أصحاب

Saturday, September 8, 2012

Kembara Ilmu ke Bumi Urdun

Assalamualaikum semua..

Insya - Allah 9 September 2012 ini, saya Yas Sara, pemilik blog Ubat Hati ( Tibbilqulub ) akan melanjutkan pengajian ke Jordan..

Justeru itu, dikesempatan ini saya ingin memohon doa daripada sahabat – sahabat semua supaya mendoakan saya agar dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, kesungguhan dan semangat juang yang tinggi, serta yang paling penting dikurniakan kejayaan yang cemerlang dunia & akhirat..

Ya ALLAH,

Aku bermohon semoga perjalanan aku ke bumi Anbiya’ ini dapat menjadikan aku seorang yang lebih baik, dan lebih solehah..

Hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat di dalam hatiku dan keseluruhan pada zahirku..

Aku mohon padamu Ya ALLAH,

Engkau jadikanlah aku seorang anak yang solehah, seorang hamba yang tidak pernah membangga diri dengan nikmat – nikmat kurniaanMU dan jauhkanlah aku dari menganggap apa yang aku cintai melebihi cintaMU..

Semoga Engkau mempermudahkan segala urusan dalam hidupku.. Ameen..

Saya mengharapkan doa daripada semua, agar permusafiran ini akan membuahkan hasil yang terbaik buat diri, keluarga dan ummah seluruhnya..

Semoga pengajian saya ini nanti akan menjadi wakaf buat ummah bagi meninggikan kalimah Allah s.w.t di muka bumi Malaysia khususnya..


Saya benar – benar mengharapkan doa daripada kalian semua..


Terima kasih di atas segala doa & nasihat.. J


Mudahan kalian semua berada dalam Rahmat & perlindungan Allah sentiasa.. 
Insya - Allah, ameen…~


Seribu kemaafan dipinta andai kelemahan diri ini mengguris hati sahabat – sahabat semua.. Minta halalkan segalanya.. 


Sayang kalian semua ! Take care !! Keep in touch ye !!!

4 comments:

  1. selamat sampai. bersama menempuh perjuangan ini yas sarah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. selamat sampai dengan selamat.. insyaAllah... mohon zu doakan semoga kita semua dapat menempuh perjuangan ini dengan sabar dan tabah :)

      Delete
  2. Replies
    1. InsyaAllah.. Terima kasih ye atas doanya.. :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share