أصحاب

Tuesday, May 6, 2014

Etika Bersahabat

Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab antaranya ialah :- 

1) Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku. 

 2) Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul. 

3) Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya. 

4) Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperti rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat. 

5) Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik. 

6) Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat. 

7) Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita. 

8) Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. Beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya menyekat perhubungannya dengan insan lain. 

9) Jika salah seorang marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati. Jangan dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap kita ada lautan hati yang pasang surut. 

10) Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita seperti kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t 

Kongsikan kepada sahabat baik anda, semarakkan persahabatan ini!

Thursday, May 1, 2014

Kelebihan Bulan Rejab

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat. 

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. 

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya. 

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). 

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka. 

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga. 

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan). 

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga. 

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu: 

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat. 

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya. 

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Sunday, October 6, 2013

Enjoy Your Life


Be strong as you are.. :)

Mudahan Allah berikan kita kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi setiap ujian yang mendatang.. 

Tusbihin 'ala khayr.. inshaAllah 

teruskan TERSENYUM.. :)

Thursday, June 6, 2013

Salam Isra' Wal Mi'raj



Baitul Maqdis tanah Isra' Wal Mi'raj. Kisahnya terakam dalam Al - Quran, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala :


Maksudnya :

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya ( Muhammad ) pada suatu malam dari Masjid al - Haram ( di Makkah ) ke Masjid al - Aqsa ( di Palestin ) yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda - tanda ( kekuasaan dan kebesaran ) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
( Surah al - Israa : ayat 1 )


Salam Isra' Wal Mi'raj..

Sesungguhnya peristiwa ISRA' WAL MI'RAJ bukanlah dilihat dengan akal... tetapi mempercayainya dan menyakininya dengan iman...

~ Di sana ada ibrah dan tauladan yang bermanfaat buat kita semua... ~

Sollu'alannabiy.. (^^,)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share