Rejab
sudah berlalu. Kini telah permulaan Syaaban. Lambaian Ramadan tidak lama lagi.
Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.
Diriwayatkan
dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk
bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita
munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
اللهم
بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa
ballighna Ramadan"
Maksudnya:
"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab
dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan
umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."
Inilah
doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat
berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati
diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.
Selari
dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak.
Pada
zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan
untuk mencari sumber air di padang pasir.
Rasulullah
mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.
Erti
Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu
itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di
padang pasir.
Dan
apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah
sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan
Syaaban dalam hadis-hadisnya.
Diantara
hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada
sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan
Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih
mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu
berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul
Ulama).
Bulan
Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.
Sebahagian
ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk
meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk
memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa
untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di
antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana
yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk
berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru
itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam
memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di
dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari
pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari
pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala
tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala
selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti
orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada
Rasulullah SAW
Sabda
Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa
kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka
Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu
dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul
Wa'izhin)
Bertaubat
Diriwayatkan
dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki
niatmu."
Sumber : Artikel iluvislam.com
No comments:
Post a Comment