أصحاب

Friday, March 30, 2012

Menyokong Penuh Global March to Jerusalem

Pada tanggal 30 March setiap tahun satu perarakan yang dinamakan "GLOBAL MARCH TO JERUSALEM" diadakan bagi menuntut kebebasan ke atas Jerusalem dan orang - orangnya. Tarikh ini dipilih kerana ianya merupakan satu simbolik bagi hari bersejarah yang terpahat dalam memori penduduk Palestin iaitu "PALESTIN LAND DAY". Hari tersebut ialah hari yang diraikan pada setiap 30hb Max setiap tahun, acara ini menandakan peristiwa Mac 1976 selepas pihak Israel merampas ribuan tanah awam dan swasta di kawasan majoriti Palestin.

Sehubungan dengan itu, "GLOBAL MARCH TO JERUSALEM" bertujuan untuk menuntut kebebasan untuk Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin disamping bertekad untuk mengakhiri dasar Aparteid dan polisi pembersihan etnik yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat, tanah jajahan dan kesucianm Baitulmaqdis yang mana merupakan satu jenayah bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, bahkan terhadap semua masyarakat di seluruh dunia.

Diharapkan kepada semua rakyat Malasia dapat turun bersama - sama menyertai misi yang suci ini bagi menuntut kebebasan ke atas rakyat - rakyat Palestin. 



30 Mac.. Hari ini adalah hari bersejarah buat semua... Satu dunia bersatu, berganding bahu, menyatakan dengan tegas, Israel itu salah...! Zionis itu zalim...! Palestin perlu dibela...! Jerusalem perlu dibebaskan...! Jangan kita jadi orang yang tak kesah dengan keadaan saudara se-Islam dan se-Akidah dengan kita...



Jom kita keluar beramai - ramai pergi pada hari ini...

Tuesday, March 27, 2012

Manusia Berhadapan Dengan 6 Persimpangan

Abu Bakar r.a. berkata, "Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu."

Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat, dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan tuhan mengajakmu masuk syurga serta mendapat keampunanNya.

Sesiapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. 

Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. 

Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. 

Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. 

Sesiapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya. 

Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah s.w.t., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. 

Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

Friday, March 23, 2012

My Mini Library : Kongsi Bacaan : Kisah 4 Imam Mazhab




“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut dia telah mengambil bahagian yang banyak.” (Hadis riwayat At - Tarmidzi)

…………………………………………………….....

Inilah kisah ulama pewaris Nabi. Mereka adalah imam – imam yang benar.


Imam Abu Hanifah

“Abu Hanifah adalah bapa dan pemuka seluruh ulama fiqh.” - Imam Syafie


Imam Malik

“Seandainya tidak ada Imam Malik dan Sufiyan maka sungguh akan hilanglah ilmu Hijaz.” - Imam Syafie -


Imam Syafie

“Setiap ahli hadis yang memegang tinta adalah terhutang budi kepada Imam Syafie.” - Imam Ahmad bin Hanbal -


Imam Ahmad Bin Hanbal

“Ahmad bin Hanbal imam dalam lapan hal, imam dalam hadiz, imam dalam fiqh, imam dalam bahasa, imam dalam Al – Quran, imam dalam kefakiran, imam dalam kezuhudan, imam dalam warak dan imam dalam sunnah.”
 - Imam Syafie -

…………………………………………………….....

"Ya Allah.. tambahkan lah ilmu di dada kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam segala amalan kami.." 

Wednesday, March 14, 2012

Dedicated to All My Friends


Mungkin pertemuan ini yang terakhir dan boleh jadi juga perpisahan yang bakal terjadi merupakan perpisahan yang sementara. Mengenali kalian antara detik yang penuh kenangan. Sekali berkawan untuk selamanya, sekali dah sayang tiada alasan untuk membenci. Antara kita pengikatnya ukhuwah ♥

Monday, March 12, 2012

Aku Sayang Semua Sahabat - Sahabatku....


Apa ye yang boleh didefinisikan kepada perkataan ini…
SAHABAT

Inilah dia... diri ini tujukan buat semua sahabat – sahabat..
S ---> Saling menasihati, memahami, dan memberi sokongan
A ---> Allah sahaja yang dapat membalas jasamu sahabat
H ---> Hargai kehadiran antara satu sama lain
A ---> Aku dan kamu saling mendoakan yang terbaik
B ---> Bersama dalam saat suka dan duka
A ---> Akan berusaha membahagiakan, mengembirakan dan menenangkan
T ---> Tidak mungkin memutuskan silaturrahim (ukhuwah fillah abadan abada)

Friday, March 9, 2012

Berkhuwah hingga ke Syurga ♥

Dalam Perjalanan Dakwah
Seorang Sahabat amatlah bernilai..
kerana dalam berMusafir di Jalan ini..
Banyak Liku dan Dugaan yang bakal DItempuhi..

AndaiKU Jatuh dan rebah..
sungguh sukar untukku bangun andai tiada PEMAUTNYA..
Andaiku Luka..
Sungguh Sukar untuk sembuh tanpa PENGUBATNYA..

Sahabat dalam Perjuangan..
Adalah segala-galanya..
Kerana ITU..
hikmah dihadirkan seorang sahabat itu..
adalah untuk saling menguatkan..
Ketika hampir Jatuh Tenggelam dilautan Putus Asa..
ALLAH memperingatiku melalui seorang SAHABAT!!

---> Syukur padamu tuhan, syukurku dihadiahkan, hadiah seorang teman iaitu kalian semua

Thursday, March 1, 2012

Jadual Final Exam

6/3/12 Aqidah 
11.30-1.30p.m HH 04

7/3/12 Nahu & Sorof
8.30-11.00a.m AH 08

8/3/12 Balaghah 
12.30-2.00p.m DABS

10/3/12 Muqaranah Adyan 
11.30-1.30p.m ALI 01

11/3/12 Nusus Quraniyyah 
8.30-10.30a.m OTH 01


Mohon sahabat2 tolong doakan agar dipermudahkan segalanya & Berjaya di dunia n akhirat…

Doakan saya ;) wish me luck ;)

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambamu ini.. Amin…



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share