أصحاب

Sunday, July 31, 2011

30 hari Mencari Cinta @Ramadhan

Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan, nescaya umatku menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu bulan Ramadhan."

(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.

(iii) Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari siksa api neraka.

(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.

(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al-Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan.

(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan Qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.
Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkahan. Allah telah memfardukan atas kamu puasanya. Di dalam bulan Ramadhan dibuka segala pintu syurga & dikunci segala pintu neraka & dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan” (H.R. Ahmad)
Rasulullah SAW bersabda: "Betapa banyak orang yang berpuasa, tapi mereka tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya itu kecuali lapar dan dahaga" (H.R. Ahmad)
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa" (H.R. Bukhari & Muslim)
Ketika al-Hasan bin Abul Hasan al-Bashri melalui suatu kaum yang sedang tertawa, lalu dia berkata: “Sesungguhnya Allah menjadikan bulan Ramadhan sebagai arena perlumbaan melakukan ketaatan bagi makhluknya, kemudian ada yang berlumba-lumba hingga menang dan ada pula orang-orang yang tertinggal lalu kecewa. Tetapi sangat menghairankan ialah peserta yang tertawa-tawa di saat orang lain memecut untuk meraih kemenangan.”
~ RAMADHAN KAREEM ~ kullu 'am wa antum bikhair...

2 comments:

  1. Assalamualaikum Sara.

    Alhamdulillah,terima kasih atas perkongsian,moga diri dapat lakukan.

    ReplyDelete
  2. Wslm Jiha.. Sama-sama.. Thanks a lot sudi datang ziarah teratak yang serba kekurangan ini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Post

get this widget here

Tadabbur i-Quran

Hadis Pilihan Hari Ini

Like & Share in 3 seconds!

Share