أصحاب

Tuesday, January 31, 2012

Ikhlaskah Kita Dalam Persahabatan…???

Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua... Maklumlah hati manusia berubah – ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan, minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela.

Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba - tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh - temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita 
pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya... Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata - mata kerana kita sekepala...

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar - benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain... Jika kita memang benar - benar ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menghargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa...

Tetapi sekurang - kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata - mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana...

Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini…. dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..

Jangan hanya setakat tahu berkata - kata bila berkawan kerana kata - kata takkan bermakna jika dibiarkan kata - kata itu begitu sahaja.. tanya hati dan diri masing - masing... adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja…

Thursday, January 26, 2012

Persahabatan, Kadang - Kadang Kita...


* Kadang - Kadang Kita lupa nak tanya khabar si dia...

* Kadang - Kadang Kita selalu ingat dia tak ingat kita...

* Kadang - Kadang Kita selalu lupa segala kenangan bersama...

* Kadang - Kadang Kita hanya ingin tahu daripada mengambil tahu...

* Kadang - Kadang Kita hanya pandai berkata - kata daripada melakukannya...

* Kadang - Kadang Kita tak sedar ada orang menyayangi kita...

* Kadang - Kadang Kita tak sedar yang kita sakitkan hati kawan kita...

* Kadang - Kadang Kita tak sedar yang kita membuatkan seseorang kecewa...

* Kadang - Kadang Kita tak sedar apa yang kita katakan itu kita lakukan...

* Kadang - Kadang Kita tak tahu ada yang ambil berat tentang kita...

* Kadang - Kadang Kita tak tau yang dia tak suka kita...

* Kadang - Kadang Kita tak tau pula yang serius itu memang benar serius...

* Kadang - Kadang Kita tak respect pada kawan kita yang banyak membantu kita...

* Kadang - Kadang Kita akan hanya ingat seseorang kalau kita memerlukan...

* Kadang - Kadang Kita akan lupa kawan ketika kita sedang bergembira...

* Kadang - Kadang Kita akan menyalahkan seseorang sekiranya kita ketinggalan sesuatu berita...

* Kadang - Kadang Kita akan menyalahkan orang lain walhal kesalahan itu berpunca dari kita...

* Kadang - Kadang Kita akan utamakan yang baru dari yang lama...

* Kadang - Kadang Kita akan tersentap kalau si dia menegur kita...

* Kadang - Kadang Kita cakap kita tak akan begitu padahal kita lakukan juga...

* Kadang - Kadang Kita cuba melakukan yang terbaik tetapi menyusahkan orang lain...

* Kadang - Kadang Kita suka memerhati daripada menegur...

* Kadang - Kadang Kita suka mengharap pertolongan tanpa meluahkannya...

* Kadang - Kadang Kita senantiasa kelihatan happy padahal di hati hanya kita saja yang tahu...

* Kadang - Kadang Kita senantiasa nampak kesalahan orang lain daripada kesalahan diri kita...

* Kadang - Kadang Kita senang lupa jasa sahabat kita akibat sesuatu pertelingkahan kecil sahaja...

* Kadang - Kadang Kita selalu ingat kita saja betul...

* Kadang - Kadang Kita sukar menerima pendapat orang lain...

* Kadang - Kadang Kita selalu fikir sesuatu yang serius sebagai remeh temeh...

* Kadang - Kadang Kita terlalu singkat tanpa memikirkan apa kesudahannya...


Tuesday, January 24, 2012

Takdir yang DIA Tuliskan Buatku

Aku redha di atas segala ketentuan Qada' dan Qadar-Mu...


tetapi,

Izinkanlah aku menitiskan air mata...

Sekadar ingin melepaskan bebanan di hati...

Izinkanlah aku bersedih buat seketika lantaran terkilan apa yang terjadi...

Izinkan aku menahan sendu sebab sebakku tidak dapat ku pamerkan...

Izinkan aku bersendirian kerana inginkan ketenangan...

Namun TUHANku,
Aku tidak akan melupakan-Mu...

Aku takkan lupa akan janji-Mu...

Sebab itulah aku masih di sini...

Walaupun takdir-Mu bukan kesukaan hatiku...

