أصحاب

Wednesday, July 13, 2011

Mari Imbas Kembali: Peristiwa Penting Bulan Syaaban

Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab padanya Nabi Muhammad SAW melakukan Isra' dan Mikraj manakala bulan Ramadhan pula adalah bulan dimana padanyaseluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan dan Lailatul Qadar. Sesungguhnya orang yang menyucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan menyucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang menyucikan hatinya pada bulan Syaaban akan menyucikan rohnya pada bulan Ramadhan.

Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keanpunandari segala dosa dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati dari segala cacat dan bulan Ramadhan pula untuk memberi penerangan hati sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

1. PERTUKARAN ARAH KIBLAT
Peristiwa yang paling bersejarah berlaku pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat. Allah SWT telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada Masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Makkah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya: "Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang yang berkiblatkan BaitulMaqdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan." Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Makkah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di Masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah SAW sedang bersembahyang Asar.

Pertukaran kiblat menjadi  isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah SAW. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah. Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: "Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (BaitulMaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: "Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus." Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah SWT untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah SAW yang dikabulkan oleh Allah SWT. Ini kerana Rasulullah SAW sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit telah diperkenankan oleh Allah SWT pada bulan Syaaban.

2. PERANG ZAT AL-RIQA'
Dalam pertempuran ini seramai 400 tentera Islam terdiri daripada berkuda dan berjalan kaki telah menghadapi kekuatan musuh daripada Banu Muharib dan Banu Tha'labah daripada Ghatfan di satu tempat di Najd bernama Zat al-Riqa'. Perang ini berlaku pada bulan Syaaban tahun ke-4 Hijrah. Perang ini berakhir dengan kemenangan di pihak Islam apabila kedua-dua kabilah musuh telah melarikan diri.

3. PERANG BANU AL-MUSTALAQ DARIPADA KHUZA'AH
Seramai 1,000 tentera Islam telah bertembung dengan Banu al-Mustalaq di satu tempat bernama al-Mari' pada bulan Syaaban tahun ke-5 Hijrah. Pihak musuh telah melarikan diri selepas berlaku peperangan yang pendek.

4. MALAM NISFU SYAABAN
Kelebihan Malam Nisfu Syaaban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu'az bin Jabal r.a. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah datang menjenguk semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan." (H.R. Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: "Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu; pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidilfitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban."


SELAMAT BERAMAL DAN BERIBADAH KEPADA ALLAH.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share