أصحاب

Friday, April 13, 2012

Alam yang Bertasbih





" Apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah, dan Dialah Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana. " 
( Surah Al - Hasyr 59:1 )


Terdapat dalam ayat al - Quran, Allah menyebutkan bahawa setiap makhluk dalam alam ini sentiasa bertasbih kepada Allah dengan cara mereka sendiri, sedang manusia tidak mengerti. 


Subhanallah! Maha Suci Allah dari segala sifat kelemahan. DIA yang telah menjadikan setiap makhluk itu sentiasa bertasbih kepada-Nya.


Allah menjadikan setiap sesuatu itu tidak dengan sia - sia. Dari kepelbagaian hidupan alam pun turut menyimpan pelbagai hikmah yang boleh diteladani. Sifat alam yang sentiasa bertasbih adalah bukti ketundukan mereka kepada Sang Pencipta.


Lantas, sebagai manusia yang diciptakan dengan sebaik - baik ciptaan dan dikurniakan akal fikiran juga sepatutnya sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah.


Kita pula bagaimana? Apakah yang kita lakukan ketika alam bertasbih? Adakah kita semakin taat dan patuh kepada Allah atau ingkar dengan suruhan-Nya?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share