أصحاب

Novel

Pelukan Cinta



Sinopsis:

Jatuh cinta adalah perkara biasa di dalam kehidupan. Tetapi bagi Armand Danial dan Zulaikha Husna, jatuh cinta bukanlah sesuatu yang biasa. Sesekali mereka bercinta, biarlah ia menjadi sesuatu yang abadi.

Armand Danial dan Zulaika Husna, nama yang cukup sepadan bila diganding bersama apatah lagi apabila berjalan berduaan, ketinggian mereka, ketampanan Armand Danial dan kejelitaan Zulaika Husna berjaya membuatkan rakan-rakan sekeliing bersetuju mereka memang patut dijodohkan.

Perjalanan percintaan mereka tidak banyak rintangan kerana perhubungan mereka di bawah restu keluarga Zulaika Husna yang sangat luhur hatinya. Tetapi, mana mungkin sesuatu perhubungan tidak dilanda badai, ketegasan dan desakan Datin Rozni, mummy Armand Danial menyebabkan hubungan murni pasangan ini menemui penghujungnya.

Apa yang dihajati, tidak semudah itu untuk dimiliki. Pelbagai dugaan yang mereka perlu hadapi untuk mencapai bahagia. Saat kata sepakat sudah tercapai, Armand Danial bernikah pula dengan sepupunya, Asilah. Hancur luluh hati Zulaikha Husna, namun dia pasrah. Jodoh, ajal, dan maut adalah ketentuan Ilahi. Zulaikha Husna membawa diri ke Pantai Timur, berbakti di sana sambil mengubat hati yang lara.

Namun, sejauh mana pun zulaikha Husna membawa diri, hatinya tetap pada yang satu. Walaupun sedih dengan perpisahan yang berlaku, dia redha dan tidak berniat untuk mencari pengganti Armand Danial. Baginya, biarlah kenangan bersama kekasih hatinya itu kekal di sudut hati, namun sekembalinya Zulaikha Husna dari perantauan telah mengubah segala-galanya. Kehilangan Armand Danial, bersama kehadiran si kecil Aliff Danial kembali menggugat ketenangan hidup Zulaikha Husna.

Adalah itu yang dinamakan cinta sejati? Adakah Armand Danial sudah melupakan kesetiaannya pada cinta Zulaika Husna? Bahagiakah Armand Danial bersama keluarga baharunya itu? Bagaimanakah kesudahan cerita ini? Hanya Pelukan Cinta yang ada jawapannya....





Harga Sebuah Cinta karya Hani Fazuha.

KENAPA setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dengan titis air mata? Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yang menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.

Perkenalan Fea dengan Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yang menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman. Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yang telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat untuk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya, memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir-hampir dia terhenyak duduk tidak berdaya.


Dalam kekalutan, Zhafir tiba-tiba menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafir, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin semata-mata untuk mendapatkan haknya sebagai suami? Ada apa pada gadis biasa sepertinya sehingga banyak hati yang harus terluka?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share