أصحاب

Tuesday, November 27, 2012

Ada Apa Dengan Bahagia ?

Bahagia itu lahir dari hati.. Dan ia boleh tercetus dengan cara bagaimana kita berfikir..

Ada orang bahagia dengan makanan yang lazat - lazat, harta yang mewah, bersiar - siar dan bercuti di tempat  - tempat yang menarik ataupun dengan menulis atau bergambar kalau itu hobinya..

Namun...

Ada jugak yang boleh bahagia hanya dengan makan nasi berkuah kicap dan tinggal di rumah yang sempit.. Juga bila dapat bersama - sama keluarga sungguhpun sekadar dalam kereta ketika di jalanan atau dengan berletihan menyelesaikan kerja yang sentiasa menimbun di rumahnya walaupun ianya memenatkan...

Lantas, bahagia itu apa ? Abstraknya perasaan itu....

Kata UNIC :
"Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai mutiara di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfiran
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang"

Jadi,
# Bahagia itu datang dari hati... Bahagia itu tidak boleh dibuat - buat...
maka, HATI ITULAH YANG PERLU DIJAGA UNTUK MENDAPAT KEBAHAGIAAN #
Ayuh~ :)


Ya Allah, ajarkan aku erti REDHA tentang segala apa yang telah Engkau tetapkan olehMU....

Thursday, November 22, 2012

Hayya Nastamirru Biddu'a


Assalamualaikum...

Mari kita semua banyakkan doa & baca qunut nazilah tu ye.. Semoga ada nasrullah kepada saudara - saudara kita di Palestin..

Ayuh, tembakkan doa - doa kalian!

Allahumma ya Aziz ya Muntaqim! Ya Allah, satukanlah hati - hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis.. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di Akhirat nanti.. Lembutkanlah hati - hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta PALESTIN.. Allahumma Ameen~

Save Aqsa.. Save Palestin... :'(

Saturday, September 8, 2012

Kembara Ilmu ke Bumi Urdun

Assalamualaikum semua..

Insya - Allah 9 September 2012 ini, saya Yas Sara, pemilik blog Ubat Hati ( Tibbilqulub ) akan melanjutkan pengajian ke Jordan..

Justeru itu, dikesempatan ini saya ingin memohon doa daripada sahabat – sahabat semua supaya mendoakan saya agar dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, kesungguhan dan semangat juang yang tinggi, serta yang paling penting dikurniakan kejayaan yang cemerlang dunia & akhirat..

Ya ALLAH,

Aku bermohon semoga perjalanan aku ke bumi Anbiya’ ini dapat menjadikan aku seorang yang lebih baik, dan lebih solehah..

Hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hatiku dan keseluruhan pada zahirku..

Aku mohon padamu Ya ALLAH,

Engkau jadikanlah aku seorang anak yang solehah, seorang hamba yang tidak pernah membangga diri dengan nikmat – nikmat kurniaanMU dan jauhkanlah aku dari menganggap apa yang aku cintai melebihi cintaMU..

Semoga Engkau mempermudahkan segala urusan dalam hidupku.. Ameen..

Saya mengharapkan doa daripada semua, agar permusafiran ini akan membuahkan hasil yang terbaik buat diri, keluarga dan ummah seluruhnya..

Semoga pengajian saya ini nanti akan menjadi wakaf buat ummah bagi meninggikan kalimah Allah s.w.t di muka bumi Malaysia khususnya..


Saya benar – benar mengharapkan doa daripada kalian semua..


Terima kasih di atas segala doa & nasihat.. J


Mudahan kalian semua berada dalam Rahmat & perlindungan Allah sentiasa.. 
Insya - Allah, ameen…~


Seribu kemaafan dipinta andai kelemahan diri ini mengguris hati sahabat – sahabat semua.. Minta halalkan segalanya.. 


Sayang kalian semua ! Take care !! Keep in touch ye !!!

