Dari
Abi Hurairah r.a dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda maksudnya : " Telah datang
Jibril a.s. pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini
pintu - pintu langit dan pintu - pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan
sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit! " Kata Nabi Muhammad SAW : " Hai Jibril, apakah erti malam ini? " Dia
( Jibril ) menjawab : " Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka
Allah telah mengampuni orang - orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu
kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang - orang yang suka permusuhan/pergaduhan,
peminum arak, orang - orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang - orang yang
derhaka kepada kedua orang tua, orang - orang yang suka mengadu domba ( batu api )
dan orang - orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu
tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan
mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka
pergilah Nabi Muhammad S.A.W untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam
sujudnya dengan membaca : " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu
dari seksa-Mu dan murka-Mu dan aku tidak menghitung - hitung pujian kepadaMu,
sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga
Engkau redha." [ Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin ]
2. Penukaran Arah Kiblat
Pada
awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah S.A.W dan para
sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada
waktu itu.
Umat
Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah
S.W.T kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul
Muqaddis.
Umat
Islam telah ditohmah dengan berbagai - bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat r.a telah mengadu kepada Rasulullah S.A.W dan Rasulullah S.A.W menyuruh mereka agar
terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah S.W.T.
Allah
S.W.T Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika
itu. Allah S.W.T telah mewahyukan agar Rasulullah S.A.W mengadap ke Baitullah
Kaabah.
Sebahagian
ulama' sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W menerima wahyu perintah mengadap
Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.
Sebahagian
ulama' mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang
meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah S.A.W sebagai imam terus mengadap ke
Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.
3. Peperangan Banu Mustaliq ( Muraisi' )
Bani
Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk
membunuh Rasulullah S.A.W dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah S.A.W oleh
seorang sahabat dari puak badwi.
Peperangan
ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah
dihalau oleh Rasulullah S.A.W keluar dari Madinah.
Peristiwa
ini terjadi pada bulan Syaaban, 5 Hijrah. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan
pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian
pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka
Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al - Harris
bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al - Mustaliq. Al - Harris
bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.
Barrah
telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini
seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais,
setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi,
Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah S.A.W untuk membicarakan masalah
tebusan bagi dirinya.
Kemudian
Rasulullah S.A.W pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari
Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah S.A.W mengganti nama
Barrah menjadi Juwairiyah.
Tindakan
Rasulullah S.A.W ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu,
diantaranya ialah ramai di kalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan
terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.
Juwairah
meninggal dunia pada tahun 56 Hijrah.
Sumber : Artikel iluvislam.com
No comments:
Post a Comment