أصحاب

Thursday, February 23, 2012

Selamat Berjuang untuk Exam yang Terakhir

Semoga, kita dapat betulkan niat sebelum revision bagi setiap subjek.

Ingat! Study/revision niat kerana Allah ta'ala, bukan semata kerana nak exam.

Usah kerana exam,
Amal ibadah ditinggalkan..

Usah kerana exam,
Yang tersenyum jadi masam gelabah

Usah kerana exam,
Diri menjadi nafsi-nafsi

Usah kerana exam,
Kebergantungan pada usaha terlampau

Usah kerana exam,
Allah diketepikan usaha didahulukan

Friday, February 17, 2012

Adakah Kita Benar-Benar Sibuk?


Kata orang, jika sesuatu kerja hendak disiapkan, berikan kerja itu kepada orang yang sibuk. Eh, betulkah? Memang benar. Justeru orang yang sibuk sahaja akan menguruskan masa mereka dengan baik. Orang sibuk sahaja dapat memberi keutamaan kepada kerja-kerja yang banyak – mana yang utama, mana yang penting.


Tetapi sebelum itu, yang paling penting tanyakan diri terlebih dahulu, sibuk itu untuk apa? Sibuk atau buat-buat sibuk. Sibuk atau menyibuk? Sebagai muslim, sibuk kita mesti disebabkan kerana ibadah. Tidak kiralah ibadah asas, ibadah umum atau ibadah sunat. Atur sahaja kehidupan mengikut prinsip-prinsip ibadah, nescaya kesebokan kita berbaloi. Sebok kerana Allah.


Untuk mengatur prioriti pelajari atau telaah sedikit apa yang dikatakan oleh Dr. Yusuf Al Qardhawi dalam fiqh aulawiyat. Insya-Allah, banyak panduan di sana. Ah, malu kita dengan para sahabat, masa yang diberikan kepada mereka dan kita sama sahaja, tetapi mereka bertebaran ke seluruh muka bumi menyebarkan Islam. 3/4 daripada mereka meninggal dunia di luar jaziratul Arab. Sampai ke Cyprus, India, China dan Asia. Tanpa kapal terbang, tanpa kemudahan IT dan alat-alat canggih seperti yang dimiliki kita hari ini. Sibuk, ya mereka sibuk sekali.


Kita? Wah, berapa banyak masa di hadapan TV? Berapa banyak masa membaca Al-Quran berbanding membaca akhbar. Kalau nak dikatakan sibuk, memang sibuk. Ada diantara kita yang sambil memandu atau menunggang motosikal masih sempat ber'SMS'. Menguyah makanan sambil berbual di handset. Yang berkerja sambil tidak sempat menziarah ibu bapa di kampung. Mahasiswa/i atau pelajar di IPT dan IPTA  'terlupa' menelefon ibu bapa. Sibuk SANGAT.


Manusia menjadi hamba apa yang dicintainya. Apa yang kita cintai? Itulah yang akan menyibukkan kita. Ingat, musuh perkara yang 'lebih penting' ialah perkara yang penting. Para sahabat sudah merasa berdosa jika mereka tersilap dalam memilih keutamaan dalam melakukan kebaikan – "khilaful Aula".


Kekadang mereka merasakan begitu sukar memilih antara bersedekah dengan solat sunat, berdakwah dengan berniaga, berjihad dengan menuntut ilmu, antara yang baik itu, mana yang lebih baik mengikut masa, situasi dan keadaan. Mereka cintakan Allah, mereka disibukkan kerana Allah.


Dengar apa yang dirintihkan oleh Sayidina Umar Al Khattab, "aku tidak tidur di malam hari, bimbang urusan ku dengan Allah tidak selesai. Aku juga tidak tidur di siang hari takut urusanku dengan manusia tidak selesai." Ertinya apa? Ya, Umar adalah individu yang paling "sibuk" sewaktu memimpin urusan umat Islam.


