أصحاب

Saturday, November 26, 2011

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433H...

Assalamualaikum

Sempena Maal Hijrah dan masuknya bulan Muharam ini, maka marilah kita sama - sama mempromosikan Tuhan. Di bawah ini saya titipkan beberapa madah eksklusif (copyright) untuk kita promosikan Tuhan: -

1. Tuhan Ada. Ada di mana - mana. Dia ada di semua keadaan kita meminta - minta apa sahaja.

2. Baiknya Tuhan ciptakan bumi untuk kita.

3. Anda ada masalah kewangan? Bank Tuhan boleh selesai segala - galanya.

4. Mahaguru paling bijak ialah Tuhan. Belajarlah dengan Dia. Anda akan jadi secerdik - cerdik manusia.

5. Tuhan itu doktor Maha Pakar. PadaNya ada segala - gala ubat untuk semua penyakit. Ruginya orang yang tidak merawat denganNya.

6. Manusia selalu kecewa dalam bercinta. Kerana tersalah memberi cinta. Berilah cinta agung pada Tuhan, nescaya tidak akan kecewa selamanya.

7. Kawan paling setia yang mampu menjaga kita setiap masa sebenarnya adalah Tuhan kita!

8. Anda ada masalah rumahtangga? Selesaikanlah dengan jalan takut dan cintakan Tuhan.

9. Manusia tidak akan henti - henti bergaduh, sehinggalah mereka diambil Tuhan jadi pemimpin.

10. Jangan cuba lari dari Tuhan, akan ditimpa padah. Tapi larilah kepada Tuhan, nescaya bahagia.

11. Sama - sama cinta dunia, akan berebut, berbalah. Tapi sama - sama cinta Tuhan, tiada rebutan dan perbalahan.

12. Jika ingin miliki segala-galanya milikilah Tuhan, Tuhan adalah segalanya. Segalanya tanpa Tuhan tiada erti apa-apa.

13. Cinta Tuhan cinta sejati, cinta agung! Cinta makhluk cinta murahan.

14. Siapa cinta Tuhan pasti sayangkan manusia barulah boleh bekerjasama.

15. Hambakanlah diri hanya kepada Tuhan. Tidak layak dihambakan pada selainNya. Buktinya kita marah dituduh hamba syaitan. Tapi tidak marah bila dikatakan hamba Tuhan.

16. Kita amat perlukan pentadbir, pendidik, pengawal, penjaga dan penyelamat. Dia adalah Tuhan pencipta kita.

17. Tuhan adalah tempat rujuk. Tiada tempat rujuk yang lebih dari Tuhan. Dia boleh selesaikan semua masalah dunia.

18. Ramai orang percaya Tuhan, tapi tidak dipedulikan, seolah-olah Tuhan tidak ada.

19. Aneh manusia, tahu Tuhan yang beri rezeki tapi tidak pun takut dan cinta padaNya.

20. Kalau kita yakin dunia Tuhan punya, tentu kita tidak sanggup berbuat sesuka hati, sebab malu padaNya.

21. Kasih sayang sesama manusia akan punah bila Tuhan tidak dicintai.

22. Manusia kalau kenal lah Tuhannya pasti akan mabuk cinta padaNya.

23. Hebatnya Tuhan apa pun Dia buat hanya dengan berkata, “Jadi !” Maka jadilah hal itu. Sebab itu Dia boleh buat apa saja.

24. Tuhan bila murka, akan bertindak tanpa kira raja, orang besar, atau orang kaya.

25. Kita tinggal di bumi Tuhan, sepatutnya minta izinlah kepadaNya bila mahu buat sesuatu.

26. Mengapa Tuhan suruh takut padaNya? Sebab takut itu benteng maksiat.

27. Sombong pakaian Tuhan, siapa pakai pakaianNya binasalah dia.

28.Tuhan itu Maha Lemah Lembut tapi amat keras terhadap orang yang berleluasa.

29.Kalau kita buat dosa, jangan senang - senang hati saja sebab lambat laun Tuhan pasti menghukumnya.

30. Tuhan modal hidup kita yang paling utama, mari kita promosi Dia ke seluruh dunia !

Info mengenai Bulan Muharam

Merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

p/s: jgn lupa !!! >>>>>membaca doa akhir tahun selepas solat asar & doa awal tahun selepas solat maghrib pada malam ini..

SALAM MA'AL HIJRAH... Marilah kita bersama - sama meningkatkan iman dan amal... Moga tahun baru 1433H ini membawa perubahan yang bermakna buat hati kita semua... Semoga Allah menerima dan memberkati amalan - amalan kita pada tahun 1432H yang lalu... KULLU 'AM ANTUM BIKHAIR...~



1 comment:

  1. http://addienblog.blogspot.com/2011/11/sambutan-maal-hijra-antara-sunnah-dan.html

    menjawab persoalam adakah islam menganjurkan sambutan awal muharram..

    dan benarkah hijrah itu pada bulan muharram?

    jemput ke WADi untuk mendalami ilmu..insyaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share