أصحاب

Tuesday, January 17, 2012

Kewajipan Beriman dengan Kolam Rasulullah S.A.W

وُجُوبُ ايمانِ بِحَوْضِ المُصْطَفَى:
 ١١١ -  ﺇِيمانُنا بِحَوْضِ خَيْرِ الرُّسْلِ     حَتْمٌ كَمَا قَدْ جَاءَنا فِي النَّقْلِ
 ١١۲ -  يَنالُ شُرْبًا مِنْهُ أَقْوَامٌ وَفَوْا       بِعَهْدِهِم٬ وقُل يُذَادُ مَنْ طَغَوْا

         قالَ اللهُ تَعَالَى: ﴿ !$¯RÎ) š»oYøsÜôãr& trOöqs3ø9$# ÇÊÈ، وفَسَّرَ رَسُولُ اللهِ الكَوْثَرَ بِأَنَّهُ حَوْضٌ فِيهِ شَرابٌ طَيِّبُ اللَوْنِ والطَّعْمِ والرَّائِحَةِ، يَصُبُّ فِيهِ نَهْرٌ لَا يَنْضَبُ، قال صلى الله عليه وسلم: " بَيْنَمَا أَنَا أَسِيرُ فِي الجَنَّةِ ﺇِذَا أَنَا بِنَهَرٍ حَافَتَاهُ قِبَابُ الدُّرِّ المُجَوَّفِ، قُلْتُ: مَا هَذَا يَا جبريلُ؟ قَالَ: هَذَا الكَوْثَرُ الَّذِي أَعْطَاكَ رَبُّكَ. ﻓَﺈِذَا طِينُهُ أَوْ طِيبُهُ مِسْكٌ أَذْفَرُ "، وقالَ صلى الله عليه وسلم: " حَوْضِي مَسِيرَةُ شَهْرٍ، مَاؤُهُ أَبْيَضُ مِنْ اللَّبَنِ، وَرِيحُهُ أَطْيَبُ مِنْ المِسْكِ، وِكِيزَانُهُ كَنُجُومِ السَّمَاءِ، مَنْ شَرِبَ مِنْهَا فَلَا يَظْمَأُ أَبَدًا ". فالكَوْثَرُ نَهْرٌ يَصُبُّ فِي حَوْضٍ يَشْرَبُ مِنْهُ المُؤْمِنُونَ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ الَّذِينَ وَفَوْا بِمَا عَاهَدُوا اللهَ عَلَيْهِ مِنَ الِالْتِزَام ِبِشَرَائِعِ اﻹِسْلامِ، ﻓَﺈِنَّ اﻹسلامَ في حقيقتِهِ عَهْدٌ بينَ المسلِمُ وَرَبِّهِ أَنْ يَلْتَزِمَ بكُلِّ الشَّرَائِعِ الَّتِي جَاءَ بِها رَسولُ اللهِ مُحَمَّدٌ صلى الله عليه وسلم، قال الله تعالى: ﴿ z`ÏiB tûüÏZÏB÷sßJø9$# ×A%y`Í (#qè%y|¹ $tB (#rßyg»tã ©!$# Ïmøn=tã.