Ditengah-tengah kekalutan dan keserabutan kita, kononnya terlalu sibuk, "pause" sebentar. Renungi dalam - dalam, panjang - panjang, apa yang sebenarnya kita sibukkan? Bimbang, kesibukkan kita ada satu "deraan" yang kita cipta sendiri akibat membelakangkan kecintaan Allah.


Stress, "tension", boring, adalah toksid baru untuk jiwa manusia moden yang meremehkan kekuasaan Allah. Cari semula pangkal jalan dan tujuan hidup. Tanyakan semula apa yang aku cari dengan hidup yang singkat ini. Ingat kata Imam Safie, "peredaran masa adalah suatu yang aneh, tetapi lebih aneh manusia yang melengahkannya."


Syaitan, musuh yang tidak pernah tidur. Malaikat, pencatat setia setiap masa. Siapa temanmu dalam kesibukan waktu? Suara siapa yang sering berbisik di hatimu? Ilham dari para malaikat atau was - was yang datang daripada syaitan. Kasih sayang Allah sesungguhnya masih sudi singgah di hati yang berdosa.


Kekadang "jemputan ke daerah kebaikan" singgah secara tiba-tiba. Kutiplah titipan kasih daripada Allah apabila suara hatimu tiba-tiba berbisik, "sampai bila aku harus begini..." Kata hukama, "apabila seseorang didatangi rasa hati yang begitu, ertinya dia telah menerima jemputan Tuhan untuk datang ke daerah kebaikan!"


Jangan berlengah lagi wahai diri, perhatikan kesibukan mu.  Untuk siapa, apa, kenapa dan ke mana? Jika ternyata, sudah tersasar, menghindarkan kesibukan kita di akhirat. Kesibukan di akhirat itu Neraka! Syurga itulah tempat rehat kita. Allahumma zukna. Amin.

Kata Imam Al Ghazali "Rugilah Mereka Yang Sibuk Tetapi Segala Kesibukan Mereka Hanya Untuk Dunia Sahaja"


Sumber : iluvislam

Wednesday, February 15, 2012

Pasrah Segalanya


video
Aku cinta kpd kematian kerana membuat aku rindu kpd Allah, Aku cinta kpd penyakit kerana kaffarah ats kesalahanku, Aku cinta kpd kehidupan yg susah kerana membuat aku bersikap rendah diri kpd Allah.. :)

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tomahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerna tiada siapa yang sudi membela

Ku tabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseoranganlah aku di laulan sepi
Ditinggalkan mereka yang ku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
ku serahkan segala padaMu tuhan
Yang berkuasa juga mencipta
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati


Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah ku temui
Mengakhiri segala yang telah ku mulai

Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidak ku berhenti di pertengahan


Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci


Agar terbitlah kembali mentari
Setelah malamku berkalut benci
 Pasrah Segalanya, Dehearty

Monday, February 13, 2012

Alhamdulillah.. Syukur padaMu...


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tesis siap dan dah submit.
Dah selamat dihantar ke bilik ketua jabatan petang tadi.
Tiga set semuanya. Satu untuk musyrif, satu untuk ketua jabatan dan satu untuk simpanan diri sendiri sebagai kenangan.
Alhamdulillah.

Hari ni jadi hari yang sibuk pula walaupun proses menaip dan menghantar tesis ke kedai untuk dibinding telah dilaksanakan lebih awal..
Tapi hari ni lain pula jadinya bila ada sedikit masalah berkaitan typing error dalam tesis.
Walau bagaimanapun semuanya berjalan dengan lancar.
Alhamdulillah.

Akhirnye penat lelah selama tiga semester terubat juga.
Proses yang banyak mengeluarkan haba, angin dan operasi ‘bluetooth’ telah berlaku.. hehe
Proses yang sangat-sangat menuntut kesabaran.
Proses yang selalu merungsingkan fikiran.

