi tragedi lain semakin kerap melanda sebahagian besar muka bumi yang kita diami.

Kesan daripada bencana itu, berlakulah kehilangan ribuan nyawa manusia, ternakan dan juga kerugian harta benda yang tidak ternilai. Dalam pada itu, ada juga tempat-tempat yang jarang atau tidak pernah kita dengar berlaku gempa bumi, kini dilaporkan mengalami kejadian itu.

Begitu juga dengan peperangan, hampir setiap hari beribu-ribu manusia terkorban kerana bencana buatan manusia sendiri. Daripada peristiwa itu, dapat kita melihat bagaimana manusia dan alam kini semakin kalut dengan pelbagai kemelut. Bagaimanapun, qada' dan qadar Allah ternyata berlaku terhadap manusia berasaskan perbuatan mereka sendiri.

Apabila datang bencana, ia adalah balasan yang setimpal daripada Allah kepada segelintir hamba-Nya yang tidak pernah mahu menginsafi perbuatan masing-masing dengan meneruskan penderhakaan terhadap Allah.

Kalau direnung secara mendalam, kita akan dapati bahawa segala malapetaka yang berlaku sekarang membuktikan keagungan Allah terhadap hamba-Nya.

Kemarau dan banjir umpamanya menakutkan manusia di serata dunia. Ini kerana ia boleh berlaku di mana saja tanpa mengira keadaan iklim atau fizikal sesuatu tempat itu lagi hingga ia kadangkala turut mengelirukan pihak yang terbabit untuk membuat kajian saintifik mengenai bencana tersebut.

Dalam hubungan itu, masing-masing lupa bahawa bencana itu adalah ketetapan Allah lantaran kedurjanaan yang dilakukan oleh kelompok manusia tertentu. Kini, maksiat berlaku di merata tempat dan manusia kian gila dengan kehidupan sosial tanpa batasan.

Kalau dikaji secara mendalam, bencana seperti kemarau yang begitu teruk sebenarnya adalah bala Allah terhadap manusia yang enggan mensyukuri nikmat Allah.

Rezeki dan kurniaan Allah terhadap mereka banyak dilaburkan ke jalan maksiat dan sia-sia. Apabila diuji oleh Allah dengan kepapaan dan kemiskinan, mereka begitu mudah berputus asa dan mula menderhakai Allah dengan melakukan alternatif yang tidak direstui Islam.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (Surah As-Syura: ayat 30)

Sebagai umat Islam yang meyakini keesaan dan keadilan Allah, maka adalah perlu bagi kita semua untuk merenungi dan meneliti setiap kejadian ngeri, termasuk pelbagai musibah yang berlaku dengan penuh keinsafan.

Insaf kerana segala apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah dan insaf untuk beringat-ingat bahawa bencana yang terjadi akan menimpa sesiapa jua nanti, andainya mereka melakukan penderhakaan terhadap Allah.
Dalam hal ini, setiap kita perlu merenung ke dalam diri kita dengan serius, mengkaji setiap tingkah laku dan tindakan yang kita ambil sekian lama, apakah semuanya menepati kehendak masyarakat keseluruhannya atau menyeleweng daripada landasan kebenaran dan keredaan Allah.

Apabila Allah sendiri berjanji seperti di dalam firman-Nya itu, maka tidak mustahil setiap bencana yang berlaku adalah balasan di atas sikap dan perlakuan manusia itu sendiri.

Dalam pada itu, jika ada kesederhanaan dalam malapetaka yang menimpa seseorang atau sesuatu umat, maka ia barangkali menjadi satu ingatan dan pesanan daripada Allah agar mereka yang terbabit segera insaf dan kembali kepada kebenaran.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Wahai kaum-Ku, mintalah ampun kepada Tuhanmu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruan-Ku dengan terus melakukan dosa." (Surah Hud: ayat 52)

Keengganan menunaikan beberapa tuntutan Islam seperti mengeluarkan zakat juga mempunyai hubungan dengan bencana, antaranya kemungkinan berlaku kemarau panjang seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta mereka melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak akan menurunkan hujan selama - lamanya."

Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing - masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat - alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (putting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama - sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri.

Oleh itu, sama - samalah kita kembali kepada tatacara hidup seperti yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Wednesday, December 14, 2011

Happy Birthday Mak ;)

May Allah bless you always.. You are the strongest woman ever on earth.. You have the greatest patience that may others don’t have.. You sacrife a lot and try your best at home.. You are the best mom.. You are the best cook.. You are the best wife to my dad..

You hide your tears sometimes. You hide your sadness. You want your space but you have huge responsibilities at home.  You try to understand each situation and try to be rational. Even though sometimes you lose on your trial. But you never give up. You try to listen and talk even though others hurt you directly or indirectly.

Mak,

You are my mom,

You are my friend,

Sometime, I hurt you,

Sometime I make you smile

Sometime I make you cry

Sometime I make you happy

Sometime I make you sad

And sometime I can be so naughty. (hehehe).

I'm sorry for all.


Mak,

Without your blessing, I won’t be here,

Without your blessing, I won’t be who I am now,

Because I know, through your blessing,

I can feel your tender, love, care to me,

Thank you for your blessings.

Mak,

I want you to be happy,

I want you to have a great life,

I want you not to worry so much,

I want you to know,

I love you so much.
  ♥

Mak,
Be strong, be you,
I know it’s hard,
Easy people to say,
But I have faith,
You have the sweetest heart.

Mak,
I am sorry I cannot be with you now,
I am sorry I make you cry,
I am sorry I am not there.
This is my wish just for you: I love you, I miss you
And Happy Birthday my dearest mak, Noraida Naseri
Love,
Sarah

Sunday, December 11, 2011

Ujian Daripada Allah

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah S.W.T berfirman: 
"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang disayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda - tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman..  Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah...

Friday, December 9, 2011

Cara Memilih Sahabat


Lima cara memilih sahabat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan alQamah ( seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya.

1)      Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan sesuatu dia suka mencukupi keperluan.

2)     Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung - hitung (menyebutnya).

3)     Pilihlah sahabat yang apabila dia menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerimanya dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui tentang keburukan dirimu, dia suka menutupinya.

4)     Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, Jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankan serta menghiburkanmu.

5)     Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja.  Jikalau sesuatu persoalan yang berat, dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia...

Tuesday, December 6, 2011

Lelaki Acuan al - Quran


Assalamualaikum wbt...

Lelaki acuan al - Quran ialah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga dengan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu...

Lelaki acuan al - Quran ialah lelaki yang menjaga tuturkatanya, 
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya, 
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, 
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya, 
Yang bersifat melindungi,
Yang mempunyai ramai kawan,
Dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang...

Lelaki acuan al - Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga, 
Yang akan mendidik anak - anak dan isteri mendalami ilmu agama, 
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat...

Lelaki acuan al - Quran sentiasa bersedia untuk agamanya,
Yang hidup di bawah naungan al - Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW, 
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya...

Lelaki acuan al - Quran tidak pernah membazirkan masa,
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca,
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan,
Kerana baginya sehari lagi usia bertambah penuh kematangan...

Lelaki acuan al - Quran sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian...

Lelaki acuan al - Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona dengan 
buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan sebuah syurga,
Di situlah rumah impiannya,
Bersama wanita acuan al – Quran sepertinya... 


Bersama kita berusaha membina generasi al - Qur'an... (^__^)

Sunday, December 4, 2011

Pesanan untuk Orang Cantik...

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah SAW kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam - macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan - kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang - kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang - kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang - kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak - banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama - drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak - tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkan darinya adalah wanita sebagaimana disabdakan Rasulullah SAW wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus - terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya tersasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH !

Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj (siri ke 160) : "Orang yang bijaksana membuat lebih banyak kesempatan dpd yang dijumpainya"

Friday, December 2, 2011

Kelebihan Membaca Surah-Surah dalam Al-Quran

۞ Surah Al - Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Ad - Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al - Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al - Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al - Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞ Surah Al - Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al - Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al - Falaq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An - Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani syaitan, dikatakan juga :-
۞ Ketika anda membawa AL - QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL - QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL - QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share