أصحاب

Friday, March 30, 2012

Menyokong Penuh Global March to Jerusalem

Pada tanggal 30 March setiap tahun satu perarakan yang dinamakan "GLOBAL MARCH TO JERUSALEM" diadakan bagi menuntut kebebasan ke atas Jerusalem dan orang - orangnya. Tarikh ini dipilih kerana ianya merupakan satu simbolik bagi hari bersejarah yang terpahat dalam memori penduduk Palestin iaitu "PALESTIN LAND DAY". Hari tersebut ialah hari yang diraikan pada setiap 30hb Max setiap tahun, acara ini menandakan peristiwa Mac 1976 selepas pihak Israel merampas ribuan tanah awam dan swasta di kawasan majoriti Palestin.

Sehubungan dengan itu, "GLOBAL MARCH TO JERUSALEM" bertujuan untuk menuntut kebebasan untuk Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin disamping bertekad untuk mengakhiri dasar Aparteid dan polisi pembersihan etnik yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat, tanah jajahan dan kesucianm Baitulmaqdis yang mana merupakan satu jenayah bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, bahkan terhadap semua masyarakat di seluruh dunia.

Diharapkan kepada semua rakyat Malasia dapat turun bersama - sama menyertai misi yang suci ini bagi menuntut kebebasan ke atas rakyat - rakyat Palestin. 



30 Mac.. Hari ini adalah hari bersejarah buat semua... Satu dunia bersatu, berganding bahu, menyatakan dengan tegas, Israel itu salah...! Zionis itu zalim...! Palestin perlu dibela...! Jerusalem perlu dibebaskan...! Jangan kita jadi orang yang tak kesah dengan keadaan saudara se-Islam dan se-Akidah dengan kita...



Jom kita keluar beramai - ramai pergi pada hari ini...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share