Ya Allah.. terima kasih untuk setiap perkara yang telah dipermudahkan
Mak.. terima kasih untuk setiap kata semangat..
Abah.. terima kasih untuk setiap ringgit dan sokongan
Ayong, Sirah, Adi, Mimi, Ah, dan Man.. terima kasih untuk jadi kakak dan adik – adik yang tak pernah penat mendengar bebelan angah...

My musyrif.. Ustaz Shafei bin Hamzah, terima kasih untuk setiap kelapangan masa, bimbingan, nasihat, tunjuk ajar, dan didikan...
Pensyarah.. Ustaz Akila yang bertanya khabar tesis

Sahabat – sahabat se-syu’bah-usuluddin.. Terima kasih untuk setiap perkongsian dan bantuan
Kirin dan Ezah.. yang sama-sama bersengkang mata.. terima kasih kerana telah bertungkus lumus menyiapkan tesis ini
Nurul Izafiah... terima kasih bagi pinjam tesis mung sebagai rujukan dan men-suggest tesis terus buat backup supaya tak menangis di kemudian hari kalau lapppy buat hal... ;-)

Dan untuk semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak maaf jika tiada nama kalian di sini berbanyak-banyak terima kasih hanya Allah yang boleh membalas

Note: ( 11.03.2012 ) bersiap sedia bawa balik semua barang ke kedah.. maka akan berakhirlah episod suka dan duka kembara ilmu di negeri penyu ini.. L

Saturday, February 11, 2012

Kehidupan Akhirat Adalah Kehidupan Sebenar


Usahlah engkau bersedih, berdukacita mahupun kecewa kerana nikmat dan kesenangan dunia, kerana nilai dunia hanyalah setitis air berbanding akhirat yang diumpamakan selautan luasnya...

Yakinlah bahawa Allah itu Maha 'Adil..

"Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertaqwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikit pun."[An-Nisa' ayat 77]

Seandainya engkau susah didunia, insyaAllah pasti Dia akan permudahkanmu di akhirat sana..

Seandainya engkau miskin didunia, insyaAllah pasti Dia akan memberi kekayaan di akhirat sana..

Seandainya engkau menderita didunia, insyaAllah pasti Dia akan memberi kebahagiaan di akhirat sana..

Seandainya engkau serba kekurangan didunia, insyaAllah pasti Dia akan memberi kesempurnaan untukmu di akhirat sana..

Seandainya engkau hidup kesempitan didunia, insyaAllah pasti Dia akan meluaskan bahagian hidupmu di akhirat sana,

Seandainya permintaanmu tidak dimakbulkan didunia, insyaAllah pasti Dia akan mengurniakan permintaanmu diakhirat sana..

Sesungguhnya Allah itu Maha 'Adil, jika tidak merasai atau mengecapi didunia, pasti Allah akan memberikan padamu diakhirat sana untuk merasai dan mengecapinya..
Ingatlah ganjaran di akhirat sana itu lebih bernilai dari apa yang diberikan didunia kerana ia bersifat kekal selama-lamanya..

Namun kunci untuk memiliki semua itu adalah REDHA dengan ketentuan dan takdirNya disamping sentiasa bersyukur dan bersabar dalam apa jua keadaanmu didunia..

"Barangsiapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barang siapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." [Ali Imran, ayat: 145]

"Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit." [At-Taubah, ayat: 38]


Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang dicintai-Nya.

Thursday, February 9, 2012

Suka Memaafkan Orang Lain


Sifat suka memaafkan satu perbuatan yang terpuji. Ia menzahirkan kebersihan hati yang suci murni. Orang yang suka memaafkan orang lain adalah hasil dorongan keredhaan hatinya terhadap Allah. Dia memahami tentang dirinya sendiri sebagai insan yang bersifat serba kekurangan dan tidak sunyi dari melakukan kesalahan sama ada cara sedar atau tidak sedar.

