أصحاب

Tuesday, November 8, 2011

Cemburu

Sifat cemburu adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar nak dibendung. Banyak juga jenis cemburu. Ada yang positif dan ada yang negatif. Bila kita cakap pasal cemburu ni, sudah tentu ramai yang menuding jari dan mengaitkannya dengan kaum hawa. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan ini kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, kita tidak boleh nak menuduh sesiapa pun, samada lelaki mahupun perempuan. Sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma kita perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu itu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.

Dalam kebanyakan hubungan memang terdapat sifat cemburu. Masalah akan timbul apabila pasangan yang cemburu ini mengugut untuk memutuskan hubungan dan pasangan rasa tergugat. Ada pasangan sedar bahawa sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya. Mereka rasa apa yg mereka lakukan itu betul. Mereka sentiasa ingin tahu apa yg dilakukan oleh pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.

Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bahawa pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian untuk melindungi kita atau dia akan mendatangkan masalah kepada kita?



Sekarang mari kita belajar cara-cara nak mengatasi sifat cemburu ni...

1. Terima hakikat bahawa sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri dan kita bertanggungjawab mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yang boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dalam apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pada diri sendiri, bukannya org lain.

2. Hormati perasaan pasangan kita. Seperti kita, dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dapat melakukannya, kita sudah dapat mengatasi sifat cemburu.

3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sangatkah kesannya kepada kita. Kita mungkin sedih, kecewa dan marah untuk sementara waktu sahaja tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dapat mengatasinya juga.

4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kita boleh berubah dalam masa yang singkat.

5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Rasa bersalah? atau bertindak kasar? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dgn cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat-cepatlah berubah.

6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita daripada orang lain? Teruk sangatkah dia bila dia senyum pada seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiripun pernah tersenyum pada wanita/lelaki lain?

7. Ramai orang yang mempunyai perasaan dan masalah cemburu serta suka menyalahkan orang lain. Mereka kerap mencari kesalahan org lain dan mahu pihak yang satu lagi mengubah sikap tetapi dalam pada masa yang sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat bahawa kita manusia sebenarnya tidak sempurna.

8. Bagaimanapun erat hubungan anda berdua, terima hakikat bahawa masih ada lelaki/wanita lain yang lebih cantik atau tampan, bijak dan baik. Jadi janganlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dengan penuh kegembiraan. Jangan biarkan hubungan kita goyang dengan imaginasi kita yang karut.

9. Bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kepada pasangan. Luaskan persahabatan dengan orang lain.

10. Jika rasa cemburu kita sedang memuncak, bayangkan apa yang akan berlaku jika kita melepaskannya kepada pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat dan mempunyai seorang setiausaha yang cantik, kita sepatutnya ucapkan tahniah dan bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dengan sesiapa, dia tetap akan buat tak kira la samada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dapat menghalang mereka.

Cemburu boleh menghancurkan sesebuah hubungan yang mesra. Tetapi jika kita dapat melihat tanda-tanda awal cemburu, kita boleh bertindak cepat agar ia tak merebak. 

Jadi mari kita ikuti pulak tips bagaimana nak mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang cemburu.

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kita. Mungkin ini sifat semuladinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kita umtuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu, minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kita. Tunjukkan kita menyayanginya walaupun dia tidak sama seperti orang lain.

4. Jangan berpoya-poya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yg dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.

6. Jika kita telah berusaha sedaya upaya dan pasangan tetap tidak boleh mengawal cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan hubungan anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share