Thursday, August 30, 2012

My Mini Library : Kongsi Bacaan : Rindu Bau Pohon Tin



RINDU BAU POHON TIN merupakan catatan kembara HASRIZAL ABDUL JAMIL di bumi Jordan, medan beliau mengejar ilmu dan cita - cita. Satu episod perjalanan di Dataran Syam oleh anak muda di perantauan yang merakamkan pelbagai iktibar kehidupan. Penulis berkongsi cerita, memberi 'rasa' dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa. Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhuwah dan kasih sayang.

Penulisan ditinta dengan bahasa yang bersahaja dan santai. Diserikan dengan dialog - dialog harian anak perantau dan penduduk watan di bumi Syam, sangat menghidupkan penceritaan dan memercikkan lagi warna keindahan buku ini. Sesekali pembaca mungkin akan terbawa - bawa suasana yang disampaikan penulis bagaikan sebuah realiti di depan mata. Itulah musafir kelana.

Senaskhah travelog yang mengajak kita mencari diri dalam kembara memburu cinta Illahi!


Rindu Bau Pohon Tin
Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Terbitan : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Harga : RM 18.00

Wednesday, August 15, 2012

Doa Mohon Petunjuk Untuk Mensyukuri Nikmat Dan Beramal Soleh


“ Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku supaya aku tetap bersyukur akan nikmat Engkau yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat – sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMU, dan sesungguhnya aku termasuk dari kalangan orang – orang Islam ( yang berserah diri kepadaMU ) ” ( Surah al – Ahqaf : 15 )

Friday, July 20, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Salam Ramadhan AL MUBARAK 1433H

Buat semua sahabat - sahabat
MUSLIMIN & MUSLIMAT

Semoga Allah menerima amalan kita semua dengan sempurna serta mendidik diri kita ke arah insan yang lebih baik.. InsyaALLAH.. 

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya..

~ Ramadhan Kareem ~


kullu 'am wa antum bikhair..


Wednesday, July 18, 2012

Get Ready for Ramadhan

Ready to greet the most awaited month?

How about we tackle some bad habits in preparation towards Ramadhan.

Try listing down a few bad habits that you may have ( sleeping after fajr prayer, problem controlling the tongue, poor anger management etc ) and aim to get rid of at laeast ONE of those habits before Ramadhan.

We have more than 3 days to go, insyaALLAH you can!


Mari kita sucikan dan terangi hati dengan amal ibadah =)


Strengthen your relationship with the Quran.

Engage in zikr and condition yourself to make it second nature.

Recharge your spiritual battery.

And tell Allah with all your heart that you really miss Ramadhan, and you really hope to meet the holy month again this year ^_^


I'm geared up for Ramadhan! Are you?


Ya Allah, sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan..

Sunday, July 15, 2012

Perbanyakkan Zikir...!


[ Kelebihan Beramal ]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : 

" Sesiapa yang menyebut pada waktu pagi  ' Maha Suci Allah yang Maha Agung dan segala puji - pujian bagiNYA ' 100 kali, juga pada waktu petang, tiada mana -mana makhluk yang membawa bahagian disempurnakannya lebih baik daripada bahagian yang ia peroleh." ( Sunan Abu Daud )

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

" Sesiapa yang menyebut ' Maha Suci Allah yang Maha Agung dan segala puji - pujian bagiNYA 100 kali sehari, pasti dihapuskan daripadanya 100 kesalahan, sekalipun sebanyak buih di lautan." ( Sahih al - Bukhari, Muwatta' )

Thursday, July 5, 2012

Countdown Ramadhan 1433H

Majlis Tilawah Al - Quran Antarabangsa Edisi ke - 54 akan melabuhkan tirainya pada esok hari, sebagai malam penutup.. Malam ini adalah bacaan group akhir peserta tilawah.. Moh ler sama - sama kita mendengar, bertadabbur dan menghayati makna ayat al - Quran untuk malam ini okey J

Malam ni 15 Syaaban dah.... Malaikat nak tukar buku lama dengan buku baru malam ni.. Takutnye mesti buku lama aku banyak keburukan.. 
Allah Taala..

p/s : terasa dekat sungguh dah nak Ramadhan.. Marhaban Ya Ramadhan!