Nabi bersabda: 
"Tidaklah seorang itu suka memaafkan. melainkan dia akan semakin mulia." [HR. Muslim]

Nabi S.A.W telah bersabda:
"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang  yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." [Riwayat Baihaqi]

Allah S.W.T telah berfirman:
"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang -orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa - dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". [Surah an-Nur: ayat 22]


Manusia boleh mengawal hati dan dirinya menerusi akal tetapi atas sifat kelemahan yang semulajadi, manusia kadang - kadang terjerumus ke dalam pujukan hawa nafsu dan perasaan sehingga menenggelamkan rasional dan tidak dapat membuat pertimbangan yang betul.

Orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain memahami hakikat ini, iaitu hakikat kelemahan yang ada pada dirinya sendiri, sebab itulah Islam sentiasa membuka pintu taubat untuk manusia memohon ampun kepada Allah atas keterlanjuran perlakuannya.

Adalah tidak menjadi satu kehinaan kepada kita sekiranya kita adalah seorang pemaaf kerana di sinilah wujudnya sifat terpuji sebagai seorang Islam:
- menunjukkan kebijaksanaan
- orang yang bersih dari kesombongan
- orang yang bersih dari dendam kesumat 
- tidak ada rasa terhina diri
- keimanan yang tertinggi

Sifat-sifat yang tersebut di atas merupakan ikatan yang sangat kukuh kepada kemantapan persaudaraan Islam. Sebagai umat Islam yang bersaksikan Allah tuhan yang satu dan tiada tuhan yang lain selain Allah, maka persoalan perpaduan di kalangan umat Islam itu sendiri adalah lambang ketauhidan kita semua kepada tuhan yang satu iaitu Allah.
Kita semua mempunyai arah tuju yang satu, menyembah tuhan yang satu, mengikut seruan nabi yang satu dan kitab yang satu sepenuhnya. Perlakuan kita dalam persoalan perpaduan haruslah mengikut seperti pengajaran Al-Quran dan seruan Rasul Nabi Muhammad S.A.W.

Islam meletakkan persoalan perpaduan selepas akidah, seperti mana yang kita fahami berpeganglah dengan tali Allah dan jangan kita berpecah belah. Ini merupakan satu kewajipan asas kepada kita berurusan memelihara perpaduan kerana dalam perpaduan inilah kita akan mendapat kekuatan.

Kita perlu kekuatan umat kerana pada diri umat Islam itu sendiri ada terpikul amanah sebagai khalifah Allah yang ditarafkan sebagai sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh mengerjakan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan.

Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
 “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik”. [Surah Ali ‘Imran: ayat 110]

Tuesday, February 7, 2012

Ketakwaan kepada ALLAH

Ada seorang pemuda yang bertakwa, tetapi amatlah dungu. Suatu hari dia belajar pada seorang syeikh. Setelah lama menuntut ilmu, syeikh menasihati dia dan teman-temannya: ''Kalian tidak boleh menjadi beban orang lain. Sesungguhnya, seorang alim yang menadahkan tangannya kepada orang-orang yang berharta, tak ada kebaikan dalam dirinya. Pergilah kalian semua dan bekerjalah dengan pekerjaan ayah kalian masing-masing. Sertakanlah selalu ketakwaan kepada ALLAH dalam menjalankan pekerjaan tersebut.

Maka, pergilah pemuda tadi menemui ibunya seraya bertanya: ''Ibu, apakah pekerjaan yang dulu dikerjakan oleh ayahku? ''Sambil bergetar ibunya menjawab: ''Ayahmu sudah meninggal. Apa urusanmu dengan pekerjaan ayahmu? ''Si pemuda ini terus memaksa agar diberitahu, tetapi si ibu selalu mengelak. Namun akhirnya si ibu terpaksa memberitahu, dengan nada jengkel ibunya berkata: ''Ayahmu dulu seorang pencuri!"

