أصحاب

Saturday, October 1, 2011

Mohon Doa dari Sahabat-Sahabat

cOURSE
dATE
tIME
IBF2043 - NAHU DAN SARAF III
9-10-2011 (Sun)
08:30 AM - 10:30AM
ISF2053 - FIQH III
11-10-2011 (Tue)
08:30 AM - 10:30AM
IUS2043 - FIQH SIRAH
13-10-2011 (Thu)
11:30 AM - 01:30PM
IUS2033 - FALSAFAH
15-10-2011 (Sat)
02:30 PM - 04:30PM
IUS2023 - FIRAQ ISLAMI
16-10-2011 (Sun)
11:30 AM - 01:30PM
IBF2052 - BALAGHAH I
19-10-2011 (Wed)
11:30 AM - 01:30PM
JaDuaL ImTiHaN AkHiR uSuLuddiN sEmEsTer 5

Ya Allah Ya Tuhanku, 
Ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa guru-guruku, dosa sahabat-sahabatku, dan dosa seluruh muslimin muslimat samada yang masih hidup atau yang telah mati. 

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku menadah tangan kepadaMu, berkatilah segala ilmu yang telah aku pelajari, keluarkanlah aku daripada lembah kejahilan dan kegelapan, kepada daerah cahayaMu dan ilmu pengetahuan. 

Ya Allah Ya Tuhanku,
Hanya Engkau yang mampu memberi taufik dan hidayah kepada hambaMu, maka anugerahkanlah kepadaku taufiq dan hidayahMu, agar aku menjadi pelajar yang amanah menjalankan tanggungjawab untuk belajar, jauhkanlah rasa benci hasad dan iri hati, hiasilah diri aku seperti peribadi Nabi, serta lindungilah kami dari syaitan yang dilaknati. 

Ya Allah Ya Tuhanku,
Ikhlaskan hati aku dalam menuntut ilmu, kekalkan semangat yang tinggi untuk aku terus belajar tanpa ada rasa jemu, janganlah Engkau palingkan hati aku dari mengingatiMu ya Allah, lindungilah aku dari menuntut ilmu hanya kerana segulung sijil, hanya untuk harta, hanya untuk wanita, dan hanya untuk takhta, lindungilah kami dari sifat tamakkan dunia. 

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku berlindung kepadaMu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat kepada diri dan agamaku, jadikanlah aku orang yang beramal dengan ilmu yang telah Engkau pinjamkan kepadaku. 

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku memohon kepadaMu, mengharap kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, berilah kejayaan kepada aku dalam peperiksaan yang bakal aku tempuhi, tenangkan hatiku, lapangkan dadaku, luaskan fikiranku, kuatkan ingatanku, dan janganlah Engkau jadikan aku tergolong dalam golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku hamba yang lemah hina ini, memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah aku dalam golongan yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupanku, maka kepadaMu aku memohon, redhailah aku dalam apa jua yang aku kerjakan.

Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin...


Maan Najah semua...

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share