RINDU BAU POHON TIN merupakan catatan kembara HASRIZAL ABDUL JAMIL di bumi Jordan, medan beliau
mengejar ilmu dan cita - cita. Satu episod perjalanan di Dataran Syam oleh anak
muda di perantauan yang merakamkan pelbagai iktibar kehidupan. Penulis
berkongsi cerita, memberi 'rasa' dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung
halaman, kelananya selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa.
Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhuwah dan kasih sayang.
Penulisan ditinta dengan bahasa yang
bersahaja dan santai. Diserikan dengan dialog - dialog harian anak perantau dan
penduduk watan di bumi Syam, sangat menghidupkan penceritaan dan memercikkan
lagi warna keindahan buku ini. Sesekali pembaca mungkin akan terbawa - bawa
suasana yang disampaikan penulis bagaikan sebuah realiti di depan mata. Itulah
musafir kelana.
Senaskhah travelog yang mengajak kita
mencari diri dalam kembara memburu cinta Illahi!
Rindu Bau Pohon Tin
Penulis : Hasrizal Abdul Jamil
Terbitan : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Harga : RM 18.00
…………………………………………………….....
"Ya Allah.. tambahkan lah ilmu di dada kami dan ikhlaskanlah hati kami dalam segala amalan kami.."
No comments:
Post a Comment