أصحاب

Thursday, August 30, 2012

My Mini Library : Kongsi Bacaan : Rindu Bau Pohon Tin



RINDU BAU POHON TIN merupakan catatan kembara HASRIZAL ABDUL JAMIL di bumi Jordan, medan beliau mengejar ilmu dan cita - cita. Satu episod perjalanan di Dataran Syam oleh anak muda di perantauan yang merakamkan pelbagai iktibar kehidupan. Penulis berkongsi cerita, memberi 'rasa' dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa. Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhuwah dan kasih sayang.

Penulisan ditinta dengan bahasa yang bersahaja dan santai. Diserikan dengan dialog - dialog harian anak perantau dan penduduk watan di bumi Syam, sangat menghidupkan penceritaan dan memercikkan lagi warna keindahan buku ini. Sesekali pembaca mungkin akan terbawa - bawa suasana yang disampaikan penulis bagaikan sebuah realiti di depan mata. Itulah musafir kelana.

Senaskhah travelog yang mengajak kita mencari diri dalam kembara memburu cinta Illahi!


Rindu Bau Pohon Tin
Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Terbitan : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Harga : RM 18.00

Wednesday, August 15, 2012

Doa Mohon Petunjuk Untuk Mensyukuri Nikmat Dan Beramal Soleh


“ Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku supaya aku tetap bersyukur akan nikmat Engkau yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat – sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMU, dan sesungguhnya aku termasuk dari kalangan orang – orang Islam ( yang berserah diri kepadaMU ) ” ( Surah al – Ahqaf : 15 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share