هَذَا مَا تَدُّلُ عَلَيْهِ النُّصُوصُ السَّابِقَةُ وَغَيْرُهَا، فَمَنْ أَعْرَضَ عَنِ النُّصُوصُ وَأَنْكَرَ الكَوْثَرَ وَالحَوْضَ فَقَدْ اتَّبَعَ هَوَاهُ، وَأَعْرَضَ عَنِ الخَبَرِ الصَّحِيحِ، وَحَكَّمَ عَقْلَهُ في الأمورِ الغَيْبِيَّةِ، وَقَدْ دَلَّ الحَدِيثُ السَّابِقُ على أَنَّ مَنْ شَرِبَ مِنَ الكَوْثَرِ لَا يَظْمَأُ بَعْدَ ذَلِكَ أَبَدًا، وَثَبَتَ في حديثِ آخَرَ أَنَّ بَعْضَ النَّاسِ يَأْتُوَن الحَوْضَ لِيَشْرَبُوا مِنْهُ فَتَطْرُدُهُم االمَلائكةُ، قال رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: " لَيَرِدَنَّ عَلَيَّ نَاسٌ ِمنْ أَصْحَابِي الحَوْضَ حَتَّى عَرَفْتُهُمْ اخْتُلِجُوا دُونِي فَأَقُولُ: أَصْحَابِي، فَيَقُولُ: لَا تَدْرِي مَا أَحْدَثُوا بَعْدَكَ "، والمُرادُ بِالأصحابِ هُنَا بَعْضُ المُنَتسبين ﺇلى اﻹسلامِ مِنَ الذَّينَ ابْتَدَعُوا وَخَالَفُوا الكتابَ والسُّنَّةَ ووَقَعُوا في المعاصي، ﻓﺈنَّ أتباعَ كلَّ نَبِيٍّ أو مُجْتَهِدٍ أو عالِمٍ يُسَمُّونَ أصحابَه وﺇنْ لم يُدْرِكُوهُ، ومَعْرفِةَ ُالنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم لهَمُ ْلأَنَّهُم - والله أعلم – يَأْتُونَ غُرَّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثارِ الوُضُوءِ.
         فَقَدْ بَيّنَ رَسُولُ اللهِ في حديثٍ آخَرَ أَنَّهُ يَعْرِفُ أُمَّتَهُ يَوْمَ القِيَامَةِ بِآثارِ الوُضُوءِ، ﺇِذْ يَأْتِي المُسْلِمُونَ يَوْمَ القِيَامَةِ مُحَجَّلِينَ مِنْ آثارِ الوضوءِ، أْي بِيضُ الوُجُوهِ والأَيْديِ والأَرْجُلِ، وصاحِبُ البِدْعَةِ قد تكونُ بِدْعَتُهُ غيَر مُكَفِّرَةٍ فَيُطْرَدُ عَنِ الحَوْضِ عُقُوبَةً لَهُ، ثُمَّ يُحَاسَبُ عَلَى ذَنْبِهِ، وسَيَأْتِي أنَّ صَاحِبَ الكبيرةِ لا يُكَفَّرُ.
         أو أَنَّ الَّذِينَ يُطْرَدُونَ هُم الأعْرابُ الَّذِينَ أسْلَمُوا زَمَنَ النبيِّ صلى الله عليه وسلم ثُمَّ ارْتَدُّوا زَمَنَ أَبِي بَكْرٍ وقُتِلَ بَعْضُهُم كافِرًا، نَدْعُو اللهَ أنْ يَهْدِينَا وَيُثَبِّتَنَا حَتَّى نَرِدَ الحَوْضَ وَنَشْرَبَ ِمنْهُ مَعَ الفائِزِينَ.