Pemuda itu berkata: ''Guruku memerintahkan kami; murid-muridnya untuk bekerja seperti pekerjaan ayahnya dan dengan ketakwaan kepada ALLAH dalam melaksanakna pekerjaan tersebut.''

Ibunya menyela: ''Hai, apakah dalam pekerjaan mencuri itu ada ketakwaan? ''Kemudian anaknya yang begitu polos menjawab: ''Ya, begitulah kata guruku. ''Lalu dia pergi bertanya kepada orang-orang dan belajar bagaimana para pencuri melakukan aksinya. Sekarang dia mengetahui teknik mencuri. Inilah saatnya beraksi. Dia menyiapkan alat-alat mencuri, kemudian solat Isya' dan menunggu semua orang tidur. Sekarang dia keluar rumah untuk menjalankan profesion ayahnya, seperti perintah gurunya.


Dimulailah dengan rumah tetangganya. Saat hendak masuk ke dalam rumah dia ingat pesan syeikhnya agar selalu bertakwa. Padahal mengganggu tetangga tidaklah termasuk takwa. Akhirnya, rumah tetangga itu ditinggalkan. Ia lalu melewati rumah lain, dia berbisik pada dirinya: ''Ini rumah anak yatim, dan ALLAH memperingatkan agar kita tidak memakan harta anak yatim." Dia terus berjalan dan akhirnya tiba di rumah seorang pedagang kaya yang tidak ada penjaganya. Orang-orang sudah tahu bahawa pedagang ini memiliki harta yang melebihi keperluannya. ''Ha, di sini'',gumamnya. Pemuda tadi memulai aksinya. Dia berusaha membuka pintu dengan kunci-kuncinya yang disiapkan. 

Setelah berhasil masuk, rumah itu ternyata besar dan banyak kamarnya. Dia mengelilingi dalam rumah, sampai menemukan tempat penyimpanan harta. Dia membuka sebuah kotak, didapatinya emas, perak dan wang tunai dalam jumlah yang banyak. Dia tergoda untuk mengambilnya. Lalu dia berkata: ''Eh, jangan, syeikhku berpesan agar selalu bertakwa. Barangkali pedagang ini belum menunaikan zakat hartanya. Kalau begitu, sebaiknya aku keluarkan zakatnya terlebih dahulu.''

Dia mengambil buku-buku catatan di situ dan menghidupkan lentera (lampu) kecil yang dibawanya. Sambil membuka lembaran buku-buku itu dia menghitung. Dia memang pandai berhitung dan berpengalaman dalam pembukuan. Dia hitung semua harta yang ada dan memperkirakan berapa zakatnya. Kemudian dia pisahkan harta yang akan dizakatkan. Dia masih terus menghitung dan menghabiskan waktu berjam-jam. Saat menoleh, dia melihat fajar telah menyingsing. Dia berbicara sendiri: ''Ingat takwa kepada ALLAH! Kau harus melaksanakan solat dulu!'' Kemudian dia keluar menuju ruang tengah rumah, lalu berwudhu' di bilik air lalu dia mengerjakan solat sunat.

Tiba-tiba tuan rumah terbangun.Dilihatnya dengan penuh kehairanan, ada lentera kecil yang menyala. Dia lihat pula kotak hartanya terbuka dan ada orang yang sedang melakukan solat. Isterinya bertanya: ''Apa ini?'' Dijawab suaminya: ''Demi ALLAH, aku juga tidak tahu. ''Lalu dia menghampiri pencuri itu: ''Kurang ajar, siapa kau dan apa ini?'' Si pencuri berkata: ''Solat dahulu, baru bicara. Ayuh pergilah berwudhu' lalu solat bersama. Tuan rumahlah yang berhak menjadi imam''.