~ Moga kita sama - sama terus menyiapkan diri kita untuk menghadapi Ramadhan J

~ Moga kita semua dipanjangkan usia untuk sampai ke Ramadhan tahun ini.. Amin3 J


Sunday, July 1, 2012

Debaran Makin Terasa

Dup dap, dup dap !!!
Ya Allah.. debornye..

Menunggu 3 berita penting dalam hidupku ini, debarannya semakin kencang..

✿~ Keputusan temuduga Yayasan Kedah..

✿~ Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi program pengajian lepasan STPM / Matrikulasi / Asasi / Diploma / Setaraf ( Ijazah Pertama ) sesi akademik 2012/2013..

✿~ Tawaran kemasukan ke universiti Jordan peringkat ijazah pertama..

Ya Allah.. takutttttttnye...!!! huhu..

Pada hakikatnya, aku tak sanggup nak terima apa – apa berita yang mendukacitakan..

Mudahan Allah tabahkanlah dan kuatkanlah hati hambaMu ini jika Engkau menunda impianku.. Jadikanlah aku redha dengan keputusanNYA.. 

Sahabat – sahabat yang disayangi kerana Allah, mohon titipkan doa untuk diri ambe moga diberi ketabahan dalam menghadapi berita yang bakal mendatang..

Semoga Allah tunaikan segala hajat & cita – cita kita semua..

“ Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat – sahabatku yang lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami.. ” Amin ya Allah.. 

Saturday, June 30, 2012

Peristiwa - Peristiwa dalam Bulan Syaaban

1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah r.a dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda maksudnya : " Telah datang Jibril a.s. pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu - pintu langit dan pintu - pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit! " Kata Nabi Muhammad SAW : " Hai Jibril, apakah erti malam ini? " Dia ( Jibril ) menjawab : " Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang - orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang - orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang - orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang - orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang - orang yang suka mengadu domba ( batu api ) dan orang - orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad S.A.W untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksa-Mu dan murka-Mu dan aku tidak menghitung - hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." [ Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin ]

2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah S.A.W dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.

Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah S.W.T kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai - bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat r.a telah mengadu kepada Rasulullah S.A.W dan Rasulullah S.A.W menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah S.W.T.

Allah S.W.T Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah S.W.T telah mewahyukan agar Rasulullah S.A.W mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulama' sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.

Sebahagian ulama' mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah S.A.W sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Banu Mustaliq ( Muraisi' )

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah S.A.W dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah S.A.W oleh seorang sahabat dari puak badwi.

Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah S.A.W keluar dari Madinah.

Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5 Hijrah. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al - Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al - Mustaliq. Al - Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.

Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah S.A.W untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.

Kemudian Rasulullah S.A.W pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah S.A.W mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.

Tindakan Rasulullah S.A.W ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai di kalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.

Juwairah meninggal dunia pada tahun 56 Hijrah.

Thursday, June 28, 2012

You Are My Best Friend Forever And Ever


Epilog Seorang Teman


Album : Diari Rindu
Munsyid : Amar
http://liriknasyid.com

Aku bersyukur menjadi temanmu
Banyak yang telah ku pelajari erti kehidupan
Ukhuwah yang sekian lama terjalin
Semurni embunan pagi

Perjalanan kita masih jauh
Rentasi segala ranjau serta onak berduri
Hanya ketabahan dan keimanan di hati
Mengatasi segalanya

Ku cuba memahami dirimu
Agar persahabatan kekal utuh bersatu
Ku sedar betapa cekalnya hatimu
Menhadapi ujian Allah Yang Satu

Akal budi sinar peribadi
Madah indahmu tidak akan daku lupakan
Kau sering mengingatkan diri ini
Tiada kemanisan hidup tanpa keimanan