            Firman Allah S.W.T : Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat) ﴿[1]. Dan telah dijelaskan Rasulullah S.A.W bahawa kauthar ialah telaga padanya minuman yang sangat elok warna, rasa, dan bau, serta mengalir padanya sungai yang tidak habis diminum, telah bersabda Rasulullah S.A.W : " Ketika aku sedang berjalan di syurga, tiba – tiba aku melihat sebuah sungai yang tebingnya seperti kubah – kubah permata yang melengkung, aku bertanya : " Wahai Jibril apakah ini ? " Ia menjawab : Ini adalah kauthar yang Allah anugerahkan kepadamu. Ternyata ia adalah tanah liat atau wangiannya kasturi Azfar "[2], dan Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : " Telagaku seluas perjalanan satu bulan, airnya lebih putih daripada susu, baunya lebih harum daripada kasturi, cawan – cawannya sebanyak bintang di langit. Barangsiapa yang meminum daripadanya maka tidak akan merasa haus lagi selama – lamanya "[3].

Telaga kauthar merupakan sungai yang mengalir ke telaga yang diminum daripadanya oleh orang – orang beriman dari umat Nabi Muhammad S.A.W yang menepati janji mereka kepada Allah dalam kepatuhan mereka dengan syariat Islam. Sesungguhnya Islam pada hakikatnya adalah sebuah perjanjian di antara seorang Muslim dengan Tuhannya dan dalam mematuhi setiap syariat yang didatangkan oleh Rasulullah S.A.W dan firman Allah S.W.T yang bermaksud : Di antara orang - orang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah mereka janjikan kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); Maka di antara mereka ada yang selesai menjalankan janjinya itu (gugur syahid) ﴿[4

Ini telah dibuktikan oleh nas - nas terdahulu dan selainnya, sesiapa yang berpaling daripada nas - nas tersebut dan mengingkari kauthar dan telaga maka sesungguhnya dia mengikuti nafsunya dan berpaling dari perkhabaran yang benar, akalnya telah menghukumkan perkara yang ghaib, dan sesungguhnya hadis yang terdahulu telah membuktikan ke atas sesiapa yang meminum telaga kauthar nescaya tidak akan rasa dahaga selepas itu dan selamanya, dan disabitkan di dalam hadis yang lain bahawa sebahagian manusia akan mendatangi telaga untuk minum air daripadanya tetapi mereka diusir oleh malaikat. Sabda Rasulullah S.A.W : " Sesungguhnya ramai daripada umatku akan datang bertemu denganku di telaga kauthar sehinggakan mereka terlalu hampir mendatangiku dan aku amat mengenali mereka tetapi mereka telah diusir dan dijauhkan dari telaga kauthar oleh malaikat, Aku berkata : " Wahai Tuhanku, mengapa mereka diusir dari telagaku sedangkan mereka dari kalangan umatku? " Maka dijawab Allah : " Tahukah engkau apa yang mereka lakukan setelah engkau wafat ?  Mereka telah kembali kepada kekafiran (murtad) "[5]. Apa yang dimaksudkan dengan umat di sini ialah sebahagian manusia yang bersekutu kepada Islam dan mereka yang menyimpang dari al - Quran dan as - sunnah dan sentiasa bergelumang dalam dosa. Maka sesungguhnya pengikut semua nabi, mujtahid atau orang alim akan dinamakan sebagai pengikutnya dan walaupun Rasulullah tidak dapat menemui mereka namun baginda mengenali mereka dengan kesan daripada wudhuk.

Telah diterangkan oleh Rasulullah S.A.W pada hadis yang lain sesungguhnya baginda dapat mengenali umatnya  pada hari kiamat dengan tanda - tanda wudhuk, lalu datang orang – orang Islam pada hari kiamat mereka yang berkaki dari kesan wudhuk iaitu putih bercahaya wajah, tangan dan kaki. Pengikut yang bidaah bukan menuduh mereka kafir akan dihalau daripada mendekati telaga itu sebagai balasan kepadanya, kemudian dia dihisab ke atas dosanya, dan mereka ini merupakan pengikut yang berdosa besar tetapi tidak kafir.

Atau mereka yang dihalau ialah orang - orang Arab yang memeluk Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W kemudian murtad pada zaman Saidina Abu Bakar dan dibunuh sebahagian mereka dalam keadaan kafir. Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita berdoa agar diberi hidayah dan ditetapkan sehingga sampai ke telaga dan meminum air darinya bersama - sama orang yang berjaya.


[1] Surah al –Kauthar : ayat 1.
[2] Riwayat Bukhari : bilangan 6095.
[3] Riwayat Bukhari dan Muslim : bilangan 6093 dan 4244.
[4] Surah al – Ahzab : ayat 23.
[5]  Riwayat Bukhari dan Muslim : bilangan 6097 dan 4250.

"Ya Allah, kami meminta kepada-Mu agar engkau menjadikan kami termasuk orang yang mendalami syariat dan menghidupkan sunnah, sehingga Engkau perkenankan kami meminum air dari telaga Nabi-Mu dan hilangkan kehausan diri kami selama-lamanya. Janganlah Engkau halau kami dari mendatangi telaga itu kerana dosa-dosa yang telah kami lakukan. Sesungguhnya Engkau Maha mendengar lagi Maha mengabulkan doa-doa." Amin ya rabbal 'alamin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share