أصحاب

Saturday, June 30, 2012

Peristiwa - Peristiwa dalam Bulan Syaaban

1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah r.a dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda maksudnya : " Telah datang Jibril a.s. pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu - pintu langit dan pintu - pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit! " Kata Nabi Muhammad SAW : " Hai Jibril, apakah erti malam ini? " Dia ( Jibril ) menjawab : " Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang - orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang - orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang - orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang - orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang - orang yang suka mengadu domba ( batu api ) dan orang - orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad S.A.W untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksa-Mu dan murka-Mu dan aku tidak menghitung - hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." [ Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin ]

2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah S.A.W dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.

Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah S.W.T kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai - bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat r.a telah mengadu kepada Rasulullah S.A.W dan Rasulullah S.A.W menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah S.W.T.

Allah S.W.T Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah S.W.T telah mewahyukan agar Rasulullah S.A.W mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulama' sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.

Sebahagian ulama' mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah S.A.W sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Banu Mustaliq ( Muraisi' )

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah S.A.W dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah S.A.W oleh seorang sahabat dari puak badwi.

Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah S.A.W keluar dari Madinah.

Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5 Hijrah. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al - Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al - Mustaliq. Al - Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.

Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.

Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah S.A.W untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.

Kemudian Rasulullah S.A.W pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah S.A.W mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.

Tindakan Rasulullah S.A.W ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai di kalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.

Juwairah meninggal dunia pada tahun 56 Hijrah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share