Namun akan aku redha, redha, dan redha..


Ya Allah,
Tabahkanlah hatiku dalam menempuh ujian dan dugaan dari-Mu...

Sesungguhnya aku hanya mampu merancang,
Tetapi segalanya telah Engkau takdirkan untukku
Dan ia sudah tertulis di Lauh Mahfuz...

Aku redha dengan ketentuan-Mu ya Allah,
Meskipun sakit dan sukar rasanya untukku menanggungnya...
Sesungguhnya aku tahu Engkau akan sentiasa tetap di sisiku,
Sebab itulah Engkau tidak henti – henti memberikan ujian kepadaku...

AKU REDHA JIKA INI YANG ENGKAU TAKDIRKAN...
Aku memohon keampunan di atas segala dosa - dosaku ya Allah...

Happy Birthday buat Abah Tersayang

Here's wishing a very happy 51th birthday to my dad Mohd Naim bin Abu Bakar. 

May Allah bless him with rahmah, good health and happiness for always. 

My gratitude and love for him is endless.


Semoga abah dikurniakan kesihatan yang baik untuk lebih beribadat kepada Allah S.W.T,

Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.

Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah dan diberi ketenteraman jiwa.

Semoga kami masih diberi kesempatan dan waktu lebih lama untuk terus bersama abah.

Semoga abah dijauhkan daripada perkara yang boleh menyebabkan kesusahan dan kesakitan. Aminn..


Terima kasih untuk kasih sayang, doa, dorongan, kepercayaan, contoh teladan, dan kerja keras abah untuk kami adik beradik selama ini dan seterusnya, terima kasih kerana sudah menjadi ayah yang paling baik di dunia. 


Love,
Sarah.

Saturday, January 21, 2012

Kisah Nafsu yang Degil pada Perintah Allah

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir al-Khaubawiyi', seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud: "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.


Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud: "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."


Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."


Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud: "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.


Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."


Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."


Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."


Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan ibadah puasa.


Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Friday, January 20, 2012

18 Tanda Mati Dalam Husnul Khotimah


  1. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.

  1. Berpeluh di dahi. Sabda Rasulullah: " Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh di dahi ". (Riwayat Ahmad dan Tarmidzi).

  1. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah: "Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur".

  1. Mati di medan perang kerana membela agama Allah.

  1. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
    1. Akan diampuni dengan serta - merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya di syurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
    2. Diselamatkan dari seksa kubur.
    3. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
    4. Diperhiasi dengan iman.
    5. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin - miskin ialah 49 bidadari).
    6. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. ( Riwayat Tarmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah ).

  1. Mati kerana melahirkan anak.

  1. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah, " Taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin ". (Hendaklah ia sabar dan redha menganggungnya). ( Riwayat Muslim ).

  1. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah: " Dan barangsiapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid ". ( Riwayat Muslim ).

  1. Mati tengelam atau tertimbus oleh bangunan.

  1. Mati terbakar. ( Riwayat Tabrani ).

  1. Mati dalam nifas. ( Riwayat At Tabrani ).

  1. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah: " Orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid ". (Riwayat Tabrani).

  1. Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah: " Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka bererti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati di tempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa - apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga ". ( Riwayat Daud ).

  1. Mati mempertahankan harta. ( Riwayat Bukhari ).

  1. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah: " Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid ". ( Riwayat Abu Daud ).

  1. Mati dalam bersiap - siap untuk berperang di jalan Allah.

  1. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) di masjid atau sedang berdakwah.

  1. Berkata Abu Laith: " Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:
    1. Menjaga sembahyang 5 waktu.
    2. Banyak bersedekah.
    3. Banyak membaca Al Quran.
    4. Banyak bertasbih.
Dan hendaklah ia meninggalkan:
e.   Meninggalkan dusta.
f.     Meninggalkan sifat khianat.
g.    Meninggalkan sifat mengadu - domba.
h.   Menjaga kencing

Tuesday, January 17, 2012

Kewajipan Beriman dengan Kolam Rasulullah S.A.W

وُجُوبُ ايمانِ بِحَوْضِ المُصْطَفَى:
 ١١١ -  ﺇِيمانُنا بِحَوْضِ خَيْرِ الرُّسْلِ     حَتْمٌ كَمَا قَدْ جَاءَنا فِي النَّقْلِ
 ١١۲ -  يَنالُ شُرْبًا مِنْهُ أَقْوَامٌ وَفَوْا       بِعَهْدِهِم٬ وقُل يُذَادُ مَنْ طَغَوْا

