Sehubungan dengan itu, "GLOBAL MARCH TO JERUSALEM" bertujuan untuk menuntut kebebasan untuk Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin disamping bertekad untuk mengakhiri dasar Aparteid dan polisi pembersihan etnik yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat, tanah jajahan dan kesucianm Baitulmaqdis yang mana merupakan satu jenayah bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, bahkan terhadap semua masyarakat di seluruh dunia.
Diharapkan kepada semua rakyat Malasia dapat turun bersama - sama menyertai misi yang suci ini bagi menuntut kebebasan ke atas rakyat - rakyat Palestin.
30 Mac.. Hari ini adalah hari bersejarah buat semua... Satu dunia bersatu, berganding bahu, menyatakan dengan tegas, Israel itu salah...! Zionis itu zalim...! Palestin perlu dibela...! Jerusalem perlu dibebaskan...! Jangan kita jadi orang yang tak kesah dengan keadaan saudara se-Islam dan se-Akidah dengan kita...
Jom kita keluar beramai - ramai pergi pada hari ini...