Sifat suka memaafkan satu
perbuatan yang terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni. Orang
yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredhaan hatinya terhadap
Allah. Dia memahami tentang dirinya sendiri sebagai insan yang bersifat serba
kekurangan dan tidak sunyi dari melakukan kesalahan sama ada cara sedar atau
tidak sedar.
Nabi bersabda:
"Tidaklah seorang itu suka memaafkan. melainkan dia akan semakin mulia." [HR. Muslim]
Nabi S.A.W telah bersabda:
"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." [Riwayat Baihaqi]
Allah S.W.T telah berfirman:
"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang -orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa - dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". [Surah an-Nur: ayat 22]
Manusia boleh mengawal hati dan
dirinya menerusi akal tetapi atas sifat kelemahan yang semulajadi, manusia
kadang - kadang terjerumus ke dalam pujukan hawa nafsu dan perasaan sehingga
menenggelamkan rasional dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul.
Orang yang suka memaafkan
kesalahan orang lain memahami hakikat ini, iaitu hakikat kelemahan yang ada
pada dirinya sendiri, sebab itulah Islam sentiasa membuka pintu taubat untuk
manusia memohon ampun kepada Allah atas keterlanjuran perlakuannya.
Adalah tidak menjadi satu
kehinaan kepada kita sekiranya kita adalah seorang pemaaf kerana di sinilah
wujudnya sifat terpuji sebagai seorang Islam:
- menunjukkan kebijaksanaan
- orang yang bersih dari kesombongan
- orang yang bersih dari dendam kesumat
- tidak ada rasa terhina diri
- keimanan yang tertinggi
Sifat-sifat yang tersebut di atas merupakan ikatan
yang sangat kukuh kepada kemantapan persaudaraan Islam. Sebagai umat Islam yang
bersaksikan Allah tuhan yang satu dan tiada tuhan yang lain selain Allah, maka
persoalan perpaduan di kalangan umat Islam itu sendiri adalah lambang
ketauhidan kita semua kepada tuhan yang satu iaitu Allah.
Kita semua mempunyai arah tuju yang satu, menyembah
tuhan yang satu, mengikut seruan nabi yang satu dan kitab yang satu sepenuhnya.
Perlakuan kita dalam persoalan perpaduan haruslah mengikut seperti pengajaran
Al-Quran dan seruan Rasul Nabi Muhammad S.A.W.
Islam meletakkan persoalan perpaduan selepas akidah,
seperti mana yang kita fahami berpeganglah dengan tali Allah dan jangan kita
berpecah belah. Ini merupakan satu kewajipan asas kepada kita berurusan
memelihara perpaduan kerana dalam perpaduan inilah kita akan mendapat kekuatan.
Kita perlu kekuatan umat kerana
pada diri umat Islam itu sendiri ada terpikul amanah sebagai khalifah Allah
yang ditarafkan sebagai sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh mengerjakan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan.
Sebagaimana
firman Allah S.W.T yang bermaksud:
No comments:
Post a Comment