Kerana risau pencuri itu membawa senjata si tuan rumah menuruti kehendaknya. Selesai solat dia bertanya: ''Siapa kau dan apa urusanmu?'' Dia menjawab: ''Saya ini pencuri." ''Lalu apa yang kau perbuat dengan buku-buku cacatanku itu?'' tanya tuan rumah lagi. Si pencuri menjawab: ''Saya menghitung zakat yang belum kamu keluarkan selama enam tahun. Sekarang saya sudah menghitungnya dan juga saya pisahkan agar kamu dapat memberikanya pada orang yang berhak'', Hampir saja tuan rumah dibuat gila kerana terlalu kehairanan. 

Lalu dia berkata: ''Hai, ada apa denganmu sebenarnya. Apa kau ini gila?'' Mulailah si pencuri itu bercerita dari awal. Dan setelah tuan rumah mendengar ceritanya dan mengetahui ketepatan serta kepandaiannya dalam menghitung, juga kejujuran kata-katanya, juga mengetahui manfaat zakat, dia pergi menemui isterinya. Mereka berdua dikurniai seorang puteri. 

Setelah keduanya berbincang, tuan rumah itu kembali menemui si pencuri, kemudian berkata: ''Bagaimana sekiranya aku nikahkan engkau dengan puteriku. Aku akan lantik engkau menjadi setiausaha dan juruwangku. Kau boleh tinggal bersama ibumu di rumah ini. Kau akan kujadikan sebagai rakan bisnesku. ''Ia menjawab: ''Aku setuju.'' Di pagi hari itu juga tuan rumah memanggil para saksi untuk acara akad nikah puterinya......


Sahabat2...Apa kesimpulan yang kita boleh ambil dalam qisoh ini?
  • kejujuran pasti dibalas dengan kebaikan...
  • iman dan takwa akan menjadi benteng kepada diri kita...jadi, tingkatkan iman dan ketakwaan kita kepada ALLAH...

Sunday, February 5, 2012

Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." 

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."
Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." 

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. 

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahwa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung. 

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai saja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. 

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya." 

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu. 

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia. 
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya. 

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai kepada yang lima dan lupa kepada yang lima : 

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Friday, February 3, 2012

Al - Fatihah...

Terasa sebak di dada
Tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan
Abadi dalam ingatan
Kisah silam terbayang di mata

Teringat masa bersama
Kita tawa bergurau senda
Kini tiba saat berpisah
Hiba hati terasa gundah

Kini tinggallah kenangan
Yang tak mungkin dapat dilupa
Semusim telah berlalu
Air mata mengiring restu

Tinggallah Kenangan by Hafiz Hamidun


kalo tok nak tau... cucu tok nie nak abes diploma dah... InsyaAllah bulan 3 nie abes laa angah belajaq kat terengganu.. huhu... 


sekejap je kan tok 3 tahun dah berlalu... angah rasa macam baru lagi abah mai hantar angah kat terengganu nie... angah terasa macam baru je lagi angah tangkap gambaq nie.. gambaq nie angah amek sebelum angah nak bertolak pi terengganu.. sebelum bertolak tu, angah pi jumpa nak salam-salam dengan tok & semua-semua dulu... maklong, pakteh, makteh, pakcik & makcik masing-masing bagi nasihat... akhir sekali baru angah salam dengan tok... angah ingat lagi kata-kata tok masa tu... tok kata "awat jauh sangat nak pi ngaji kat terengganu nuu?" angah jawab "xpa tok... tak lama pon angah ngaji kat sana.. 3 tahun ja... bila-bila nanti kalau cuti angah balik la tengok tok.. tok jangan lupa makan ubat tau... tok jangan lupa doakan angah berjaya tau... angah sayang tok..." sobsobsob :'(

terasa sangat susah hati ini nak meninggalkan tok.. lama jugak kan angah duduk dengan tok... sejak angah 9 tahun angah dok dengn tok.. sehinggalah selepas habis je spm, angah sepenuh masa sama-sama membantu jaga tok.. masa tu keadaan kesihatan tok tak berapa baik... walaupon terpaksa tidur di hospital angah sanggup teman tok.. Sedih mengingatkan saat dan detik itu.. tapi disebabkan tanggungjawab ingin mencari ilmu, angah terima jua tawaran belajar di terengganu.. 

