Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada
kelebihan dan kekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna
kecuali Rasulullah SAW kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak
terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam - macam
perkara lagi.
Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu
rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda
alam ini tidak sempurna.
Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya
ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita
memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.
Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan - kekurangan yang ada pada
diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu
kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa
untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang - kadang kecantikan memusnahkan.
Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih
besar daripada jika anda semulajadinya buruk.
Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan
setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba,
bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah
yang tiada kesudahan?
Kadang - kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang
dan menerjah api. Samalah halnya, kadang - kadang seseorang manusia itu
diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak - banyak
mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.
Tontonlah filem atau drama - drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya
penuh duri. Jika anda buruk setidak - tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.
Penghuni neraka kebanyakkan darinya adalah wanita sebagaimana disabdakan Rasulullah
SAW wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu
diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab
dia berterus - terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.
Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa
faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandangan ALLAH adalah
ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk
tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam
hatinya.
Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu
hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya tersasar. Hargai diri anda
sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH !
Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj (siri ke 160) : "Orang
yang bijaksana membuat lebih banyak kesempatan dpd yang dijumpainya"
No comments:
Post a Comment