أصحاب

Tuesday, December 6, 2011

Lelaki Acuan al - Quran


Assalamualaikum wbt...

Lelaki acuan al - Quran ialah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga dengan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu...

Lelaki acuan al - Quran ialah lelaki yang menjaga tuturkatanya, 
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya, 
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, 
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya, 
Yang bersifat melindungi,
Yang mempunyai ramai kawan,
Dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang...

Lelaki acuan al - Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga, 
Yang akan mendidik anak - anak dan isteri mendalami ilmu agama, 
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat...

Lelaki acuan al - Quran sentiasa bersedia untuk agamanya,
Yang hidup di bawah naungan al - Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW, 
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya...

Lelaki acuan al - Quran tidak pernah membazirkan masa,
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca,
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan,
Kerana baginya sehari lagi usia bertambah penuh kematangan...

Lelaki acuan al - Quran sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian...

Lelaki acuan al - Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona dengan 
buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan sebuah syurga,
Di situlah rumah impiannya,
Bersama wanita acuan al – Quran sepertinya... 


Bersama kita berusaha membina generasi al - Qur'an... (^__^)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share