أصحاب

Wednesday, June 22, 2011

Semakin Bertambah Umur...

Dengan bismillah ku bermula... 

Syukur pada Allah, masih ada sisa hidup sehingga ke hari ini. Meskipun malaikat maut seringkali menjenguk kita, menunggu masa menarik nyawa. Cuma, saatnya, tidak pasti bila.

Semakin bertambah umur,
semakin bertambah amanah
semakin bertambah tanggungjawab
semakin bertambah taklifat.

Semakin bertambah umur,
semakin bertambah ujian
semakin bertambah cabaran
semakin bertambah dugaan.
Semakin bertambah umur,
semakin banyak amalan
semakin banyak dosa
semakin banyak suka dan lara.

Semakin bertambah umur, 
semakin jauh dengan keluarga
semakin jauh dengan rakan dan taulan
semakin jauh dengan keseronokan dan kesenangan.

Kerana apa,
semakin bertambah umur,
masa yang tersisa semakin sedikit,
masa yang dinanti semakin hampir,
masa yang pasti dihadapi oleh semua,
menandakan
semakin dekat diri ini dengan KEMATIAN!


Sediakan bekalan setiap masa, bukan berkala...

Begitu banyak nikmat yang telah Allah kurniakan. Adakah aku tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur???

"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)."
(Surah Ibrahim, 14 : 34)

Doakan saya dan kita semua sentiasa berada dalam perlindungan dan jagaan Allah. Moga Allah tetapkan hati kita dalam ketaatan dan ketaqwaan dalam agamaNya.

5 comments:

  1. Alhamdulillah..sanah helwah, moga terus qawi dan thabat dijln ini,inshaAllah :)

    ameen ya rabbal aalamin :) moga dipermudahkan segala urusan..syukur,sabar,ikhlas,redha dengan ketentuan-Nya :) *salam* *peluk* :')

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. thanks a lot jiha. mudahan begitulah. InsyaALLAH, aminn. Moga ALLAH eratkan ukhuwah antara kte. :)

    ReplyDelete
  3. ayuh bersama saling ingat mengingati...:)

    ReplyDelete
  4. eppy bEzday my rumate ku cyunk..mOga3 panjang umo n dImurahkn rezeki selalu..n dapat jOdoh yang terbek..cepat3 laa nek pelamin yer..eza xsabo ea nok rase makan nasi free..nasi minyak kak sara..<3<3<3:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share