Setelah Nabi Ismail a.s bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim a.s bersama – sama dengan anaknya mula
membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada mereka tempat yang harus
dibina Baitullah itu.
Terdapat dua riwayat
yang mengatakan bahawa sebelum Baitullah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s dan
anaknya, Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah tersebut dengan tidak terkena
bala bencana sewaktu taufan besar melanda. Satu riwayat lagi mengatakan
bahawa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana
runtuhnya binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda
maka sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali
Nabi Ibrahim a.s dan anaknya.
Apabila binaan sudah
meninggi, Nabi Ismail a.s, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan
diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah sehingga ia siap
pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah S.W.T sebaik saja Nabi Ibrahim a.s
meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim
a.s sepertimana yang dapat kita lihat sehingga ke hari ini di Baitullah. Dan
ini adalah sesuatu tanda kebesaran Allah SWT. Apabila agama Islam
datang, Allah S.W.T mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim
a.s sepertimana firman Allah yang bermaksud, "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu
tempat sembahyang." (Surah al-Baqarah: ayat 125). Yang dikatakan maqam
Nabi Ibrahim a.s itu adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan bukannya
kubur Nabi Ibrahim.
Setelah selesai pembinaan Baitullah,
maka Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim a.s memberi kebenaran kepada umat
manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan
serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang
ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis
unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang
jauh." (Surah Al-Haj: ayat 27).
Setelah itu Nabi
Ibrahim a.s naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat
dengan Baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah SWT, "Wahai
sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi
kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana." Nabi
Ibrahim a.s menyeru ke kanan dan ke kiri seolah - olah orang melaungkan azan. Allah
SWT menyampaikan seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan
dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu
haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah. Bacaan talbiah antara
lainnya, "Labbaikallah hummalabbaik" yang bermaksud, “Aku datang
untuk menunaikan panggilanMu ya Allah”.
Menunaikan haji
adalah salah satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita menunaikannya apabila
kita sudah mampu dan cukup syarat untuk melaksanakannya. Banyak orang
menunaikan haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji yang sangat
menyedihkan ialah terdapat juga orang yang melakukan maksiat lebih teruk dari
masa sebelum menunaikan haji. Oleh itu,
hendaklah kita mulakan dengan sembahyang, puasa, zakat dan seterusnya
menunaikan haji.
Kalau kita menunaikan
haji tanpa mengerjakan sembahyang lima waktu maka sia-sia saja haji yang kita
lakukan sebab ia tidak akan diterima oleh Allah SWT. Dan ini adalah salah
satu punca mereka yang kembali dari menunaikan haji melakukan bermacam - macam
maksiat.
Bagi mereka yang
mendapat kenikmatan haji mereka ini tidak akan berani melakukan kerja-kerja
yang dimurkai oleh Allah S.W.T sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadi
muslim yang sempurna. Tanpa mengerjakan sembahyang, maka semua kerja-kerja yang
berbentuk amal, sedekah, zakat dan sebagainya semuanya itu tidak akan diterima
oleh Allah SWT.
Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah.
No comments:
Post a Comment