         قالَ اللهُ تَعَالَى: ﴿ !$¯RÎ) š»oYøsÜôãr& trOöqs3ø9$# ÇÊÈ، وفَسَّرَ رَسُولُ اللهِ الكَوْثَرَ بِأَنَّهُ حَوْضٌ فِيهِ شَرابٌ طَيِّبُ اللَوْنِ والطَّعْمِ والرَّائِحَةِ، يَصُبُّ فِيهِ نَهْرٌ لَا يَنْضَبُ، قال صلى الله عليه وسلم: " بَيْنَمَا أَنَا أَسِيرُ فِي الجَنَّةِ ﺇِذَا أَنَا بِنَهَرٍ حَافَتَاهُ قِبَابُ الدُّرِّ المُجَوَّفِ، قُلْتُ: مَا هَذَا يَا جبريلُ؟ قَالَ: هَذَا الكَوْثَرُ الَّذِي أَعْطَاكَ رَبُّكَ. ﻓَﺈِذَا طِينُهُ أَوْ طِيبُهُ مِسْكٌ أَذْفَرُ "، وقالَ صلى الله عليه وسلم: " حَوْضِي مَسِيرَةُ شَهْرٍ، مَاؤُهُ أَبْيَضُ مِنْ اللَّبَنِ، وَرِيحُهُ أَطْيَبُ مِنْ المِسْكِ، وِكِيزَانُهُ كَنُجُومِ السَّمَاءِ، مَنْ شَرِبَ مِنْهَا فَلَا يَظْمَأُ أَبَدًا ". فالكَوْثَرُ نَهْرٌ يَصُبُّ فِي حَوْضٍ يَشْرَبُ مِنْهُ المُؤْمِنُونَ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ الَّذِينَ وَفَوْا بِمَا عَاهَدُوا اللهَ عَلَيْهِ مِنَ الِالْتِزَام ِبِشَرَائِعِ اﻹِسْلامِ، ﻓَﺈِنَّ اﻹسلامَ في حقيقتِهِ عَهْدٌ بينَ المسلِمُ وَرَبِّهِ أَنْ يَلْتَزِمَ بكُلِّ الشَّرَائِعِ الَّتِي جَاءَ بِها رَسولُ اللهِ مُحَمَّدٌ صلى الله عليه وسلم، قال الله تعالى: ﴿ z`ÏiB tûüÏZÏB÷sßJø9$# ×A%y`Í (#qè%y|¹ $tB (#rßyg»tã ©!$# Ïmøn=tã.
هَذَا مَا تَدُّلُ عَلَيْهِ النُّصُوصُ السَّابِقَةُ وَغَيْرُهَا، فَمَنْ أَعْرَضَ عَنِ النُّصُوصُ وَأَنْكَرَ الكَوْثَرَ وَالحَوْضَ فَقَدْ اتَّبَعَ هَوَاهُ، وَأَعْرَضَ عَنِ الخَبَرِ الصَّحِيحِ، وَحَكَّمَ عَقْلَهُ في الأمورِ الغَيْبِيَّةِ، وَقَدْ دَلَّ الحَدِيثُ السَّابِقُ على أَنَّ مَنْ شَرِبَ مِنَ الكَوْثَرِ لَا يَظْمَأُ بَعْدَ ذَلِكَ أَبَدًا، وَثَبَتَ في حديثِ آخَرَ أَنَّ بَعْضَ النَّاسِ يَأْتُوَن الحَوْضَ لِيَشْرَبُوا مِنْهُ فَتَطْرُدُهُم االمَلائكةُ، قال رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: " لَيَرِدَنَّ عَلَيَّ نَاسٌ ِمنْ أَصْحَابِي الحَوْضَ حَتَّى عَرَفْتُهُمْ اخْتُلِجُوا دُونِي فَأَقُولُ: أَصْحَابِي، فَيَقُولُ: لَا تَدْرِي مَا أَحْدَثُوا بَعْدَكَ "، والمُرادُ بِالأصحابِ هُنَا بَعْضُ المُنَتسبين ﺇلى اﻹسلامِ مِنَ الذَّينَ ابْتَدَعُوا وَخَالَفُوا الكتابَ والسُّنَّةَ ووَقَعُوا في المعاصي، ﻓﺈنَّ أتباعَ كلَّ نَبِيٍّ أو مُجْتَهِدٍ أو عالِمٍ يُسَمُّونَ أصحابَه وﺇنْ لم يُدْرِكُوهُ، ومَعْرفِةَ ُالنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم لهَمُ ْلأَنَّهُم - والله أعلم – يَأْتُونَ غُرَّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثارِ الوُضُوءِ.
         فَقَدْ بَيّنَ رَسُولُ اللهِ في حديثٍ آخَرَ أَنَّهُ يَعْرِفُ أُمَّتَهُ يَوْمَ القِيَامَةِ بِآثارِ الوُضُوءِ، ﺇِذْ يَأْتِي المُسْلِمُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ مُحَجَّلِينَ مِنْ آثارِ الوضوءِ، أْي بِيضُ الوُجُوهِ والأَيْديِ والأَرْجُلِ، وصاحِبُ البِدْعَةِ قد تكونُ بِدْعَتُهُ غيَر مُكَفِّرَةٍ فَيُطْرَدُ عَنِ الحَوْضِ عُقُوبَةً لَهُ، ثُمَّ يُحَاسَبُ عَلَى ذَنْبِهِ، وسَيَأْتِي أنَّ صَاحِبَ الكبيرةِ لا يُكَفَّرُ.
         أو أَنَّ الَّذِينَ يُطْرَدُونَ هُم الأعْرابُ الَّذِينَ أسْلَمُوا زَمَنَ النبيِّ صلى الله عليه وسلم ثُمَّ ارْتَدُّوا زَمَنَ أَبِي بَكْرٍ وقُتِلَ بَعْضُهُم كافِرًا، نَدْعُو اللهَ أنْ يَهْدِينَا وَيُثَبِّتَنَا حَتَّى نَرِدَ الحَوْضَ وَنَشْرَبَ ِمنْهُ مَعَ الفائِزِينَ.

