Syukur dengan izin dan inayahNya Allah izinkan kita melalui satu fatrah cuti yang penuh dengan pengajaran dan pembelajaran. Ayuh sahabat - sahabat kita sama - sama renungi bagaimana kita menghabiskan masa sepanjang cuti ini.
Bagi yang memilih untuk berjalan menghayati ciptaan dan kekuasaan Allah,
pastinya sahabat - sahabat lebih mempelajari betapa agungnya ciptaan yang Maha
Esa. Diciptakan bumi ini lengkap dengan segalanya untuk kita, bukannya untuk sia - sia tetapi digunakan untuk kembali kepadaNya. Semoga duit yang telah
dibelanjakan itu kelak menjadi saksi amal di akhirat kelak.
Bagi sahabat - sahabat yang memilih untuk menghabiskan cuti dengan majlis -
majlis ilmu dan mengisi masa lapang dengan membaca bahan ilmiah, moga Allah permudahkan
kalian untuk mengamalkan ilmu - ilmu tersebut dan semoga Allah mempermudahkan
sahabat- sahabat untuk menyampaikannya kepada yang orang lain.
Tidak lupa bagi sahabat - sahabat yang bertukar status dalam fatrah cuti
ini, moga Allah permudahkan bahtera yang dibina keranaNya. Semoga niat itu
tidak tersasar selama - lamaNya. Barakallahu lakum wabarak alaikum wajamaa
bainakum fil khair.
Ayuh sahabat - sahabat, marilah sama - sama kita berdoa dalam memulakan rutin hidup
biasa dengan semangat yang baru. Kita menjadi Muslim yang hari ini lebih
baik daripada semalam. Semoga ruh untuk mendahului dalam berbuat kebaikan itu
sentiasa subur dalam diri kita dan juga semoga ruh untuk menyegerakan taubat itu
tidak luntur dalam diri kita. Moga Allah mengampunkan segala dosa - dosa kita seandainya
sepanjang cuti ini malaikat ‘Atid lebih penat menulis berbanding malaikat Raqib.
Marilah sama - sama kita suburkan dalam diri bahawa solat, ibadah, hidup dan mati ini segalanya untuk Dia yang Maha Esa. Moga kita dalam lindungan Allah
selalu.
Usah mengeluh kerana wangmu yang berkurangan hari demi hari. Usah mengeluh
kerana masa yang sentiasa mencemburuimu. Usah mengeluh dengan persekitaran yang
mengganggu perasaanmu kerana semua itu telah ditetapkan yang terbaik buat dirimu. Yakin
dengan rezeki di tanganNya kerana membina keyakinan adalah sesuatu yang susah. Balasannya tidak kita lihat tetapi sahabat - sahabat, sememangnya untuk senang
itu perlu susah bukan?
Bukankah perjuangan itu pahit kerana kita yakin dengan syurga yang manis.
Teruskan muhasabah kerana ia mendekatkan dirimu dengan Penciptamu. Semoga kita
dalam rahmat Allah sentiasa. (^___^)
No comments:
Post a Comment