saat last kita bersama raya haji 2010 kan tok... angah balik bercuti kat sungai baru masa tu... 2 minggu angah cuti... balik je rumah angah akan pi tidur umah tok... angah makan dengan tok, angah mandikan tok, angah sembang-sembang dengan tok, angah tidur bersama dengan tok... apa yang angah tak sangka rupa-rupanya itulah saat kita bersama untuk kali terakhir... selepas 2 minggu bercuti, angah kena balik semula ke terengganu.. angah jumpa dengan tok.. angah salam tok macam selalu.. angah cium tangan dan pipi tok.. angah ingat lagi tok ada minta maklong tolong ambilkan beg.. tok nak bagi duit kat angah.. angah tolak dengan cara yang baik.. tapi tok tetap berkeras nak bagi.. akhirnya angah ambil juga duit rm50 yang tok bagi tu... terdetik di hati angah nak belikan sesuatu untuk tok kalau angah balik bercuti lagi nanti.. tapi, angah tak sempat nak bagi kat tok semua tu.. (angah sedih sebab tak pernah nak bagi apa-apa kat tok masa tok masih hidup..) huhu

sebelum angah keluar dari rumah tok, angah pandang sekali lagi wajah-wajah yang ada di situ... yang paling melekat di ingatan angah ialah terasa tok memandang angah dengan pandangan yang begitu lain.. satu renungan yang sangat panjang... rupanya itulah renungan selamat tinggal dan pandangan yang terakhir buat cucu tok nie...  renungan terakhir tok tu sangat terkesan di hati angah... akan angah simpan saat itu sehingga ke akhir hayat angah... 

setengah tahun angah kat terengganu akhirnye tok pergi tinggalkan kami semua untuk selamanya... 3 FEB 2010... angah sedih sangat masa tu.. sejak petang tu abah ada cakap tok tak bagi apa-apa respon... abah dan pakcik tengah uruskan prosedur nak bawa tok balik umah sebab doc tak boleh nak buat apa-apa dah... keadaan tok dah nazak.. tunggu masa je... abah dan mak berpesan suruh angah banyak-banyak berdoa dan baca yasin supaya dipermudahkan urusan tok nak ke 'sana'... Allahuakbar! saat tu angah dah tak senang duduk kat sini.. rasa macam nak balik waktu tu jugak tapi abah halang suruh angah tunggu hari siang baru ambik tiket balik kedah... angah tak dapat nak tidur malam tu walaupon dah pukul 1.00 pagi.. masa tu apa yang angah tahu menangis, menangis, dan terus menangis.. angah tak sanggup nak dengar apa-apa berita yang buruk pasal tok... sebabnye angah tak sedia lagi untuk kehilangan tok.. angah tak puas merasa kasih sayang tok... banyak lagi perancangan yang angah nak buat dengan tok... banyak lagi perkara yang angah nak tunjuk kat tok... tapi, siapalah kita nak melawan takdir... kematian itu pasti... sampai la waktu yang telah dijanjikanNya.. angah dapat panggilan dari mak yang tok dah xdak.. Allah3... Allah dah ambil tok angah.. akhirnye, tok pergi jua dari dunia yang sementara ini...