Ya Allah Oh Tuhan kami
Seiringkanlah perjalanan ini
Mengharungi hidup penuh pancaroba
Mencari kasih Mu

Berkatilah persahabatan kami ini
Buat selamanya
Oh Tuhanku



Ceria bukan saya bersama mereka? 
Dengan sahabatlah kita mampu mengukir senyuman dan melakar kenangan..
Hargailah sahabat kerana kita perlukan kenangan dan kemanisan dalam persahabatan sebelum ia pergi~


 Ezah : sahabat saya yang sangat memahami diri ini.. saya pon tak faham diri saya sangat sebenarnya tapi Ezah pulak yang lebih memahami.. hehe.. sering berkongsi cerita & rasa dengan Ezah menyebabkan kami bertambah akrab dan saling memahami..^^


 Nurul : sahabat saya yang sangat menerima kekurangan dalam diri ini.. saya memang suka menyakat.. hehe.. selalu bergurau senda dengan Nurul menyebabkan hubungan kami semakin rapat.. tetapi, sahabat saya ini pernah terluka, kecewa dan bersedih sebab saya.. aku mohon maaf sangat - sangat dari hati aku ke mung Nurul dengan apa yang dah jadi..^^


 Cdah : sahabat saya yang sangat rapat dengan Ezah dan Nurul terus automatik jadi sahabat saya.. saya suka bila Cdah bercerita sebab dia bercerita dengan penuh bersemangat dalam bahasa Terengganunye.. hehe.. Saya tahu Cdah ni orangnye macam mana tapi kadang - kadang saya saja - saja suka cari pasal dengan Cdah.. selepas itu, kami akan ok balik macam biasa la..^^

You're my bestest friend
The good time never end
When you are around
I never feel down
You're always be my side
Never left me high and dry
And you never will
You're here with me still
You're MY BEST FRIEND!

Saturday, June 23, 2012

Selamat Hari Lahir, Happy Birthday, Sanah Helwa To Me

Alhamdulillah
Tahun ini menyambutnya dengan bersederhana
Dengan perasaan yang sangat gembira dan ceria
Walaupun ada la satu dua perkara tak dak rezeki 
nak dapat tahun ini ;)
Anyway, Jazakillah buat semua 
Yang sudi memberikan hadiah
Yang berkesempatan mengucapkan dan mendoakan diri ini
Diri ini sangat - sangat menghargai
Moga Allah merahmati dan mengampuni dosa kita semua sepanjang kita diberi nafas olehNya..

Alhamdulillah
Terima kasih Ya Allah
Kerana masih diberi peluang untuk bertaubat kepadaMU
Masih berkesempatan untuk berbakti kepada agama dan ibu bapa
Masih boleh mengejar impian dan cita - cita iaitu Akhirat sana
Umur dah makin meningkat setahun
Maka
Perangai dan pemikiran pun kena la lebih matang (macam susah je nak berubah..hehe^^)
Kena banyak bersabar
Kena kurangkan perangai yang suka degil tu (macam mustahil je boleh berubah.. hehe^^)
Kena makin tabah dalam menghadapi dugaan

Alhamdulillah
May Allah be with me at every step i take
May Allah guide me in each decision i make
May Allah help me when life gets rough
May Allah Bless me with more than enoungh
May Allah protect me when i fall
May Allah hear me when i call
May Allah soothe my heart when i don’t understand
May i always be in Allah’s loving Hand
Amin J

Thursday, June 21, 2012

Fadhilat & Amalan di Bulan Syaaban


Rejab sudah berlalu. Kini telah permulaan Syaaban. Lambaian Ramadan tidak lama lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان

"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"

Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."

Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.

Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak.

Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.

Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.

Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW

Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Friday, June 15, 2012

Satu Nama Tetap Di Hati



Ada satu nama
Satu masa dulu
Pernah bawa dan beri bahagia
Hingga saat ini
Masih ku abadikan
Di dalam hatiku
Dengan satu rasa
Dalam satu cinta
Sewaktu kita bersama dulu
Hanya kita yang tahu
Dalam mana telah cinta
Kita memutik
Korus:
Walau akhir ini
Seakan terpisah
Oleh masa dan suasana tak
Dipinta
Namun percayalah
Tidak sedikit pun
Kasih ku kepadamu surut dan
Berubah
Pasti suatu masa
Kan bersama lagi
Engkau dan aku pasti 
jua 
Nikmati 
Cinta yang istimewa 
(Satu cinta yang indah)
Walau ku tak pasti
Bila kah masanya
Kau dan aku akan bertemu
Untuk kita kembalikan
Keindahan dulu
Ulang korus
Dengan satu rasa
Dalam satu cinta
Sewaktu kita bersama dulu
Ku semat di dalam hati
Hingga kita kan bertemu
Kemudian hari
[ Satu Nama Tetap Di Hati lyrics found on http://lyrics.my ] 

Friday, April 13, 2012

Alam yang Bertasbih





" Apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah, dan Dialah Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana. " 
( Surah Al - Hasyr 59:1 )


Terdapat dalam ayat al - Quran, Allah menyebutkan bahawa setiap makhluk dalam alam ini sentiasa bertasbih kepada Allah dengan cara mereka sendiri, sedang manusia tidak mengerti. 


Subhanallah! Maha Suci Allah dari segala sifat kelemahan. DIA yang telah menjadikan setiap makhluk itu sentiasa bertasbih kepada-Nya.


Allah menjadikan setiap sesuatu itu tidak dengan sia - sia. Dari kepelbagaian hidupan alam pun turut menyimpan pelbagai hikmah yang boleh diteladani. Sifat alam yang sentiasa bertasbih adalah bukti ketundukan mereka kepada Sang Pencipta.


Lantas, sebagai manusia yang diciptakan dengan sebaik - baik ciptaan dan dikurniakan akal fikiran juga sepatutnya sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah.


Kita pula bagaimana? Apakah yang kita lakukan ketika alam bertasbih? Adakah kita semakin taat dan patuh kepada Allah atau ingkar dengan suruhan-Nya?

Monday, April 9, 2012

Sebuah Pesanan dari Ulama'


Wajah Syeikh Yusuf, Imam Masjid Al - Aqsa yang redup.... Pesanan beliau akan saya ingat selama - lamanya.. Dan akan kami usahakan, InsyaAllah...

Friday, April 6, 2012

Penantian Hasil Result Terakhir Diploma


Mana mungkin kita mampu belajar jika Allah tidak mengizinkannya...

Mana mungkin kita mampu menghafal jika Allah tidak membenarkannya...

Mana mungkin kita boleh menyiapkan segala tugasan jika Allah tidak memudahkannya...

Justeru, jangan pernah walau sekali merasakan apa yang kita ada pada hari ini adalah hasil usaha kita sendiri. Sekali Allah tidak meredhainya, maka hancurlah semua...

Kita hanyalah memberi komitmen terhadap pelajaran. Siapkan tugasan di awal waktu, datang kelas, dan membuat ulangkaji. Namun di pengakhirannya, Allah jua yang menentukan segalanya. Kemudian apabila kita telah membulatkan tekad, maka kita hanya mampu bertawakkal kepada Allah...

Allah yang menilai, natijah rendah kita pasrah, natijah tinggi usah meninggi diri . . .

Monday, April 2, 2012

Jom Hafaz Quran


Kita kategori mana? Mudahan kita terus istiqamah dalam mengabdikan diri kepada Allah..

Friday, March 30, 2012

Menyokong Penuh Global March to Jerusalem

Pada tanggal 30 March setiap tahun satu perarakan yang dinamakan "GLOBAL MARCH TO JERUSALEM" diadakan bagi menuntut kebebasan ke atas Jerusalem dan orang - orangnya. Tarikh ini dipilih kerana ianya merupakan satu simbolik bagi hari bersejarah yang terpahat dalam memori penduduk Palestin iaitu "PALESTIN LAND DAY". Hari tersebut ialah hari yang diraikan pada setiap 30hb Max setiap tahun, acara ini menandakan peristiwa Mac 1976 selepas pihak Israel merampas ribuan tanah awam dan swasta di kawasan majoriti Palestin.

