Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang merasakan diri sebagai 'tuan' dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita. Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya.
Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap? Kalau kita mahu orang lain memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita.
Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik - baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita tetap marah pada ALLAH. Seolah - olah kita berkata pada ALLAH 'tidak patut Engkau buat aku begini.'
Bila orang bersalah dengan kita, selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuaian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa 'memang aku patut dihukum' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita itu hanyalah sebagai perantaraan sahaja.
Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa - dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.
Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan, yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH Yang Maha Mengetahui. Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa, kerana bimbang kalau - kalau ujian itu merupakan petanda Allah sedang murka terhadap dosa - dosa kita.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik - baik manusia adalah orang yang lambat marahnya dan segera pula reda apabila sudah marah dan sejahat - jahat manusia adalah orang yang lekas marahnya dan lambat pula reda marahnya itu."
Maafkan aku sahabat
andai aku lupa diri
tolong jagakan aku...
andai aku lemah diri
tolong kuatkan aku...
Maafkan aku sahabat
andai aku terlanjur kata
tolong ingatkan aku...
andai aku terlanjur tingkah
tolong juga ingatkan aku...
Maafkan aku sahabat
maafkan aku...
maafkan aku...
maafkan aku...
p/s: Maafkan saya atas keegoan saya... Maafkan saya jika tindakan saya mencalar hati sesiapa... Maafkan saya sebab saya masih tak memahami awak sepenuhnya.. Maafkan saya sebab merahsiakan hal itu dari awak... Saya jadi begini sebab saya tak mahu sesiapa risau dengan keadaan saya. Saya harap awak tak salah faham dengan niat baik saya...
ReplyDeleteMaafkan saya...