angah terus menangis masa tu... angah menangis sorang-sorang kat sini... (angah sedih sebab xdak bersama-sama yang lain semasa pemergian tok...) abah tak mampu nak cakap apa-apa kat angah masa tu... angah tahu abah tengah bersedih... adik-adik ada cerita abah tak menangis langsung... abah tabah dan merelakan tok pergi... abah dah banyak berbakti pada tok masa tok masih hidup... adik beradik abah yang lain pon begitu.. mereka berpuas hati dapat bawa tok berubat dengan hasil duit mereka bekerja... sebabnye tok la yang menanggung 6 orang anak-anaknya selama 25 tahun tanpa suami... begitu lama tok bersusah payah seorang diri menjaga anak-anaknya sehingga mereka berjaya... abah ada cerita dulu masa tokwan sakit mereka tak sempat nak bawa tokwan ke hospital... masa tu hidup mereka susah lagi.. sekarang mereka cuba untuk hantar tok berubat ke sana ke sini sebagai membalas jasa tok selama nie walaupon mereka tahu tak terbalas jasa mak mereka tu... angah tahu tok sangat berbangga dengan semua anak-anaknye... cumanya tok tak reti nak luahkan... semoga Allah terima semua perbuatan baik anak-anak tok tu sebagai jasa kepada ibu mereka...

kemudian pagi-pagi tu jugak angah bertolak balik ke kedah... sepanjang perjalanan angah menangis tak henti-henti... angah kecewa tak sempat menatap wajah tok yang terakhir... (angah sedih sebab tak sempat nak balik jumpa tok dan mintak maaf dari tok...) perasaan kecewa dan sedih ini akan angah bawa sehingga ke akhir hayat... Saat & ketika itu terasa hati ini sangat berat untuk merelakan tok pergi... Namun, hidup ini hanya pinjaman...

  dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita kembali ~~

selepas tok xdak baru depa cter pasal tok kat angah.. sirah cakap sebelum tok tak sedarkan diri, tok ada tanya angah xbalik ka... tok.. angah minta maaf sebab tak balik awal jenguk tok.. angah minta maaf sebab xdak di sisi tok di saat-saat tok nak pergi 'jauh'... angah minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau angah ada salah dan silap.. angah minta maaf kalau angah tak jadi cucu yang terbaik... angah minta maaf kalau angah dah menyusahkan tok selama nie... tok doakan angah kat sana erk...
[ even kalo cakap macam 2 pun still.............................................. ]

Arini genap 2 tahun tok tinggalkan kami...
tiada sehari yang berlalu tanpa kami mengingati tok...
semoga tok aman di sana...
kami sangat merindui tok...

Ya Allah, Engkau ampunilah segala dosa tok kami dan rahmatilah tok kami dan tempatkanlah tok kami di kalangan orang - orang yang beriman dan beramal soleh... Kami redha dengan takdirMu, Ya Allah..


Al - Fatihah... 
( 13 Januari 1926* - 03 Februari 2010 )




Wednesday, February 1, 2012

Duhai Hati


Bersabarlah... 

Disaat apa yang kita impikan begitu dekat 

Dan telah Allah letakkan di atas telapak tangan 

Sungguh hanya dengan kehendak Allah jua lah 

Jari - jari kita dikuatkan untuk kemudian menggenggamnya 

Sungguh hanya Dialah yang akan memberi kita 

Kemampuan untuk kemudian memeluknya erat 


Bersabarlah...

Jika mungkin hari ini 

Allah meletakkan semua apa yang kita impikan 

Diatas telapak tangan kita 

Ianya sekadar untuk menguji keikhlasan 


Bersabarlah... 

Hingga akhirnya ia akan menggantinya 

Dengan yang terbaik 

Dan menguatkan kita 

Untuk benar - benar menggenggam dan merengkuhnya 

Kerana memang Allah berikan ia untuk kita 


Bersabarlah...

Jika waktunya telah tepat 

Sungguh apa yang Allah tetapkan untuk kita 

Tak akan pernah tertukar.. 


p/s : Sentiasalah melatih diri supaya bersabar dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup... 

Semoga Allah SWT sentiasa menguatkan hatiku untuk menghadapi hari - hari yang mendatang... (-‿◕。)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share