Sehubungan dengan itu, "GLOBAL MARCH TO JERUSALEM" bertujuan untuk menuntut kebebasan untuk Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin disamping bertekad untuk mengakhiri dasar Aparteid dan polisi pembersihan etnik yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat, tanah jajahan dan kesucianm Baitulmaqdis yang mana merupakan satu jenayah bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, bahkan terhadap semua masyarakat di seluruh dunia.

Diharapkan kepada semua rakyat Malasia dapat turun bersama - sama menyertai misi yang suci ini bagi menuntut kebebasan ke atas rakyat - rakyat Palestin. 



30 Mac.. Hari ini adalah hari bersejarah buat semua... Satu dunia bersatu, berganding bahu, menyatakan dengan tegas, Israel itu salah...! Zionis itu zalim...! Palestin perlu dibela...! Jerusalem perlu dibebaskan...! Jangan kita jadi orang yang tak kesah dengan keadaan saudara se-Islam dan se-Akidah dengan kita...



Jom kita keluar beramai - ramai pergi pada hari ini...

Tuesday, March 27, 2012

Manusia Berhadapan Dengan 6 Persimpangan

Abu Bakar r.a. berkata, "Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu."

Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat, dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunanNya.

Sesiapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. 

Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. 

Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. 

Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. 

Sesiapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. 

Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah s.w.t., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. 

Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Friday, March 23, 2012

My Mini Library : Kongsi Bacaan : Kisah 4 Imam Mazhab




“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut dia telah mengambil bahagian yang banyak.” (Hadis riwayat At - Tarmidzi)

…………………………………………………….....

Inilah kisah ulama pewaris Nabi. Mereka adalah imam – imam yang benar.


Imam Abu Hanifah

“Abu Hanifah adalah bapa dan pemuka seluruh ulama fiqh.” - Imam Syafie


Imam Malik

“Seandainya tidak ada Imam Malik dan Sufiyan maka sungguh akan hilanglah ilmu Hijaz.” - Imam Syafie -


Imam Syafie

“Setiap ahli hadis yang memegang tinta adalah terhutang budi kepada Imam Syafie.” - Imam Ahmad bin Hanbal -


Imam Ahmad Bin Hanbal

“Ahmad bin Hanbal imam dalam lapan hal, imam dalam hadiz, imam dalam fiqh, imam dalam bahasa, imam dalam Al – Quran, imam dalam kefakiran, imam dalam kezuhudan, imam dalam warak dan imam dalam sunnah.”
 - Imam Syafie -

…………………………………………………….....

"Ya Allah.. tambahkan lah ilmu di dada kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam segala amalan kami.." 

Wednesday, March 14, 2012

Dedicated to All My Friends


Mungkin pertemuan ini yang terakhir dan boleh jadi juga perpisahan yang bakal terjadi merupakan perpisahan yang sementara. Mengenali kalian antara detik yang penuh kenangan. Sekali berkawan untuk selamanya, sekali dah sayang tiada alasan untuk membenci. Antara kita pengikatnya ukhuwah ♥

Monday, March 12, 2012

Aku Sayang Semua Sahabat - Sahabatku....


Apa ye yang boleh didefinisikan kepada perkataan ini…
SAHABAT

Inilah dia... diri ini tujukan buat semua sahabat – sahabat..
S ---> Saling menasihati, memahami, dan memberi sokongan
A ---> Allah sahaja yang dapat membalas jasamu sahabat
H ---> Hargai kehadiran antara satu sama lain
A ---> Aku dan kamu saling mendoakan yang terbaik
B ---> Bersama dalam saat suka dan duka
A ---> Akan berusaha membahagiakan, mengembirakan dan menenangkan
T ---> Tidak mungkin memutuskan silaturrahim (ukhuwah fillah abadan abada)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share