Sunday, January 15, 2012

Warkah untuk Hawa


Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

     Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

     Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik -  beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

     Hawa,

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

Wednesday, January 11, 2012

Thursday, January 5, 2012

5 Penawar Hati


Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an - Nawawi, beliau ada menukilkan kata - kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :

1) Membaca al - Quran dengan meneliti maksudnya

2) Mengosongkan perut

3) Bangun bersolat malam

4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur

5) Duduk di majlis orang - orang soleh.


Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan. Saya pernah melihat kawan - kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua - duanya perangai syaitan.

Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mahu ke tandas, atau kerana anak menangis, atau kerana mahu tonton Bola, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak bersahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walaupun 2 rakaat, memang sangat berat.

Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.

Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.

Tuesday, January 3, 2012

Mahar Cinta

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiapkan bait kata - kata yang terucap


Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lamanya di sudut hatiku
Hanyalah untukmu


Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran


Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji



**Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut di buai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran



Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji


**Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata - kata yang terungkap


Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Selamanya...

Mahar Cinta lyrics by Devotees

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012~1433

Sesungguhnya seorang muslim itu,
Apabila berada di jalan dakwah,
Dia tidak berjalan dengan hatinya sahaja,
Bahkan, dibawa bersama hati saudaranya...

Justeru itu, setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya,
Pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya..

Ya muslimin & muslimat,
sertailah mereka dalam "fisabililah",
Moga tuhan memberkatimu,
dengan rahmat, InsyaAllah..

kerana jangan PERNAH lupa sahabat....
MULIAMU BUKAN pada RUPA....
BUKAN pula kerana HARTA...
tapi kerana ISLAM..!! Allahhuakbar !!! (^_^)

~Perjuangan perlu diteruskan...!!~




Ibn Mas'ud berkata : "Perkara paling sedih apabila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah...." 

Semoga tahun baru Hijrah & Masihi ini menjadi lebih baik dari sebelumnya... Kullu am wa antum bikhair...(^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share