ADAKAH AKU IKHLAS?
Kita semua maklum bahawa keikhlasan itu menjadi pra - syarat
untuk apa - apa amalan kita diterima oleh Allah SWT. Kerana kita inginkan amalan
kitalah yang bakal menjelma sebagai makhluk yang indah bila kita di dalam alam
barzakh nanti, kita berharap agar amalan kitalah yang dapat membela kita pada
hari pembalasan kelak.
Sudah tentu, niat pada permulaan kita membuat sesuatu,
hinggalah ke akhirnya perlulah hanya kerana Allah semata-mata. Tidak kira
amalan itu menyentuh perkara peribadi mahupun dalam kehidupan berdakwah. Namun,
ibarat kita hendak mengenal samada kita sudah terkena penyakit 'chicken pox'
dan sebagainya, ada tanda - tanda yang dapat menolong kita memastikan adakah benar kita
ini ikhlas.
Antaranya :-
1. Kita takutkan sanjungan dan pujian manusia.
2. Kita tidak berasa hati apabila usaha dikritik oleh
manusia.
3. Kita tidak berasa bangga bila dipuji.
4. Kita sentiasa menganggap diri cuai dalam ibadah akibat
sikap taajub akan diri sendiri.
5. Tidak malas, lembab dan ketinggalan dalam kesusahan.
6. Tidak jemu dalam berusaha mengajak orang kepada Islam.
7. Tidak menjauhkan diri dari jemaah walau dicaci manusia.
8. Di dalam organisasi/jemaah, tidak teringin menjadi ketua
tetapi tetap bekerja dan menyumbang.
9. Menjadi pemimpin atau pengikut, mana satu tidak menjadi
hal.
10. Tidak marah malah gembira, bila muncul seorang yang baru
menjadi ketua (namun bukan bermaksud tanggungjawabnya sendiri berkurang, kerana
amanah bukan dari manusia tetapi dari Allah)
Begitulah antara perkara-perkara yang perlu kita perhatikan.
Ini hanyalah panduan sahaja sebagai langkah berjaga - jaga bagi memastikan amalan
diri kita sendiri bersih dari sifat ria', taajub, takabbur dan seumpamanya.
Pekerjaan yang zahirnya baik, tetapi jika diselimuti oleh segala sifat yang
batil tersebut, maka sia - sialah di sisi Allah SWT. Hatta mereka yang berperang
di saff hadapan dan mati di medan peperangan. Walau bagaimanapun, atas
kelemahan manusia, tidak layak sebenarnya untuk menilai atau menghukum orang
lain ikhlas ataupun tidak.
Dalam satu kata - kata ulama, ada ulama yang mengatakan untuk
membayangkan ikhlasnya seseorang itu seperti seekor semut yang hitam yang
berjalan diatas batu yang hitam pada waktu malam (yg pekat legam). Betapa
besarnya hati manusia itu, apa bila merasakan hatinya itu ikhlas terhadap Allah SWT.
Perlu diingatkan juga, dalam satu hadith Nabi telah bersabda: "Tiga golongan yang tidak diterima Allah SWT untuk masuk ke syurga,
kemudian ditanya kepada Nabi apakah golongan itu, maka Nabi menjawab:- 1.
Orang kaya menginfaqkan (sedekah) sebahagian hartanya di jalan Allah,
tetapi tidak ikhlas. 2. Orang yang berjihad di jalan Allah, mahupun
perang atau sebagainya. 3. Seseorang alim ulama yang menyampaikan ilmu itu
tetapi tidak ikhlas kerana Allah SWT".
Jadi sahabat - sahabat yang dirahamti Allah sekalian, dapatlah kita renungkan bersama bahawa betapa besarnya ikhlas itu perlu wujud di dalam hati masing - masing.
Syaitan sentiasa menghasut diri anda supaya mengkianati Allah SWT. Oleh itu
sentiasalah menyucikan jiwa anda dari perasaan hasad dan dengki serta riak yang
membinasakan diri kita di akhirat kelak.
Kita hanya boleh melihat yang zahir sahaja. Allah SWT Yang
Maha Mengetahui dan hanya Allah SWT sahajalah yang berhak membalas segala
amalan. Samada amalan yang baik atau sebaliknya.
Sama-samalah kita berdoa:
Wahai Tuhan kami!
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Perbaikilah hati kami,
hapuskanlah cacat cela kami,
pimpinlah kami ke arah kebaikan,
hiasilah kami dengan taqwa,
kurniakanlah kepada kami
taat setia kepadaMu
sepanjang hidup kami.
Wahai Tuhan kami!
Jadilah kami ikhlas kepadaMu,
bersyukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
bersyukur kepadaMu,
bertawakkal kepadaMu,
taubat kepadaMu,
khusyuk kepadaMu.
Wahai Tuhan kami!
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.
Sesungguhnya kami mohon kepadaMu
ketetapan di dalam urusan ini
keazaman di dalam hidayah
tolonglah kami mengingat Engkau
menyebut namaMu
mensyukuri Engkau
baik ibadat kepadaMu.
No comments:
Post a Comment